Blog O'Rama,

Blog O'Rama Mengumpulkan Travel Blog Pilihan Majalah Libur

Khamis, Disember 25, 2014 Mahamahu 0 Comments

Blog O'Rama Mengumpulkan Travel Blog Pilihan Majalah Libur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah tahun baru bakal menjelma tak lama jer lagi dan perancangan tahun baru mula di atur. Begitu juga pagi editor dan team Majalah Libur milik Karangkraf Malaysia. Mengatur projek terbaru bagi tahun 2015 dengan penuh perincian.


Projek melibatkan blogger2 untuk menjadi antara rakan dalam ruangan baru Majalah Libur. Blog O'Rama adalah ruangan yg mengetengahkan bakat2 penulisan blogger travel mahupun dalam semua perkara berkaitan dengan percutian termasuk lifestyle, makanan dan pelbagai lagi. Ruangan ini telah bemula dalam keluaran Majalah Libur Januari 2015. Korang boleh dpatkan Majalah ini di pasaran sekrang untuk tgk bagaimana ruangan ini di terjemahkan.



Mahamahu beruntung kerana dapat juga turut serta dalam majlis memperkenalkan ruangan Blog O'Rama yg telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Disember 2014 yg lalu. Di sertai lebih kurang 20 org blogger semuanya di raikan oleh team Libur bersama editor En Mior. Juga jutaan terima kasih kepada barisan penaja untuk majlis ini iaitu Cokelat Printing Studio, Starbuck dan Universal Fitness Leisure (UFL).

Edito Majalah Libur En Mior memberi ucapan

Hari tu pernuh meriah dengan di acarakan oleh saudara Radin daripada radio ERA yg memang cukup kelakar dan menceriakan acara pada hari tu. Para blogger di raikan dengan ucapan oleh editor Majalah Libur En Mior di ikuti dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada semua blogger2. Tgk lah setiap seorang ceria bila bab2 dapat cenderamata. Bagi Mahamahu sijil penghargaan itu paling bermakna dan menambah koleksi sijil yg ada sekarang ni hehehe.















Lepas tu pula kami menikmati makan tghari di sana yg di sediakan oleh Starbuck Kota Kemuning. Makan tghari bersama dengan sarapan pagi lah lebih kurang. Walupun tiada makanan berat tapi semua hidangan cukup mengenyangkan Mahamahu.









Selepas makan, di adakan pula acara mainan yg bertujuan untuk mendekatkan lagi blogger2 dengan team Libur. Game yg simple2 je semua idea spontan daripada penyampai si Radin tu. Lepas tu pula acara yang di nanti-nantikan iaitu cabutan bertuah. Mahamahu juga terima satu hadiah bertuah iaitu tudung terima kasih kepada team Libur. Tahniah kepada pemenang tempat ketiga sampai juara yg membawa pulang Airbed, Travel Bag dan juga hadiah utama Khemah House bernilai lebih RM1K tajaan daripada UFL.




Semua muka keseronokan dan kegembiran bukan sahaja dapa berkenalan dengan team Libur yg mesra dan peramah tapi juga dapat bawa balik hadiah2 istimewa. Tu baru permula kepada tahun 2015 yg lebih mencabar buat blogger2 ni. Mahamahu harap dapat kerjasama yg lebih rapat terutama dengan Majalah Libur dan am nya Karangkraf.

Team Malajah Libur bersama pengacara Radin 4 dari kanan


Pada yg berminat nak sertai ruangan Blog O'Rama di Majalah Libur, boleh korang hantar penyertaan kepada saudara Syahir di alamat email ahmad.syahir@karangkraf.com. Jutaan terima kasih daripada Mahamahu buat team Libur yang cukup happeninh dan juga buat Karangkraf kerana jemputan ini moga dapat berjumpa lagi di lain masa. Bye....









0 Pandangan: