Kubis & Kale Saji Makanan Sihat Dalam Satu Poke Bowl
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita dimomokkan dengan tanggapan bahawa makanan yang sihat adalah membosankan atau tidak sedap serta rumit untuk disediakan. Yer lah selalu kita makan tengok jer yang cantik pasti kita akan cakap makanan itu sedap. Maha sendiri pun selalu makan kat banyak tempat kalau makanan yang banyak sayuran mahupun kekacang ini kurang mendapat sambutan.
