Lokasi Bufet Tahun Baru Cina Yang Membawa Kekayaan Dan Kebahagiaan Tahun Monyet - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun ini adalah tahun Monyet bagi penganut yang meraikan Tahun Baru Cina. Mereka mempercai bahawa tahun ini akan lebih banyak membawa kekayaan dan kekuatan seperti mana seekor monyet.
Bagi korang yang mencari lokasi untuk sambutan tahu baru kali ini yang mempunyai hidangan menarik serta harga berpatutan. Kat sini Maha senaraikan beberapa tempat yang boleh manjadi pilihan korang untuk bufet tahun baru. Kalau yang nak meraikan dengan keluarga atau dengan kawan2 sepejabat atau boss sini lah tempatnya.
Harga : RM78 + dewasa, RM55 + warga emas dan RM39 + kanak-kanak
Harga : RM108.00 nett untuk dewasa dan RM54.00 nett untuk kanak2
Harga : RM91.00 nett untuk orang dewasa
Harga : RM58 nett untuk dewasa dan RM29 nett untuk kanak-kanak
Gaul Yee Sang Di Caprilicious Untuk Tahun Baru Cina Kali Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun monyet 2016 telah melompat ke Capri by Fraser Kuala Lumpur. Melalui Caprilicious menyediakan begitu banyak hidangan yang pelbagai dari makanan laut. Tinggal berapa hari jer lagi untuk sambutan tahun baru pasti tak sabar nak nikmati makanan2 yang sedap2.
Kat sini mereka menyediakan 2 set Yee Sang iaitu Yee Sang Salmon Norway dan juga Yee Sang Jellyfish. Set2 ini sesuai untuk hidangan 10 orang pada harga RM138.00 nett. Hidangan ini bermula dari 25 Januari hingga 22 Februari 2016 setiap jam 12 tengah hari hingga 10:30 malam.
Manakala buffet untuk tahun baru ini pula bermula sehingga 29 Februari pada hari minggu yang bermula dari 12.00 tengahari hingga 2.30 petang dan berharga RM58nett untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Diantara bufet yang di sediakan adalah Scallops, Steam Pomfret, Deep Fried Nien Gao, Roast Duck with Sesame Seed, Wok Fried Five Spice Roll with Sesame Sauce, Wonton Soup and Lotus Leaf Fried Rice dan banyak lagi. Terdapat 5 set menu yang sentiasa berubah setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Selain itu juga promosi bilik perayaan untuk hujung minggu yang panjang dan sepanjang bulan Februari adalah paling terbaik. Studio yang luas Deluxe pada kadar yang eksklusif RM307.50 + semalam dengan hadiah kejutan cabutan bertuah untuk setiap tempahan semasa daftar masuk. Korang nak maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-23860888 atau e-mel sekarang resevations.kualalumpur@capribyfraser.com.
Febuari Adalah Musim Untuk Meraikan Makanan Yang Banyak di Palm Garden Hotel - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap tahun dalam bulan Febuari banyak sangat perayaan dan sambutan yang memeriahkan tahunan kita. Daripada sambutan Tahun Baru Cina kemudian sambutan Hari Kasih Sayang juga hari bersama keluarga.
Buffet Sambutan Tahun Baru Cina
Sebab tu kat Palm Cafe @ Palm Garden Hotel menyediakan banyak hidangan makanan yang enak2 dan banyak merangkumi semua perayaan ini. Paling penting adalah sambutan Tahun Baru Cina yang memang banyak dengan hidangan istimewa. Pastinya mestilah ada Yee Sang yang disediakan pada satu sudut istimewa. Korang datang boleh buat sendiri Yee Sang ini mengikut kemahuan kerana semua bahan di sediakan.
Selain tu juga Chef2 di sana menyediakan masakan Cina yang popular seperti barbeku Ayam, Itik rebus dengan halia dan Kulat Hitam, Ayam dengan Chili kering di Yam Ring, Tumis Cendawan dengan Kering Tiram dan banyak lagi. Bufet Tahun Baru Cina disediakan untuk makan malam dari hari Ahad hingga Khamis iaitu 1 - 25 Februari 2016. Pakej bufet ini pula pada harga RM91.00 nett untuk setiap orang dewasa.
Hidangan Masakan Thai dan Nyonya
Tambah lagi pula Aroi Dee Thai Restaurant juga meraikan Tahun Baru Cina dengan cara tersendiri. Ada 3 set menu Thai dan Nyonya masakan lengkap dengan Yee Sang Set untuk di gaul bersama keluarga atau rakan-rakan dan rakan perniagaan. Set Thai / Nyonya ini sangat berpatutan harganya iaitu RM788.00 nett, RM968 nett dan RM1288 nett. Setiap hidangan ada beberapa menu menarik yang akan berubah2 mengikut set2 yang diambil.
Hidangan Thai ini sangat istimewa kerana disediakan oleh chef khas dari negara Thai dan memang semua hidangan menarik dan sangat sedap. Maha sempat menikmati salah satu set hidangan Thai / Nyonya ini yang mengandungi Seafood Tomyam, Steamed Chicken Thai Style, Seabass with Nyonya Acar, Butter Prawn, Loh Hon Chai with Pau Mushroom and Chok Seng, Steamed Lotus Rice with Smoked Duck and Yam Cube dan Mixed Thai Dessert.
Hidangan Hari Kasih Sayang
Tengok kan banyak gila makanan tu belum lagi masuk Hari Kasih Sayang juga menyediakan menu2 menarik untuk korang cuba. Jadi sapa2 datang kat Palm Garden Hotel Putrajaya ini bulan Febuari tak akan rugi memang banyak gila makanan. Buat korang yang nak booking boleh mula booking sekarang juga memang berbaloi.
PALM GARDEN HOTEL PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8943 2233 ext 8855