Buffet Makan Malam Tahun Baru China Reunion Di Utara Coffee House

Buffet Makan Malam Tahun Baru China Reunion Di Utara Coffee House - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun ini Tahun Monyet mengikut kalender masyarakat China di seluruh dunia. Meraikan permulaan tahun yang bertuah dan ganjaran orang yang tersayang dengan buffet di Utara Coffee House




Buffet ini bermula dari 4 Januari 2016 hingga 20 Februari 2016. Kalau kat coffee house ni memang buffetnya tidak pernah mengecewakan buat korang yang nak datang makan. Bufet di sini menampilkan pelbagai jenis hidangan untuk sambutan Tahun Baru China korang yang lebih meriah dan bahagia bersama keluarga. Di antara hidangan yang ada adalah seperti Braised Seafood Soup, Glutinous Rice with Smoked Chicken, Deep Fried Whole Fish with Cheong Cheng Suace, Treasures Hot Pot (Poon Choy), Wok Fried Lamb Steak with Honey Perrin Sauce, Baked Salt Fried Prawns dan Kam Heong Crabs

Wok Fried Lamb Steak with Honey Perrin Sauce

Stir Fried Cauliflower with Lotus Root

Kam Heong Crabs

Roasted Chicken with Sesame Sauce

Fried Prawn with Coconuts Butter Flakes 

Treasures Hot Pot (Poon Choy)

Sebab tu Maha cakap makan sini jangan risau memang buffetnya sangat2 banyak pilihan dan kita jadi rambang mata nak makan mana satu dulu. Lagi bagus kat sini buffet mereka adalah halal dan di jamin kebersihannya. Bagi korang yang nak nikmati buffet Tahun Baru Cina di sini harganya sangat2 berpatutan iaitu RM78 + setiap orang dewasa, RM55 + untuk warga emas dan RM39 + setiap kanak-kanak.

Deep Fried Whole Fish with Cheong Cheng Suace

Chinese New Year Cold Cut

Glutinous Rice with Smoked Chicken

Nien Koa

Shanghai Pancake

Chinese Cookies 

Di samping itu, bermula tahun baru yang makmur ini acara menaikkan penyepit atau Loh Hei untuk meningkatkan nasib baik dan kemakmuran dengan menarik Yee Sang. Di sini juga ada pelbagai set Yee Sang seperti Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian), Salmon, Hokkaido Kekapis, Soft Shell Crab, atau Butterfish Yee Sang. Ianya pada harga dari RM65 ++ setiap bahagian. So lengkap set untuk sambutan Tahun Baru China ni di Utara Coffee House ini. Selamat menjamu selera semua.



UTARA COFFEE HOUSE @ ARMADA PETALING JAYA
Tel : 03 - 7954 6888 ext 4557
Email : armada@armada.com.my







0 comment... add one now