Food Review,
Makan Ikan Bakar Waktu Tengah Hari Di Restoran Abah Ikan Bakar Paling Popular Di Sekinchan Selangor
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau sebut sahaja Sekinchan apa yang pertama terbayang dalam fikiran korang? Sawah padi luas yang menguning! Atau Homestay yang pelbagai dekorasi yang cantik-cantik dan menarik. Atau juga tempat bersejarah yang boleh dilawati dan juga selalu menjadi spot orang KL turun time cuti hujung minggu untuk healing.
Macam-macamlah yang menarik di Sekinchan, kerana sepanjang jalan daripada Tanjung Karang bawa kepada Sekinchan dan juga bawa kepada Sungai Besar Selangor memang banyak tempat menarik dan cantik-cantik untuk dikunjungi. Tapi tahukah korang bahawa kat kawasan Sekinchan juga begitu popular dengan restoran makanan laut. Salah satunya adalah Restoran Abah Ikan Bakar.
Restoran ini sangat senang nak cari kerana ia berada betul-betul tepi Jalan Kuala Selangor -Teluk Intan. Dulu jalan tu kecil dan sesak tapi sekarang dah besar. Korang cari sahaja Medan Selera Benteng Sekinchan, kat situ ada papan tanda besar warna kuning merah dan tulis nama Restoran Original Abah Ikan Bakar dan sebelahnya ada papan tanda Lobster Powered by Abah Ikan Bakar. Ini restoran sebenar yang sangat popular bagi mana-mana pengunjung yang datang area Sekinchan ni.
Restoran ini adalah diusahakan oleh pemilik Kolam Memancing Abah23 Paradise Sg Nibong. Jadi pemilik kolam ikan dan restoran ni orang sama. Kat sini boleh dapatkan makanan laut yang segar-segar daripada laut terus dibawa ke sini. Jangan terkejut selalunya restoran masakan ikan bakar orang akan bukan petang sampai larut malam. Tapi kat sini ia buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Hari Selasa sahaja tutup.
Jadi korang boleh nikmati pelbagai jenis masakan laut yang segar dibakar dan dimasak untuk makan tengah hari. Jadi jangan pelik dan bimbang memang itu konsep restoran ni. Barulah puas makan makanan laut. Korang boleh order Menu Set mahupun Menu Ala-cart. Paling best orang akan order kat sini iaitu Lobster, King Crab, Mentarang, Oyster, Kupang dan macam-macam lagi. Semuanya segar dan besaiz besar, memang kena dengan harga dan rasanya.
Hari tu Maha makan sini lepas habis acara pertandingan memancing kat kolam Abah23 Paradise singgah makan tengah hari di sini. Order mereka punya Siakap Masak Tiga Rasa, Sotong Goreng Tepung, Tomyam dan juga tak silap Maha Isi Ketam Goreng Cili Kering sedap gilerrrr. Sayur juga ada boleh order kangkung, kailan dan macam-macam lagi.
Puas hati makan sini tempat besar luas dan juga ada kemudahan tandas dan surau. Cuma kalau tengah hari tu bahang sikit sebab restoran tu bumbung rendah kot. Tapi dah lapar punya pasal cari meja bawa kipas terus order dan makan. Jadi nak datang boleh makan tengah hari, makan petang mahupun makan malam kat sini sepuas-puasnya.
Korang boleh pilih makanan laut yang ada kat situ and juga nak masak apa yang korang suka. Lepas tu tunggu mereka akan hantar kat meja. Mudah bukan. Lepas ni dah tahu tempat untuk makan seafood dari pagi sampai malam. Makanan yang segar-segar dan mewah-mewah yer. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Info lanjut dan juga segala promosi boleh lawati laman sosial :
Whatsap: 010-2445188 (Mohd Razif)
0 Pandangan: