Gaul Yee Sang Di Caprilicious Untuk Tahun Baru Cina Kali Ini

Gaul Yee Sang Di Caprilicious Untuk Tahun Baru Cina Kali Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun monyet 2016 telah melompat ke Capri by Fraser Kuala Lumpur. Melalui Caprilicious menyediakan begitu banyak hidangan yang pelbagai dari makanan laut. Tinggal berapa hari jer lagi untuk sambutan tahun baru pasti tak sabar nak nikmati makanan2 yang sedap2. 








Kat sini mereka menyediakan 2 set Yee Sang iaitu Yee Sang Salmon Norway dan juga Yee Sang Jellyfish. Set2 ini sesuai untuk hidangan 10 orang pada harga RM138.00 nett. Hidangan ini bermula dari 25 Januari hingga 22 Februari 2016 setiap jam 12 tengah hari hingga 10:30 malam.





Manakala buffet untuk tahun baru ini pula bermula sehingga 29 Februari pada hari minggu yang bermula dari 12.00 tengahari hingga 2.30 petang dan berharga RM58nett untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun. Diantara bufet yang di sediakan adalah Scallops, Steam Pomfret, Deep Fried Nien Gao, Roast Duck with Sesame Seed, Wok Fried Five Spice Roll with Sesame Sauce, Wonton Soup and Lotus Leaf Fried Rice dan banyak lagi. Terdapat 5 set menu yang sentiasa berubah setiap hari Isnin hingga Jumaat.










Selain itu juga promosi bilik perayaan untuk hujung minggu yang panjang dan sepanjang bulan Februari adalah paling terbaik. Studio yang luas Deluxe pada kadar yang eksklusif RM307.50 + semalam dengan hadiah kejutan cabutan bertuah untuk setiap tempahan semasa daftar masuk. Korang nak maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-23860888 atau e-mel sekarang resevations.kualalumpur@capribyfraser.com.






0 comment... add one now