Pencarian Tempat Makan Di Putrajaya Diteruskan Lagi Kini Di PICC

Pencarian Tempat Makan Di Putrajaya Diteruskan Lagi Kini Di PICC - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni Maha meneruskan lagi mencari makan di sekitar Putrajaya dengan makanan yang lebih banyak lagi. Kalau korang baca yang sebelum ni Maha cite tentang Putrajaya Sentral yang nampak macam sepi tapi rupanya banyak tempat makanan yang best2.


Kali ni Maha nak bawa ke tempat lebih exclusive tapi harga mesti korang tak percaya kalau Maha bagi tahu. Lokasi ini cukup terkenal dengan pelbagai aktiviti yang besar mahupun program antarabangsa. Putrajaya International Convention Central atau PICC yang cukup gah di atas bukit di tengah2 laluan pusat pentadbiran negara itu.


Ramai masih tak tahu yang PICC telah membuka pintu buffet makan tengaharinya kepada semua orang yang berkunjung ker sini. Bukan untuk aktiviti dan program yang ada di sini sahaja malah pelancong dan mereka yang melawat Putrajaya juga boleh menikmati pelbagai hidangan buffet tenghari yang enak2. 



Masa Maha datang sini di tontonkan dengan demo masakan hebat daripada profesional chef yang menjadi kekuatan makanan di sini. Hidangan paling mendapat perhatian ramai orang di sini adalah Lala Berlada. Memang sedap dan boleh dapat dalam hidangan buffet makan tengahari buat semua orang fresh ok.




Selain itu juga banyak lagi hidangan makanan yang menjanjikan kepada semua kepuasan dengan harga yang sangat2 berpatutan. Percaya hanya dengan RM25.00 seorang korang boleh makan macam2 hidangan buffet di PICC. Kalau korang nak tengok lebih banyak lagi hidangan menarik boleh dapatkan diposting yang Maha buat sebelum ini di sini.



Bukan sahaja makanan yang berat2 malah ada juga makanan pencuci mulut yang juga telah di modenkan di sini. Maklumlah Putrajaya dikunjungi bukan sahaja orang tempatan malah orang antarabangsa. Jadi Roti Jala yang kita selalu nikmati dengan kari tapi kali ini ia di hidangan dengan perasa vanila dan juga jem2 yang enak. Korang leh tengok sendiri bagaimana roti jala boleh jadi begitu cantik seperti ini.





Kalau sapa2 yang tak pernah menikmati suasana dalaman PICC ni Maha kongsikan beberapa gambar yang Maha sempat ambil semasa membuat lawatan kedalam. Hampir semua dewan Maha sempat masuk dan melihat sendiri dalamnya termasuk tempat VVIP. Besar sangat pusat ini kalau yang nak buat majlis wedding pun sangat2 boleh kerana mereka menyediakan beberapa pakej menarik dan berpatutan.


So buat korang yang datang Putrajaya jangan kata tak ada tempat makan yang best2 dan murah ok. Buktinya PICC ni sendiri telah menyediakan hidangan makan tenghari yang hebat dengan harga murah. Banyak lagi tempat makan yang best dan menarik di sekitar Putrajaya ni yang Maha nak bongkar untuk korang. Jadi tunggu sahaja post yang akan datang pasal Putrajaya ni ok. Selamat menjamu selera.

Jutaan terima kasih kepada semua yang membawa Maha untuk program 
Eat, Travel and Write Putrajaya
Penganjur program  
Partners program 
Only Mee, Hotel  Quickly, PICC, Cruise Tasik, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd dan Tai Thong Group 






0 comment... add one now