Buffet Ramadhan,
Bufet Sahur ni tak banyak sangat makanan tapi ok untuk alas perut supaya tak terasa lapar dan juga sunnah dapat pahala bangun sahur tau walaupun makan sebiji Tamar. Kat sini ada hidangan tradisional seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Bihun Goreng, Kuih Muih dan banyak lagi. Makanan untuk kanak-kanak ada seperti cornflake, waffle, pancake dan banyak lagi. Lepas tu ada pula Glas Haus yang berada pada aras paling tinggi hotel ni dan boleh makan sambil lihat pemandangan sekeliling yang indah dan menghijau. Memang seronok sangat menginap kat hotel ni.
Promosi Penginapan Termasuk Sahur Dan Berbuka Puasa Bulan Ramadan Di Geo Resort And Hotel Genting Highlands
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni sambung lagi cerita Maha dan kawan-kawan staycation bulan Ramadan di Geo Resort & Hotel Genting Highlands. Sebab mereka ada promo khas untuk penginapan sepanjang bulan puasa memang meriah. Bilik tu lain lah kerana kami dapat bilik Family Suite sebab ramai hehehe bilik pun besar.
Masa sampai lobi hotel memang terasa kemewahan hotel ni. Kalau tengok dari luar pun nampak design hotel yang ala-ala Eropah gituwww. Maklumlah nak duduk kat kawasan puncak tinggi dikelilingi kabus pagi. Parking hotel pun banyak dan percuma sahaja untuk tetamu hotel jadi tak perlu nak risau. Dah siap urusan check in kami pun terus masuk kat bilik. Waktu check-in jam 3.00 petang dan check-out jam 12.00 tengah hari.
Masuk sahaja bilik memang tergamam tengok bilik yang kemas dan cantik. Luas tu memang lah sebab Family Suite kan besar, dengan adanya katil untuk empat orang, tapi bagi Maha macam bolah masuk enam orang je hehehe. Ia bilik dengan katil saiz king satu kat bawah manakala ada katil tingkat atas yang boleh muatkan tilam queen. Kalau datang bercuti atau berehat-rehat nak naik genting ngan keluarga sini sangat rekomended. Boleh pilih hotel ni.
Dalam bilik hotel ada kemudahan cerek elektrik, penyaman udara dikawal secara individu, peti keselamatan dalam bilik, seterika dan papan seterika, jubah dan selipar mewah, TV LCD Pintar skrin rata 55 inci, hidangan dalam bilik percuma dan Mesin kopi. Wifi kat dalam bilik pun laju and boleh nak serve internet.
Bilik air tak nak mengalah memang cantik luas. Ada cermin yang besar, pastu ada pengering rambut, bilik mandi dengan bilik pancuran mandian berasingan, peralatan mandian eksklusif. Kalau nak memerut dalam bilik air sangat puas.
Satu lagi yang Maha sangat suka hotel ni kerana ia memberi kebebasan kepada semua tetamu untuk nikmati pemandangan indah dan tenang dari ruang balkoni yang besar dan cantik. Kat situ boleh OOTD dan juga melihat serta merasai kesejukkan sebenar di genting. Bangun pagi boleh lihat kabus yang menebal dari balkoni tu memang best pengalaman seronok yang tiada kat hotel lain.
Macam biasa hotel akan ada gymnasium and kolam renang. Kat sini kolam renangnya special kerana ada sebelah dengan Cabana Cafe aras satu hotel. Mandi dengan suasana terbuka dan air yang suam-suam sebab dah sejuk kat sanakan. Lepas penat mandi boleh terus order makanan gituwwww. Kat kafe ini juga akan dihidangkan untuk buffet Sahur atau sarapan pagi. Bangun sahur tu memang tak nampak keliling penuh dengan kabus sejuk weiiii...
Bufet Sahur ni tak banyak sangat makanan tapi ok untuk alas perut supaya tak terasa lapar dan juga sunnah dapat pahala bangun sahur tau walaupun makan sebiji Tamar. Kat sini ada hidangan tradisional seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Bihun Goreng, Kuih Muih dan banyak lagi. Makanan untuk kanak-kanak ada seperti cornflake, waffle, pancake dan banyak lagi. Lepas tu ada pula Glas Haus yang berada pada aras paling tinggi hotel ni dan boleh makan sambil lihat pemandangan sekeliling yang indah dan menghijau. Memang seronok sangat menginap kat hotel ni.
Penginapan Iftar Kayangan
Sempenan dengan bulan Ramadan ini Geo Resort & Hotel Genting Highlands menawarkan promosi istimewa. Penginapan sekali dengan buffet Ramadan dan sahur untuk dua orang. Kalau ambil pakej ini boleh dapat penginapan satu malam di Superior Room, juga dapat sahur/sarapan untuk dua orang dewasa, serta Bufet Iftar Kayangan untuk dua orang dewasa. Lengkap dah tu tak perlu nak kalur-kalu cari sahur nak makan mana dan nak booking untuk buka puasa semua dah termasuk sekali.
Harga pula hanya RM498nett untuk semua tu memang berbaloi bagi Maha. Kalau datang hujung minggu Sabtu dan Ahad menginap kat sini boleh terus naik Genting Highlands bawa family menarik. Tapi hanya untuk penginapan bermula dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025 sahaja sepanjang bulan Ramadan ini. Jadi tunggu apa lagi booking sekarang cuti banyak ni, nak pergi shopping kat Genting Hinglands Premium Outlet (GHPO) pun dekat 10 minita sahaja. Tunggu apa lagi sempat nak shopping raya ni. Jumpa korang kat sana ok bye...
Tempahan dan pertanya terus hubungi hotel:
Laman web: www.georesort.my
Tel/Whatsapp: 03-9213 0838 / 019-212 2838
0 Pandangan: