Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Blog O'Rama. Papar semua catatan

Menjadi Blogger Pilihan Kolum Khas Blog O'Rama Majalah Libur

Menjadi Blogger Pilihan Kolum Khas Blog O'Rama Majalah Libur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ini Mahamahu ada cite yang Mahamahu mendapat peluang menjadi penulis jemputan di Malajah Libur. Cite tentang percutian Mahamahu ke Guilin China bersama rakan media lain. Untuk bulan April ini pun ada lagi sambungan kepada siri kedua perjalanan Mahamahu di Guilin.


Dalam ruangan tu Mahamahu berkongsi tentang pengalaman bercuti bersama rakan2 media lain yang di taja sepenuhnya. Siri kedua ini ada lagi beberapa lokasi menarik yang Mahamahu pergi seperti Yangshuo dan juga makan Halal yang ada di sana seperti Mee Tarik. Banyak lagi tempat makanan Halal yang ada di sana kalau kawan2 nak tahu kat mana tempat makan Halal boleh baca detail di blog Mahamahu segala dah di tulis.


Paling best dalam keluaran April Majalah Libur kali ini Mahamahu menjadi Blogger pilihan majalah ini. Hehehe sebesar alam muka Mahamahu kuar kat situ wakakaka. Apa pun terima kasih kepada Majalah Libur kerana sudi memilih Mahamahu untuk menjadi antara blogger pilihan. Setiap bulan ada dua blogger akan terpilih untuk di tempilkan dalam kolum Blog O'Rama.


Kalau anda nak jadi seperti ramai lagi blogger sebelum ini anda boleh hantar bakat menulis anda dalam dunia pengembaraan ini kepada saudara Ahmad Syahir di alamat email ahmad.syahir@karangkraf.com. Mereka ini sporting orangnya dan ramah senang untuk bekerjasama dengan mereka. Harap2 lepas ini ada peluang untuk bercuti bersama team Libur ke luar negara hehehe mana tahu kalau ada kosong jemput2 lah Mahamahu. 


Apa pun anda jangan lupa untuk mendapatkan Majalah Libur keluaran April yang telah pun berada di kedai2 buku berhampiran anda. Dalam majalah ini banyk informasi berguna dan juga menarik untuk anda baca dan kongsi sebelum anda pergi bercuti. Mahamahu juga adalah pembaca utama Majalah Libur ok. Selamat membaca dan selamat bercuti semua....









Peluang Menulis Dalam Majalah Terima Kasih Majalah Libur

Peluang Menulis Dalam Majalah Terima Kasih Majalah Libur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu bukanlah blog travel tapi ada juga sikit2 buat penulisan tentang percutian yg Mahamahu pergi bersama keluarga dan juga bersama media. Sekadar berkongsi sahaja dengan pembaca kerana bila pergi travel Mahamahu juga mencari tempat makan yg enak2 bila berada di sana. Secara langsung Mahamahu pun tulis lah pasal tempat makan yg best2 bila bercuti.


Kali ini diberi peluang oleh Majalah Libur untuk menulis dalam salah satu ruangan sagt2 memberi pengalaman baru buat Mahamahu. Sgt teruja dan jutaan terima kasih buat team Majalah Libur kerana sudi menjemput Mahamahu untuk menulis sedikit pengalaman bercuti di Guilin China. Mahamahu telah bercuti di sana pada bulan 12 tahun lepas atas jemputan AirAsia dan juga Biro Pelancongan Guilin. 



Pengalaman bercuti ini Mahamahu telah kongsikan dalam blog kalau sapa2 sempat baca. Tapi kali ni kuar dalam Majalah Libur adalah satu penghargaan dan peluang terbaik untuk Mahamahu. Semua ini pun terjadi semasa Mahamahu menyertai aktiviti santai dan beramah-mesra dengan editor dan team Majalah Libur pada bulan 12 yg lalu juga. Kalau korang pernah baca dalam blog Mahamahu pasal Blog O'Rama tu lah pertemuan pertama Mahamahu bersama team ini dan membawa kepada tawaran untuk menulis dalam majalah tersebut.


Penulisan Mahamahu tak habis untuk bulan Mac ini sahaja dalam majalah tu tapi ada sambungan pada bulan April nanti. Jadi kawn2 nak tahu pengalaman berjalan di Guilin China kena baca kedua-dua siri nanti ok. Sebaba Mahamahu bukan setakat cerita tentang tempat menarik malah makanan yg sedap dan Halal pun ada kat sana. Hehehe dalam tu semua gambar yg Mahamahu ambil semasa berada di sana nak kongsi tentang kecantikan kota tu. Jadi kalau suka anda komen lah nanti kat blog Mahamahu. Ok bye....








Blog O'Rama Mengumpulkan Travel Blog Pilihan Majalah Libur

Blog O'Rama Mengumpulkan Travel Blog Pilihan Majalah Libur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah tahun baru bakal menjelma tak lama jer lagi dan perancangan tahun baru mula di atur. Begitu juga pagi editor dan team Majalah Libur milik Karangkraf Malaysia. Mengatur projek terbaru bagi tahun 2015 dengan penuh perincian.


Projek melibatkan blogger2 untuk menjadi antara rakan dalam ruangan baru Majalah Libur. Blog O'Rama adalah ruangan yg mengetengahkan bakat2 penulisan blogger travel mahupun dalam semua perkara berkaitan dengan percutian termasuk lifestyle, makanan dan pelbagai lagi. Ruangan ini telah bemula dalam keluaran Majalah Libur Januari 2015. Korang boleh dpatkan Majalah ini di pasaran sekrang untuk tgk bagaimana ruangan ini di terjemahkan.



Mahamahu beruntung kerana dapat juga turut serta dalam majlis memperkenalkan ruangan Blog O'Rama yg telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2014 yg lalu. Di sertai lebih kurang 20 org blogger semuanya di raikan oleh team Libur bersama editor En Mior. Juga jutaan terima kasih kepada barisan penaja untuk majlis ini iaitu Cokelat Printing Studio, Starbuck dan Universal Fitness Leisure (UFL).

Edito Majalah Libur En Mior memberi ucapan

Hari tu pernuh meriah dengan di acarakan oleh saudara Radin daripada radio ERA yg memang cukup kelakar dan menceriakan acara pada hari tu. Para blogger di raikan dengan ucapan oleh editor Majalah Libur En Mior di ikuti dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada semua blogger2. Tgk lah setiap seorang ceria bila bab2 dapat cenderamata. Bagi Mahamahu sijil penghargaan itu paling bermakna dan menambah koleksi sijil yg ada sekarang ni hehehe.















Lepas tu pula kami menikmati makan tghari di sana yg di sediakan oleh Starbuck Kota Kemuning. Makan tghari bersama dengan sarapan pagi lah lebih kurang. Walupun tiada makanan berat tapi semua hidangan cukup mengenyangkan Mahamahu.









Selepas makan, di adakan pula acara mainan yg bertujuan untuk mendekatkan lagi blogger2 dengan team Libur. Game yg simple2 je semua idea spontan daripada penyampai si Radin tu. Lepas tu pula acara yang di nanti-nantikan iaitu cabutan bertuah. Mahamahu juga terima satu hadiah bertuah iaitu tudung terima kasih kepada team Libur. Tahniah kepada pemenang tempat ketiga sampai juara yg membawa pulang Airbed, Travel Bag dan juga hadiah utama Khemah House bernilai lebih RM1K tajaan daripada UFL.




Semua muka keseronokan dan kegembiran bukan sahaja dapa berkenalan dengan team Libur yg mesra dan peramah tapi juga dapat bawa balik hadiah2 istimewa. Tu baru permula kepada tahun 2015 yg lebih mencabar buat blogger2 ni. Mahamahu harap dapat kerjasama yg lebih rapat terutama dengan Majalah Libur dan am nya Karangkraf.

Team Malajah Libur bersama pengacara Radin 4 dari kanan


Pada yg berminat nak sertai ruangan Blog O'Rama di Majalah Libur, boleh korang hantar penyertaan kepada saudara Syahir di alamat email ahmad.syahir@karangkraf.com. Jutaan terima kasih daripada Mahamahu buat team Libur yang cukup happeninh dan juga buat Karangkraf kerana jemputan ini moga dapat berjumpa lagi di lain masa. Bye....