Promosi Satu Harga Istimewa Untuk Penginapan Di Bulan Ramadan Olive Tree Hotel Penang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat berpuasa dan moga Ramadan kali ini lebih memberi makna untuk kita menambah ibadah dan ketaaan kepada Yang Maha Esa. Kali ni Maha nak kongsi sikit tentang sebuah hotel yang Maha sempat bermalam di negeri utara tanah air. Ini kerana hotel ini membuat promosi sempena bulan Ramadan penginapan sekali dengan sahur dan bufet makan malam pada satu harga. Nak tau jom baca lanjut di sini.

