Food Review,

Kedai Kecil Tapi Ramai Orang Berbaris Nak Nikmati Sarapan Pagi Di Kopitiam 143

Khamis, Jun 13, 2024 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha pelik kat satu kedai makan ni, kedainya sangat kecil hanya muat untuk beberapa orang tapi tetap ramai orang sanggup berbaris setiap pagi nak sarapan kat situ. Banyak lagi tempat sarapan lain yang ada kat luar sana, tapi situ juga yang orang sanggup beratur panjang lak tu.



Ni pengalaman Maha pergi sendiri kat Kopitiam 143 yang terletak di Liberty Arc Persiaran Ampang Ukay. Memang setiap pagi ramai giler orang berbaris sanggup tunggu untuk nikmati sarapan pagi kat situ. Kalau dulu kopitiam yang pertama mereka di buka di Jalan Enggang Taman Keramat. Situ pun lagi kecil dan tetap ramai orang dan berbaris panjang.



Kaji punya kaji rupanya kopitiam ini mereka lebih fokus kepada menu untuk sarapan pagi sahaja. Sebab itu mereka buka dari jam 7.30pagi hingga pukul 2.30petang untuk last order. Menu pun tak banyak dan hanya fokus kepada Roti Bakar Arang yang menjadi signature kat Kopitiam 143 ni. Katanya ia dihasilkan sendiri dan dibakar sendiri itu yang aslinya. Serta minuman special mereka iaitu Kopi 143 yang menjadi kegemaran ramai warga kota.




Kopitiam cawangan kedua mula beroperasi Nov 2023. Tapi kerana mereka begitu menjaga kualiti walaupun sikit tapi tetap terbaik membuatkan peminat dan pengemar sarapan pagi suka datang sini berulang kali. Bagi mereka kepuasan dan kesedapan makanan yang masih kekal sehingga sekarang membuatkan mereka sanggup bebaris panjang untuk nikmatinya. Serta suasana yang dengan konsep kedai kopitiam lama dan juga peralatan yang digunakan itu mengimbau memori zaman dulu-dulu.




Selain dari dekorasi, ada juga beberapa menu lain yang menarik kat sini seperti Wantan Dry, Wantan Mee Sup, Dim Sum, Mee Kari, Nasi Lemak Daun Pisang, Puding Karamel dan Rojak Buah Penang. Maha suka meraka punya nasi lemak walaupun kecil tapi sedap gilerrrr. Kat sini juga mereka tidak membenarkan untuk bungkus bawa pulang dan hanya boleh makan dine-in. Sebab tu mereka sanggup tunggu tuk walaupun lama sikit. 




Juga service sini sangat bagus dan cepat. Ia memudahkan orang yang datang walaupun ramai dengan keluarga atau kawan-kawan tetap dapat merasa semua makanan mereka. Mungkin ini adalah rahsia kejayaan Kopitiam 143 ni boleh kekal dan ramai pelanggan sampai sekarang. Harap mereka buka lagi cawangan lain yang dekat dengan rumah Maha senang nak dapatkan sarapan pagi huhuhuh.



Apa pun kekalkan korang punya kualiti dan juga service terbaik agar terus ramai peminat dan juga makin bertambah pelanggan baharu. Kawan Maha suka sangat makan sini kalau boleh setiap hari nak diajaknya datang sarapan kat sini. Kalau korang nak cari cawangan baharu Kopitiam 143 ni boleh jer search Liberty Arc @ Ampang Ukay betul-betul kondominium tepi MRR2 tu. Kopitiam ni ada kat dalam tu tempat parking pun terhad.









2 ulasan:

  1. wah... nampak menu sedap2 semuanya. tapi kalau berbaris nak tunggu makan, maybe lain kali baru datang ketika tak perlu tunggu, terus masuk kedai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama13 Jun, 2024

      Buat masa ni memang sentiasa ramai hehehehe kalau hari biasa tak ramai kot cuba lah...

      Padam