Hotel,

Promosi Satu Harga Istimewa Untuk Penginapan Di Bulan Ramadan Olive Tree Hotel Penang

Isnin, Mac 10, 2025 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat berpuasa dan moga Ramadan kali ini lebih memberi makna untuk kita menambah ibadah dan ketaaan kepada Yang Maha Esa. Kali ni Maha nak kongsi sikit tentang sebuah hotel yang Maha sempat bermalam di negeri utara tanah air. Ini kerana hotel ini membuat promosi sempena bulan Ramadan penginapan sekali dengan sahur dan bufet makan malam pada satu harga. Nak tau jom baca lanjut di sini.



Hotel yang Maha maksud itu adalah Olive Tree Hotel iaitu sebuah hotel 4 bintang 25 tingkat di Bayan Baru, Pulau Pinang. Ia terletak di Jalan Mahsuri. Hotel menawarkan 252 bilik, termasuk bilik Deluxe Twin, Deluxe King dan Executive Deluxe. Hotel ini bersebelahan dengan Olive Tree Residences, dan terletak betul-betul di seberang jalan dari SPICE, menjadikannya pilihan hebat untuk yang mencari lokasi penginapan untuk urusan kerja atau perniagaan.



Maha hari tu memang datang review makan untuk buka puasa kat hotel ni. Kalau korang nak tahu pasal promo dan harga untuk buka puasa kat sana boleh klik di sini Selera Sempoi. Ia adalah satu keseronokan untuk menginap di hotel kerana kakitangan sentiasa membuat Maha berasa seperti di rumah. Lagi menari hotel ini adalah hotel hijau dalam bangunan hijau. Antara usaha yang dilakukan untuk tujuan itu termasuk mengumpul air hujan untuk dikitar semula, penggunaan panel solar, dan pemasangan lampu tenaga rendah. Juga kawasan sepenuhnya larangan merokok dan juga vape.





Masa urusan check pun sangat mudah dan cepat. Lobby hotel yang luas dan ada kolam ikan koi sangat tenang jer. Kat sini parking mereka pun banyak dan parking di ara 3 hingga 5. Kalau datang bawa kereta boleh terus masuk tap kad TnG dan nanti nak keluar boleh validate dan percuma sahaja parking untuk mereka yang menginap di hotel ini. Bila dah dapat kunci bilik terus Maha masuk check-in. Bilik hari tu Maha dapat adalah Premiere Deluxe Room. Pemandangan cantik dari tingkap bilik hotel yer. Nampak pemandangan dari atas yang luas dan tenang. 





Bilik ni selesa sangat bagi siapa-siapa datang untuk urusan kerja atau meeting menginap satu mlam pun dan cukup. Nak buat kerja sangat mudah ada meja kerja dan lampu meja. Serta ada kemudahan yang lengkap seperti televisyen 40-inci dengan pelbagai saluran, akses internet wayarles dan kabel berkelajuan tinggi, kemudahan kopi & teh, peti simpan selamat dalam bilik, seterika & papan seterika, serta paling kagum merena bukan bagi air botol mineral kerana nak kurang buangan botol plastik tetapi mereka sediakan dispenser air minuman terus senang.






Dalam bilik air pula mempunyai cermin yang luas senang nak bersiap Maha suka. Lepas tu lengkap ada peralatan mandian yang cukup serta ada pengering rambut. Tak perlu kelam kabut untuk beli atau cari kalau tak bawa. Maklumlah kadang-kadang orang yang travel atas urusan kerja datang mengejut apa sempat bawa sahaja. Bilik air ada shower dan air panas atau air suhu biasa untuk mandi. 





Lain-lain kemudah yang membuat hotel ni menjadi pilihan ramai orang kerana ia ada kolam renang dan fitness center di aras 8. Kolang renang sangat cantik dan juga boleh tengok dalam kolam tu waktu tengah berenang wakakaka. Kolam renang pun terbuka dengan pemandangan yang cantik. Manakal kelengkapan gynasium sangat cukup lengkap. Aras tu juga ada surau umum untuk lelaki dan perempuan tau. Serta ada tempat mainan untuk kanak-kanak lengkap lah.






Hotel ini juga mempunyai dua kafe makanan dan minuman. Selah Cafe adalah kedai kopi mereka. Ia terletak di aras 1 dan dibuka setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam. Di aras 2 ialah Sukkah Coffee House, yang merupakan restauran makan utama di hotel. Ia menawarkan bufet sarapan pagi (6:00 pagi hingga 10:30 pagi) dan juga makan sepanjang hari sehingga 11:00 malam. Kat sini juga jadi lokasi untuk bufet buka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. 






Seperti yang Maha bagi tahu sepanjang bulan Ramadan ini mereka menyediakan pakej untuk penginapan yang lengkap. Tawaran Ramadan Staycation eksklusif di Olive Tree Hotel dengan Bilik Deluxe yang selesa selama dua malam pada harga istimewa hanya MYR680 bersih. Pakej yang disusun rapi ini termasuk dua sesi sahur atau sarapan pagi dan bufet makan malam yang lazat untuk dua orang, membolehkan anda menikmati pelbagai hidangan lazat. 



Kalau korang ada business trip atau kerja kat Penang ni nak menginap dengan pakej lengkap sepanjang bulan Ramadan sini sangat direkemenkan. Ia datu percutian yang tidak dapat dilupakan dan menyegarkan, tawaran ini untuk menjadikan pengalaman bulan suci korang lebih istimewa. Tempahan bermula sekarang untuk tempoh penginapan antara bermula 7 Mac hingga 28 Mac 2025. Jadi pilih hotel yang menarik dan lengkap semua untuk mudah tak perlu nak fikir banyak perkara lagi.

Nak tempah dan booking boleh hubungi: 
Tel : 604 637 7777
Laman web : www.olivetree.my






0 Pandangan: