Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label KRR. Papar semua catatan

Semarak Sukan Sea Ke 29 Dengan Champion Meal Di Restoran Kenny Rogers Roasters

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bahang masih terasa lagi dengan semangat Sukan Sea ke 29 yang masih berlangsung di negara kita. Begitu semangat atlet untuk terus pungutkan pingat begitu juga kita rakyat Malaysia semangat untuk memberi sokongan kepada semua atlet negara.


Kadang-kadang kesibukan kita seharian tak sempat nak pergi ke stadium atau juga nak pergi ker lokasi perlawanan berlangsung untuk bagi sokongan. Kali ini dengan makanan juga kita tetap boleh semarakan semangat kejayaan kepada atlet kita. Order sekarang di mana-mana cawangan Kenny Rogers Roasters dengan hidangan terbaru ini.


Sempena dengan semangat Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini KRR Malaysia memperkenalkan Champion Meal yang lain daripada lain. Set ayam panggang kali ini datang dengan 2 rasa baru iaitu Honey BBQ dan juga Spicy BBQ. Set meal ini hanya berharga RM16.90 bersama dengan minuman 100plus.


Maha sempat rasa kedua-dua ini dan pasti yang paling sedap pilihan Maha adalah Spicy BBQ dan ia sangat pedas. Tak sesuai untuk kanak-kanak kot kalau ambil yang ni tapi yang Honey BBQ mungkin sesuai ia lebih manis dan lite-lite jer. 


Tambah hebat lagi meal ini dengan hanya tambahan RM5 korang boleh dapat dua site menu pilihan iaitu pilihan 1 Garlic Toasties + Country-style Chicken Chop dan pilihan 2 Kenny Home-made Muffin + Single Happiness. Rasa cukup tak semua ni.


Tak cukup lagi KRR Malaysia menyediakan pula 3 variasi sos pilihan yang baru bagi menambah kenakan kepada makanan ayam panggang korang. Tiga jenis sos baru yang datang dalam botol ini iaitu Honey BBQ, Spicy Gilerrr... dan Smoked BBQ. Kalau korang rasa tak cukup dengan sos yang diberi boleh tambah dengan sos ini bagi meriah sikit.


Tapi tak semua cawangan yang ada buat sementara ini hanya restoran ini sahaja yang menyediakan sos-sos ini :- 

1) Restoran KRR Mid Valley
2) Restoran KRR AEON Rawang
3) Restoran KRR Nu Sentral
4) Restoran KRR AEON Bukit Tinggi
5) Restoran KRR AEON Shah Alam
6) Restoran KRR IOI Mall
7) Restoran KRR Sunway Putra Mall
8) Restoran KRR Berjaya Time Square 
9) Restoran KRR IOI City Mall
10) Restoran KRR Cheras Leisure Mall 

Tunggu apa lagi mai ramai-ramai bawa keluarga dan sanak sedara makan kat Restoran Kenny Rogers Roasters selagi tawaran masih ada untuk masa terhad sahaja. Tunjuk tanda sokongan anda kepada atlet negara dengan meal ini pasti kita juga rasa semangat seperti atlet. Selamat menjamu selera semua.






Sempurna Raya Membawa Rasa Pedas Bercheese Ayam Panggang Di Kenny Rogers Roasters

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow Ramadan ni macam-macam promosi menarik untuk pilihan berbuka puasa. Betul lah kata orang luar sana yang Malaysia ni syurga makanan memang terlalu banyak makanan. Tapi mana satu yang sihat dan bagus untuk kita itu yang susah untuk dicari betul tak.


Di Kenny Rogers Roasters ini memang tak perlu was-was lagi kerana mereka menyediakan makanan yang sihat sejak dari tahun 1991 lagi. Sebab tu Maha suka makan kat Kenny Rogers Roasters ni, tambah-tambah sekarang ada pakej Sempurna Raya untuk Ramadan dan Syawal akan tiba tak lama lagi.


Maha sempat pergi cuba sendiri set baru ini kerana ia telah mula ada di semua cawangan KRR seluruh Malaysia sejak 15 Mei lagi. Ayam kali ini lain sangat kerana mereka menggunakan rempah ratus tempatan yang diperap dalam ayam dan dipanggang sihat. Kemudian disalut pula dengan sos pedas yang terangkat meleleh bersama cheese yang enak. 


Set Sempurna Raya ini ada 2 set utama iaitu Cheesy Ceria Chicken Favourite Meal yang berharga RM20.50. Set ini ada ayam panggang bersama dengan buah-buahan segar juga ada Aromatic Rice dan yang terbaru ada Muffin Pandan. 


Manakala set kedua pula adalah Cheesy Ceria Chicken & Soup Meal berharga RM22.90. Dalam set ini pula ada ayam panggang bersama dengan mushroom soup, Aromatic Rice dan yang terbaru dan Muffin Pandan. 



Muffin Pandan tu special sikit untuk kali ini sahaja di mana mufin dengan rasa pandan yang segar dan di dalamnya ada kelapa parut dengan gula perang rasa sedap sangat. Juga bersamaan dengan Sempurna Raya ini KRR juga mengeluarkan minuman terbaru yang diberi nama Sangsuria berharga RM8.80 sahaja. 


Bagi yang ada keluarga besar pula mereka masih boleh nikmati semua ini dengan set Jamuan Cheese Ceria yang berharga RM75.00. Bagi Maha bila tengok set ini boleh makan untuk 4 orang jadi memang berbaloi dengan harga dan dapat percuma 4 botol fruit juices mana nak dapat.

Hidangan dalam set Jamuan Cheese Ceria:-
1 x Cheesy Ceria Whole Chicken
4 x Riang Ria Muffins
1 x Aromatic Rice (a la carte)
1 x Coleslow (a la carte)
2x bottled Mango Juice
2x bottled Orange Juice

So lepas ni nak buka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan pejabat ker ajak lah pergi restoran Kenny Rogers Roasters. Maha selalu pergi kat cawangan Berjaya Time Square korang pula pergi area mana. Selamat berpuasa semua dan selamat mencuba. 

Promosi dan maklumat lanjut layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Golden Teriyaki Chicken Ayam Perapan Sos Teriyaki Dan Nanas Dari Kenny Rogers Roasters

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba masa untuk makan lagi kali ini kita makan ayam panggang special daripada Kenny Rogers Roasters. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang hujung bulan Januari ini KRR Malaysia sediakan set Golden Teriyaki Chicken.


Keistimewaan ayam panggang untuk sambutan perayaan kali ini ialah ayam diperap dengan sos terayaki dan juga rempah ratus herba bersama dengan potongan nanas. Kemudian ia dipanggang dengan kertas bungkusan untuk mengekalkan rasa dan kesedapan perapan ayam tersebut. Ada dua set hidangan yang disediakan pilihan untuk kali ini.


Set pertama iaitu Golden Teriyaki Soup Meal bersama dengan Zesty Orange Blast juga specialnya kali ini adalah Red Velvet Lava Muffin. Semua yang ada dalam set ini lengkap kot untuk korang makan seorang sebab ada nasi dan soup yang wajib kat KRR. Harga untuk set ini adalah RM23.80 sahaja.

Golden Teriyaki Soup Meal - RM23.80

Manakal set kedua pula adalah Golden Teriyaki Chicken Meal juga bersama dengan Zesty Orange Blast dan Red Velvet Lava Muffin. Yang ini set datang bersama dengan Salad dan juga nasi maklumlah orang Malaysia mesti kena makan nasi hehehe. Harga untuk set ini pula hanya RM21.80 sahaja.

Golden Teriyaki Chicken Meal - RM21.80

Sebab apa Maha cakap Muffin kali ini special kerana bukan sahaja rasa Red Velvet tapi juga dalamnya kalau dipotong mengandungi York Egg. Kuning telur masin dalam tengah tu memberi kesedapan seperti makan kuih bulan. Maha suka Red Velvet jadi muffin ni pilihan Maha sangat.

Red Velvet Lava Muffin


Promosi untuk kali ini bermula dari 3 Januari 2017 hingga 19 Februari 2017 sahaja. Jadi tunggu apa lagi setiap promosi tak lama bila Maha up jer post korang kena terus serbu ok. Seperti mana promosi sebelum ini iaitu Fun Fruity Feast tak lama jadi kena cepat nanti habis menyesal hehehe.


Bukan setakat tu sahaja promosi kali ini mereka juga ada sediakan hadiah misteri. Setiap pembelian 2 set hidangan Golden Teriyaki Chicken ini korang akan dapat 2 Ang Pow bertema ayam untuk Tahun Baru Cina kali ini. Yang penting isi dalam ang pow ni tau bukan ang pow kosong nak tahu kena makan sendiri dan dapatkan angpow ini ok.


Iklan sikit special untuk peminat ayam KRR ni korang ada peluang dalam minggu ni sahaja iaitu promosi Roasters Eating Day. Dimana dengan setiap satu set pembelian akan dapat percuma satu lagi set. Hanya untuk waktu terhad iaitu 11 Jan 2017 hingga 13 Jan 2017 sahaja. Cepat pergi mana-mana cawangan KRR dengan bawa voucher ini sekarang juga.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Buah-Buahan Bersama Ayam Panggang Gabungan Mantap Dalam Kenny Rogers Roasters Fun Fruity Feast

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kenny Rogers Roasters (KRR) terus komitet untuk memberikan makanan yang sihat kepada rakyat Malaysia. Kali ini kembali sempena dengan tahun baru dah cuti hujung tahun promosi yang penuh dengan kebaikan buah-buahan.


Itulah dia Fun Fruity Feast promosi kali ini di semua cawangan restoran KRR di Malaysia. Maha tengok promo banner mereka pun dah nampak ceria warna-warni dan penuh dengan kesegaran. Bukan untuk kanak-kanak sahaja promosi kali ini untuk semua peminat KRR seluruh Malaysia.


Masih kekal dengan roasted chicken yang popular tapi kali ini dilimpahi dengan kuah yang dihasilkan dari buah-buahan iaitu campuran Mangga dan juga buah Markisa. Gabungan dua ini memang menjadi dan kena dengan daging ayam yang berempah tu Maha dah rasa memang sedap.

Garlic Parsley Potato

Vanilla Roselle Muffin

Set kali ini datang dengan Kenny homemade Muffin perisa Vanilla Roselle dan juga Garlic Parsley Potato. Yang kentang ini Maha sangat suka sebab kalau makan macam tu jer dapat rasa kentang yang lembut juga aromatic garlic butter juga parsley flakes.

Merry-Go-Fruity

Melangkap kan set kali ini juga dalah air minuman perisa baru yang dihasilkan juga dari buah-buahan. Nama minuman ini Merry-Go-Fruity gabungan daripada beberapa buah antaranya buah Naga, Roselle dan juga Jambu Batu bersama dengan Lemon Juice. Wow yang ni terbaik segar jer bila dapat minum.

Fruity Favourite Meal

Fruity Chicken Meal

Bagi peminat-peminat setia KRR boleh mula nikmati promosi ini dari sekarang di semua cawangan dengan 3 set yang lengkap disediakan. Set pertama Fruity Favourite Meal harga RM19.90, set kedua Fruity Soup Meal harga RM22.50 dan set ketiga Fruity Chicken Meal harga RM19.90.

Fruity Soup Meal

Sempena Fun Fruity Feast, KRR menawarkan promosi Take-it-Home Fruity Feast hanya RM68.80 yang datang sekali dengan Kenny's Fruity Whole Chicken dan 1/2 dozen Vanilla Roselle Muffin juga empat botol Merry-Go- Fruity minuman bernilai RM38.00 secara PERCUMA. 


Wow banyak bukan promosi KRR mereka ni memang sentiasa menghargaan peminat setia ayam mereka sebab tu sentiasa cari kelainan untuk setiap promosi. Macam yang sebelum ni mereka ada buat promosi Sambalicious yang menggoda. Kali ni pula semua tentang buah-buahan yang menyelerakan dan sihat. Jom cuba sekarang juga.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5



Kenny Rogers Roasters Semua Tentang Sambalicious Yang Menggoda

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Rakyat Malaysia tak sah kalau makan nasi dengan sambal. Macam-macam jenis sambal popular di Malaysia antaranya Sambal Ikan Bilis.


Kini di Kenny Rogers Roasters memperkenalkan set hidangan baru iaitu Sambalicious Soup Meal dan Sambalicious Favourite Meal. Kalau sebut pasal sambal mesti mempunyai sambal dalam semua hidanganya. Juga yang terbaru dalam set ini adalah Spicy Golden Rice dan juga Potato Salad.

Sambalicious Soup Meal (RM22.50)

Sambalicious Favourite Meal (RM19.90)

Wajib lah bagi Maha untuk mencubanya dulu sebelum cite ngan korang semua pengalaman menikmati hidangan sambal ni. Walaupun nama sambal ni spicy tapi ia tidak lah pedas seperti mana sambal yang jual dikedai-kedai Melayu. Memang terasa sambal yang enak rasa manis dan pedas kadang-kadang rasa udang kering tak tahulah tu resepi rahsia mereka hehehe.

Spicy Golden Rice

Potato Salad

Muffin

Yang baru macam Spicy Golden Rice tu tak pedas masih boleh dinikmati oleh semua orang. Kemudian Potato Salad ni pula dalamnya ada Potato, bawang & capsicum dengan sedikit sawi. Korang juga boleh pilih side dish lain sepeti Mashed Potato, Macaroni Cheese dan banyak lagi.


Tengok yang Maha makan ni semua ada tapi bestnya korang boleh dapatkan separuh ayam dengan hanya tambah RM5 sahaja. Promosi ini ada pada semua cawangan Kenny Rogers Roasters macam yang Maha makan ni semua saiz besarnya huhuhu.



Apa tunggu lagi promosi set Sambalicious ni hanya pada masa terhad sahaja. Harga pun berpatutan untuk Sambalicious Soup Meal RM22.50 dan Sambalicious Favourite Meal RM19.90. Terbaik Maha ada bagi rank untuk pilihan menu kali ini. Rasa nak bawa family lah makan sini pulak hehehe. Selamat menjamu selera semua. 

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Memilih Untuk Berbuka Puasa Di Kenny Rogers Roasters Dengan Hidangan Special Royal Raya


Memilih Untuk Berbuka Puasa Di Kenny Rogers Roasters Dengan Hidangan Special Royal Raya - Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ya Allah tak tahu mana nak pilih untuk berbuka Ramadhan hari ni. Memang Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Termasuklah tak ketinggalan di Kenny Rogers Roasters cawangan seluruh Malaysia juga menyediakan hidangan sihat berbuka puasa kali ini.


Baru2 ini Kenny Rogers Roasters meraikan ulang tahun ke 22 mereka di Malaysia, masa tu mereka buat pelbagai promosi makanan yang special untuk peminat setianya. Begitu juga Ramadhan ini mereka ada buat promosi set khas buka puasa bagi korang peminat ayam KRR. Hidangan seperti makanan istana dipanggil Royal Raya.


Set ini ada 2 pilihan yang korang boleh pilih iaitu Royal Raya Chicken Meal dan juga Royal Raya Soup Meal. Kedua2nya mengandungi ayam cuma bezanya satu set ada soup dan satu lagi ada salad. Tapi yang lagi special kali ini mereka menyediakan nasi yang unik iaitu Majestic Rice. Nasi ini dimasak dengan rempah ratus dan kunyit menjadikan ia bukan nasi biasa. Nak tahu rasa kena cuba ok.

Royal Raya Soup Meal (RM 24.50)

Royal Raya Chicken Meal (RM 22.90)

Yang hidangan ada salad tu special juga sebab sayur dalam salad tu segar juga dapat rasa macam arca sayur yang dalam Nasi Minyak tu. Buat bulan Ramadhan ini pula KRR mengeluarkan kembali Pandan Muffin. Tengok semua set ini ada semua lengkap. Juga ada 2 minuman special yang korang boleh pilih iaitu Lady D'Rose dan juga Summer Knight. Minuman yang segar dan nyaman bila bulan puasa ini. 

Majestic Rice (RM 9.50)

The Jewel Salad (RM 9.50)

Summer Knight (RM 5.50) & Lady D'Rose (RM 5.50)

Pandan Muffin

Lagi bukan setakat berbuka puasa korang boleh beli untuk bersahur sekali kat KRR ini. Maha hari tu tak sempat nak beli jer sebab dah kenyang sangat tak ingat nak bawa pulang untuk sahur. Kat sini mereka ada set bawa pulang special untuk sahur yang sesuai untuk makan 4 orang. Mengandungi Kenny's Whole Chicken, Majestic Rice, The Jewel Salad, 4 Muffin dan juga 4 Fruit Juices. Wow bila tengok rasa memang nak pergi dapatkan sekarang juga set sahur ini.


Tak habis dari tu juga mereka memberi tawaran istimewa untuk dapatkan seekor Kenny's Whole Chicken pada harga RM29.90 sahaja sempena Ramadhan ini. Tunggu apa lagi tiba masa nak berbuka kat Kenny Rogers Roasters mesti puas hati. Tapi setengah orang bimbangkan kalau nak buka kat tempat2 macam ni takut full house. Jangan bimbang KRR menyediakan Roasters Ramadhan Reservation. 


Hanya dengan 3 step sahaja korang boleh booking meja untuk berbuka jadi tak perlu nak berebut2 dah kan. Korang baca sendiri step by step macam mana nak booking sempena dengan Ramadhan ini. Maha hari tu nasib awal Ramadhan jadi tak ramai orang lagi tapi sekarang memang semua cawangan full house hehehe. Tunggu apa lagi mai ker KRR untuk buka puasa. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua.

Roasters Delivery 1300-888-878





Korang Nak Promosi Istimewa Dan Hadiah2 Daripada Kenny Rogers Roasters Jom Baca Sini


Korang Nak Promosi Istimewa Dan Hadiah2 Daripada Kenny Rogers Roasters Jom Baca Sini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti pembaca kat sini ramai adalah peminat setia makanan ayam panggang no. 1 di Malaysia mana lagi kalau bukan Kenny Rogers Roasters. Sebenarnya sejak tahun 1994 mereka telah buka cawangan di Malaysia iaitu di Jalan Telawi.


Itu bermakna mereka cukup matang dalam menyediakan hidangan makanan ayam panggang yang lazat dan sihat untuk rakyat Malaysia. Maha juga adalah peminat setia Kenny Rogers Roasters selalu kalau pergi mana2 shopping atau jalan2 mesti singgah makan kat sini. Kehebatan mereka juga terbukti apabila mereka telah banyak menerima penganugerahan sehingga peringkat antrabangsa.


Antara anugerah yang pernah di raih oleh KRR adalah Top 10 of Asia, 2 Consecutive Years of Social Media Excellence Awards 2015 & 2016 dan 2 Consecutive Years of Malaysia Franchise Award - Best Franchise Corporate Social Responsibility Award 2014 & 2015. Tu baru sikit yer banyak lagi nak cite tak muat lak kat sini. 


Bagi merialisasikan hak dan juga bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kerana mereka tidak melupakan mereka yang kekurangan. Program CSR yang banyak di jalankan seperti makan percuma kepada rumah anak yatim, bantuan kepada rumah2 orang2 tua dan juga rumah anak yatim, juga mengadakan program charity yang lain korang semua tahu. Di antara yang terbaru adalah Chicken Run yang akan berlangsung pada 22 Mei ini nanti. Ia juga adalah program larian amal dimana korang yang menyertainya akan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.



Selain itu juga KRR banyak dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia untuk berjaya dalam kehidupan. Sebagai orang biasa menjadi pengurus cawangan yang besar boleh di capai jika bersama dengan KRR. Mereka meraikan juga pekerja dan juga petugas yang telah bertungkus lumus dalam bekerja dan memberi komitmen dalam diri mereka. Setiap tahun memberi ganjaran kepada pekerja yang berdedikasi dan sentiasa setia. 


Dengan semua kejayaan dan juga ke meriahan sepanjang 22 tahun Kenny Rogers Roasters di Malaysia mereka sekali lagi nak meraikan semua peminat setia tahun ini. Memberi kepada korang ganjarang berganda bukan satu tapi dua. Setiap kali kunjungan ke semua cawangan KRR akan memberikan korang Iced Lemon Tea dan juga Soup secara percuma syarat kena beli mana2 Main Meal yang ada.




Cara mudah untuk korang nak dapatkannya hanya muat turun eVoucher ini yang Maha sediakan bawah ni dan bawa bersama semasa membuat pembelian. Atau korang boleh juga terus ke laman Facebook Kenny Rogers Roasters Malaysia dan like di sana. Lepas tu nanti boleh dapat item2 percuma ini. Jadi untungkan kepada peminat KRR di Malaysia dapat saja promosi hebat.


Maha pun tak lepas peluang juga nak bagi lagi kat korang pembaca setia blog Mahamahu ni dengan hadiah dari KRR Malaysia. Maha nak buat contset simple saja untuk korang menang kad KRR bernilai RM130. Jadi nak tahu macam mana kena pergi ker Facebook FanPage Mahamahu untuk maklumat lanjut nanti ok. Terus bersama Kenny Rogers Roasters kerana ia memang terbaik.