Armada Hotel Petaling Jaya,

Kari Kepala Ikan Dan Itik Salai Masak Lemak Juadah Istimewa Rakyat Malaysia Kini Di Hotel Armada Petaling Jaya

Isnin, Ogos 19, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia sebuah negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanan yang menjadi signature kita. Bukan sahaja orang tempatan suka malah juga pelancong luar yang datang mesti nak cuba menu yang sedap-sedap di negara kita. Bangga kot kita ada makanan yang telah popular sampai ada orang luar cuba untuk belajar memasak masakan negara kita.



Cuba korang bagikan senarai juadah makanan Malaysia yang popular dan sinonim dengan Malaysia. Kalau Maha paling dekat dihati adalah Kari Kepada Ikan dan juga Itik Salai Masak Lemak. Sebab itu bulan ini Hotel Armada Petaling Jaya melalui Restoran Utara mereka memperkenal dua juadah istimewa ini untuk semua rakyat Malaysia nikmati.



Kalau Kari Kepala Ikan yang sedap mesti kuah yang pekat dan juga kepala ikan yang besar, bagi Maha lah. Itu yang ditampilkan dalam Set Kari Kepala Ikan di Hotel Armada kali ini. Disediakan oleh barisan chef yang bepengalaman dalam masakan tradisional Malaysia ini. Set Kari Kepala Ikan ini boleh pilih lagi siapa yang suka Kari Kepala Ikan Merah atau juga Kari Kepala Ikan Salmon

Kari Kepala Ikan Merah



Set Kari Kepala Ikan yang disediakan di sini sesuai untuk makan dua orang kerana ia disediakan sekali dengan dua hidangan nasi putih kukus, Papadom dan Chutney Mangga bagi mewujudkan keseimbangan rasa yang sempurna. Hari tu Maha berkesempatan menikmati juadah ini. Memang betul power rasa kari dan rempah yang dimasak sempurna. Sehinggakan setiap celah kepala ikan tu Maha boleh korek-korek untuk nikmati rasa yang begitu menepati citarasa Malaysia. Harga untuk satu set ini hanya RM68 sahaja boleh makan berdua sesuai bawa teman istimewa.

Itik Salai Masak Lemak



Selain itu juga, di Restoran Utara ini mereka sediakan juga Set Itik Salai Masak Lemak yang begitu popular di Negeri Sembilan. Cuma kali ini diolah lain sikit hidangan itik salai yang tiada bau hanyir itik dan dagingnya lembut. Set ini juga datang dengan dua hidangan nasi putih kukus, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan Telur Masin, barulah ngam dan harmoni bila nak makan. Set ini sesuai untuk makan dua orang dengan kuantiti yang banyak bagi Maha.

"Grandma's" Sambal Udang

Telur Dadar Bawang

Ayam Goreng Berempah

Kobis Goreng "Ala Mamak"

Peria Goreng Rangup


Harga untuk set Itik Salai Masak Lemak ini hanya RM68 juga. Jadi bebaloi datang boleh pilih set mana yang kita nak. Bagi melengkapi juadah ini kita boleh jer nak tambah menu lain yang turut melengkapi dua juadah ini seperti Kobis Goreng "Ala Mamak", Peria Goreng Rangup, Telur Dadar Bawang, Ayam Goreng Berempah dan "Grandma's" Sambal Udang. Udang tu bukan biasa-biasa tau besar dan banyak kuantitinya. Harga berlainan untuk juadah tambahan ini, dan bagi Maha ia sangat kena dengan dua set yang disediakan tadi. 

Raikan Tradisi Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan 


Perayaan pertengahan musim luruh kali ini, Hotel Armada PJ juga meraikan tradisi pemberian kuih bulan yang dihormati dengan pilihan yang pelbagai. Dihasilkan oleh sendiri oleh barisan chef di Hotel Armada, kuih bulan ini sesuai untuk perjumpaan semula yang ikhlas dan dipersembahkan sebagai set hadiah elegan yang mendapat inspirasi daripada warisan tradisi yang tak luput di zaman.



Kalau beli untuk satu set dalam kotak tu ada dua jenis Kuih Bulan yang boleh pilih perisa apa yang nak. Perisa yang begitu sinonim dengan Kuih Bulan seperti Kacang Merah, Kuning Telur Masin dan Teratai, Teratai dan Jade Custard (Pandan). Harga pula hanya RM88nett setiap kotak. Boleh dah booking mulai sekarang dan boleh datang ambil di hotel sehingga 17 September 2024.

Teratai 

Jade Custard (Pandan)

Kuning Telur Masin dan Teratai

Kacang Merah


Tapi kalau datang makan kat Restoran Utara atau juga menginap di Hotel Armada PJ boleh singgah terus kat reruai yang disediakan di lobi hotel. Simple jer reruai tu tapi cantik dihias dengan suasana musim luruh dan juga boleh bergambar di sana. Hadiahkan kepada orang tua atau juga keluarga mahupun rakan yang kita sentiasa harga mesti mereka akan gembira. 

Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:
Restoran Utara: (03) 7954 6888 samb. 4557







0 Pandangan: