Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Eat Travel Write. Papar semua catatan

Kampung Sijangkang Menyimpan Khazanah Hutan Dan Seni Yang Perlu Kita Terokai

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini asal orang Kampung Sijangkang? Kali ni Maha nak kongsi sikit sepanjang penjelajahan Maha bersama dengan UPEN Selangor dan juga Gaya Travel. Program Eat Travel Write kali ni bawa kami masuk kampung yang sebenarnya ada banyak gila perkara yang menarik perlu kita terokai.


Bukan sahaja blogger dan media dari Malaysia tapi program ini juga mengumpulkan mereka dari Indonesia dan Philippines. Seronok sebab bagi Maha yang dapat masuk kampung orang dan ketahui kelebihan yang ada orang lain masih tak tahu.


Mana asalnya nama kampung ini, sebanarnya nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok. Pokok Jangkang ini mati disebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’. Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’. Jadi jom Maha share apa yang menarik ada di Kampung Sijangkang Kuala Langat Selangor ni.

Litar Buat Kaki Lumba


Ini adalah satu-satu yang menarik ada di Kampung Sijangkan ini iaitu Litar GoKart Sijangkang. Rupanya dalam kawasan kampung ini telah dibangunkan satu kemudahan untuk generasi muda melepas kepuasan dalam berlumba. 


Litar yang dibina dalam kawasan ladang kelapa sawit ini memang cukup luas dan menguji keberanian korang. Kat sini bukan sahaja ada lumba GoKart juga boleh lumba mini motor seperti adik ini yang berusia 10 tahun selalu berlatih kat sini.


Jadi ini adalah inisiatif yang paling bagus untuk membantu generasi muda menghabiskan masa terluang meraka. Jadi kalau tak ada apa-apa aktiviti jom lumba lah kalau berani sangat.
 

Alamilah Ekologi Semulajadi 


Ini satu lagi usaha paling win bagi penduduk di kampung ini iaitu mereka bersama-sama bekerjasama membangunkan Taman Rekreasi Paya Bakau. Kalau Maha bagi tahu korang bahawasanya taman rekreasi ini dibangunkan sendiri menggunakan duit yang dikumpul dan derma orang kampung. 

 

Maka dengan usaha sama ini terjadinyakan taman reakriasi yang cukup indah dan berguna dalam industri pelancongan di sini. Maha yang pertama kali jejak kaki kat kawasan rekriasi ini rasa kagum dan bangga dengan usaha orang kampung ini. Sebab kat sini ada semua kemudahan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka yang datang berkunjung di sini. 




Mereka yang datang sini untuk berkhemah melakukan aktiviti hutan atau buat kajian tentang paya bakau sini adalah tempatnya. Selain tu juga kat sini boleh buat aktiviti seperti memanah, bot penambang, aktiviti BBQ, kem motivasi dan program remaja juga sangat sesuai untuk dibuat di sini.



Korang yang nak masuk berjalan atas titi sepanjang lebih 100meter yang disediakan ini pasti kagum tengok kawasan hijau yang masih terpelihara. Kat sini lah kami semua dapat belajar beberapa masakan utama masyarakat majmuk di kampung ini. 


Kuih Lemper


Ayam Balaos

Penduduk Kampung Sijangkang yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Banjar dan Jawa ada pelbagai hidangan yang popular. Hari tu kami sempat belajar untuk buat Kuih Lemper dan juga Ayam Balaos. Memang sedap kedua-dua hidangan ini puas hati dapat memasak bersama makcik-makcik yang ramah semuanya.

Galeri Seni Tangan


Kat kampung ini juga ada satu galeri yang dibangunkan sendiri oleh penduduk di sini yang merupakan seorang Professor dalam bidang seni. Ia juga turut diusahakan oleh anaknya yang juga minat dalam bidang seni tangan iaitu membuat tembikar.




Di sini kami dapat jelajah galeri yang diberi nama Pantau Iraga Art ini menempatkan ruang pameran dan juga studio untuk menghasilkan karya-karya seni mereka. Kami juga sempat diajar bagaimana cara untuk membuat tembikar menggunakan tanah liat. Nampak senang tapi susah sebenarnya yer.




Terima kasih kepada Professor Awang Damit dan anaknya yang sudi terima kehadiran kami bagi yang nak buat tour ke kawasan geleri ini kena buat pemohonan dulu kerana ia tidak dibuka kepad umum hanya ruang pameran sahaja. 

Rumah Melayu Tradisional 


Satu-satunya rumah Melayu yang masih mengekalkan ukiran dan seni pembinaan rumah lama ada di Kampung Sijangkang ini. Itu yang unik kat sini kerana sekarang mana nak cari seni bina rumah lama yang mesih ada hiasan dan juga reka bentuk trasidional lama.


Menurut kata pemilik rumah ini dahulu rumah asal roboh dan dibangunkan semula tapi mengekalkan seni reka bentuk asal. Kalau korang masuk sini dan korang perasan ada lebih dari 100 ukiran seni pada dinding dan juga seluruh rumah ini. 



Cantik sebenarnya rumah Melayu kita ini dan semua dibuat ada ciri-ciri yang berguna seperti ukuran pada atas tingkap adalah untuk pengudaraan dan banyak lagi. Jadi kalau berkunjung ke sini jangan lupa ambil gambar sepuasnya ok pasti korang kagum.


Itulah serba sedikit kisah perjalan Maha menjelajah ke kawasan Kampung Sijangkang ini. Jangan kata kampung kita tiada yang menarik sebenarnya banyak tapi kita jer tak habis teroka. Semoga perkongsian Maha ini buat korang minat untuk masuk kampung dan rasai suasana sebenar. Jangan risau sini ada homestay dan hotel bagi yang nak stay lama ok. Selamat bercuti semua.

Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program
Eat, Travel and Write 
Selangor International Culinary Adventure 4.0
Penganjur program 
Majalah Gaya Travel & UPEN Selangor
Tourism Selangor, #SmartSelangor, NBOS, Tourism Malaysia, 
Majlis Perbandaran Sepang







Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara Putrajaya Banyak Lokasi Menarik Untuk Dilawati

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara Putrajaya Banyak Lokasi Menarik Untuk Dilawati - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni Maha banyak kongsi korang tempat2 makan yang menarik dan best sekitar Putrajayakan. Tapi sebenarnya banyak lagi yang korang tak tahu tentang pusat pentadbiran negara ini. Rupanya banyak aktiviti menarik dan juga tempat best yang mesti korang datang bila ada kat sini. Jom Maha citekan satu persatu tempat penuh sejarah dan menarik.



Penginapan di The Everly Hotel Putrajaya




Firstly kalau korang datang Putrajaya mesti nak cari tempat untuk penginapan. Jangan risau di sini ada beberapa buah hotel yang betaraf bintang untuk didiami seperti The Everly Hotel Putrajaya ni. Maha duduk sini pun rasa tenang dan kawasan yang lebih nyaman mengadap tasik Putrajaya. Hotel ini sesuai untuk korang yang datang bersama keluarga atau juga datang menginap untuk urusan kerja. Tengok sendirilah bagaimana rupa bilik dalam hotel ni agak luas cuma perabot dan juga decoration boleh dipertingkatkan lagi. Banding dan cari tawaran hotel terbaik di HotelsCombined.



Taman Warisan Pertanian Putrajaya Presint 16



Sekarang tempat tinggal dah ada so mana lagi lokasi pertama yang boleh di kunjungi di Putrajaya ini. Dengan menggunakan pengangkutan awam memang sesuai kat sini kerana tak perlu nak drive nanti sesat lak buat yang tak biasakan. Destinasi pertama yang Maha pergi tempat ni memang menarik dan penuh dengan kehijauan. Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang terletak di Presint 16 Putrajaya adalah satu kawasan menyediakan tanaman yang ditanam seluruh Malaysia tak kira tanaman buah-buahan dan juga herba serta tanaman untuk industri pertanian dalam negara kita.






Kalau korang masuk sini tak mahal pun hanya di kenakan RM10 untuk seorang dan kalau korang bertuah datang time musim buah boleh makan buah-buahan yang di sediakan tapi jangan petik ok. Terdapat lebih daripada 180 spesis pokok yang di tanam semula di sini. Di sini juga korang diajar proses daripada pokok disemai, ditanam dan dituai hasilnya. Di antara tanaman yang ada di sini seperti Pokok Kopi, Pokok Nangka, Pokok Jambu, Pokok Durian, Pokok Mangga, Pokok Getah dan banyak lagi. Kalau nak tahu kena datang sini dan terokai memang mengujakan.



Berpicnic atas boat di Cruise Tasik Putrajaya



Kemudian selepas tu Maha nak bawa korang untuk jalan2 di kawasan tengah2 tasik Putrajaya. Ini adalah tasik buatan manusia seluas 650 hektar yang merangkumi 12% keluasan di Putrajaya dan 38% adalah kawasan tanah hijau selebihnya bangunanlah hehehe. Kalau datang Cruise Tasik Putrajaya ni korang boleh menikmati pemandangan sepanjang tasik dengan pelbagai pengankutan air yang disediakan. Tapi Maha nak ajak korang untuk berpicnic di atas boat.





Korang tengok sendiri pengalaman Maha makan di atas boat sambil menikmati pemandangan seluruh tasik. Ia adalah satu aktiviti yang baru dan berfaedah untuk seisi keluarga. Korang boleh bawa makanan sendiri dan satu Picnic Boat ini boleh muat untuk 6 orang cukup satu keluarga. Pakej pula tak mahal RM50 untuk 30minit mengelilingi tasik ni. So korang boleh plan cuti sekolah atau hari2 cuti umum datang sini berpiknik bersama keluarga atau dengan insan tersayang.



Astaka Morocco di Taman Botani Putrajaya




Lepas puas berpiknik kat atas boat kali ni Maha nak bawa korang untuk masuk satu lagi kawasan yang penuh dengan seni ukiran dan sejarahnya tersendiri. Inilah dia Astaka Morocco yang telah dibangunkan untuk memberi pengalaman kita berada di negara Maghribi dengan seni bina asal daripada negara tersebut. Ini kerana semua pakar tukang seni dibawa terus dari negara tersebut untuk membangunkan astaka ini. 





Terpesona mata memandang suasana dalam astaka ini kerana semua adalah hasil ukir tangan yang sangat halus dan juga ruang seperti mana bangunan asal. Dalam astana ini terdapat beberapa bilik yang mewakili beberapa daerah di negara tersebut. Juga korang akan didendangkan dengan lagu2 negara tersebut bersama bauan yang asal seperti bagunan sebenar. Astaka Morocco terletak di dalam Taman Botani Presint 1 Putrajaya nak datang sini naik jer bas ok.



Monumen Alaf Baru tersimpan kapsul 2020




Last sekali tempat yang mesti dikunjungi di Putrajaya yang mempunyai sejarah seluruh Malaysia iaitu Monumen Alaf Baru. Terletak betul2 di tengah pusat pentadbiran Putrajaya dan di persisir tasik Putrajaya. Monument ini menempatkan kapsul negara yang hanya akan di keluarkan pada tahun 2020. Ia diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia ke 4 pada masa itu. Monumen ini kalau dilihat dari atas seakan seperti bentuk Bunga Raya bunga kebangsaan negara. Di setiap dinding monumen ini dicatatkan sejarah dan kejayaan Malaysia yang membanggakan. 





Dari sini korang boleh lihat keseluruhan Putrajaya yang jelas dan menarik daripada tasik kepada bangunan2 pentadbiran yang penuh menghiasi pelusuk Putrajaya. Banyak lagi pembangunan yang akan diadakan di sini untuk memenuhi keperluan pentadbiran negara yang lebih kukuh dan maju. Kita bangga kerana adanya pusat pentadbiran yang diiktiraf dunia dan menjadi juga pusat pelancongan. Banyak lagi tempat menarik di Putrajaya untuk korang kunjungi tak habis lagi ok. Kalau plan nak melancong di sini memang berbaloi dan menjimatkan. Rancanglah percutian anda dan selamat bercuti.


Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program 
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program  
Partners program 
Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group