Buffet Ramadan 2025,
Makan Dalam Suasana Puncak Sejuk Iftar Kayangan Bufet Ramadan 2025 Di Geo Resort And Hotel Genting Highlands
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Nak cuba berbuka puasa luar daripada kesibukan kota. Nak rasai suasan sejuk diselimuti kabus dan juga angin nyaman dikelilingi hutan hijau. Jom kali ni Maha bawakan buka puasa di Genting Higlands.
Iftar Kayangan Bufet Ramadan 2025 dibawakan oleh Geo Resort and Hotel Genting Highlands. Maha dah rasai suasana berbuka yang lain di sini. Rasa seronok bawa keluarga dan juga yang nak konvoi dengan kawan-kawan naik Genting boleh singgah buka puasa di sini. Tak jauh hanya 40minit perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Walaupun nama Iftar Kayangan tapi harga makana yang ditawarkan berbaloi dengan makana yang dihidangkan juga suasana sejuk di puncak.
Menyajikan juadaha masakan tradisional Melayu dengan lauk pauk yang pelbagai dan juga dengan Nasi Briyani Ayam serta juga dengan Sup Tulang yang panas-panas. Sangat sesuai hirup dipuncak yang sejuk memang melegakan. Juga ada pelbagai kuih muih tradisional dan juga pencuci mulut yang pasti membuatkan kita tak berhenti nak makan. Tapi kena ingat makan berpada-pada jangan membazir.
Kalau Maha paling suka dalam bufet Ramadan di sini adalah mereka punya kuah masakan Melayu. Memang cukup rasanya ada pedas, manis dan masam. Disulam lagi dengan kerabu dan ulam-ulaman kampung memang padanan yang padu. Dicicah dengan pelbagai jenis sambal perrrhhh memang menjilat jari dibuatnya.
Juga terdapat gerai diluar hotel yang menyajikan masakan masakan panas. Korang kena cuba Char Kueh Teow yang dimasak terus depan mata dengan kuali dan api yang besar perhhh. Juga ada pelbagai jenis Asam Pedas. Nak pilih lauk Asam Pedas ikan, Asam Pedas Udang, Asam Pedas Daging dan juga Asam Pedas Telur Ikan. Kemudian ada gerai sate dibakar panas-panas serta yang menjadi kesukaan ramai bila pergi bufet Ramadan adalah kambing golek.
Kalau dari segi harga bagi Maha ia sangat sesuai untuk semua golongan. Harga biasa:
✅ RM148 bersih seorang dewasa
✅ RM74 bersih untuk warga emas
✅ RM74 bersih setiap kanak-kanak (bawah 12 tahun)
✅ Kanak-kanak di bawah 6 tahun - makan secara percuma
✅ RM74 bersih untuk warga emas
✅ RM74 bersih setiap kanak-kanak (bawah 12 tahun)
✅ Kanak-kanak di bawah 6 tahun - makan secara percuma
Bufet ini telah bermula dari tarikh 2 Mac hingga 28 Mac 2025. Bermula jam 7.00malam hingga 10.30malam. Mereka juga menyediakan ruang solat yang selesa kepada yang nak menunaikan solat.
Juga sambil makan tu semua tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan busker jemputan khas yang akan menyanyikan lagu tradisional yang pasti membuai. Juga ada persembahan tarian tradisional dan last sekali bila semua dah kenyang korang boleh sertai tarian Joget Lambak bersama dengan penari dan pengunjung lain. Meriahnya lain macam pada masa tu. Maha hari tu menari sampai last call untuk bufet sebab kecoh dibuatnya dalam dewan tu. Kalau korang nak merasainya juga boleh datang dan buat tempahan. Ok korang tunggu next posting tentang bilik dan promo penginapan di Geo Resort & Hotel ni ok. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera semua.
Tempahan sila hubungi pihak hotel:
Tel: +603-9213 0838
Tel/Whatsapp: +6019-236 7838
0 Pandangan: