Abah23 Paradise,

Kolam Memancing Ikan Air Masin Pertama Di Selangor Abah23 Paradise Sg Nibong Sungai Besar

Rabu, Jun 05, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Panggilan..... Panggilan..... Panggilan... untuk kaki pancing seluruh antero dunia, wahhhh gituwwww.  Sekarang ni korang tidak lagi perlu pergi jauh-jauh tinggalkan anak bini semata-mata untuk memenuhi minat dan cinta anda kepada hobi memancing ikan.



Sekarang dah ada dekat sahaja di Sg Nibong Sungai Besar Kuala Selangor satu kolam 'ikan air masin' pertama di Selangor. Google atau waze sahaja Abah23 Paradise korang akan terus dibawa ke lubuk ikan masin seluas 2 ekar dan sedalam 8 kaki ini. Ia telah mula beroperasi sejak 3 Jun 2023 dan Jun 2024 adalah ulang tahun pertama kolam pancing ini.



Kolam ikan air masin ini diusahakan oleh Encik Razif Aini yang juga pengusaha kepada Restoran Abah Ikan Bakar yang cukup popular di Sekinchan. Biarpun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi namun usahawan yang berjiwa besar ini sentiasa percaya kepada rezeki. Bermula daripada minat dan cinta beliau kepada aktiviti memancing ini telah mengubah hidup beliau kepada usahawan kolam pancing yang pada masa yang sama menjadi pendepatan tetap bapa kepada dua cahaya mata ini.



Konsep kolam pancing Abah23 Paradise adalah berkongsi rezeki bersama 'Nelayan Darat'. Ia menjadi simbolik kejayaan kepada usaha ini. Di sini juga telah mencipta momen manis bersama para pemancing ikan air masin dari serata pelusuk Malaysia.

Sedikit Tentang Abah23 Paradise 


Kerana kedudukan kolam pancing ini berdekatan dengan sumber air masih semulajadi maka beliau menggunakan air laut sebenar yang di pam terus ke dalam kolam pancing ini. Bukan itu sahaja, di kolam pancing ini juga membekalkan dan menawarkan 8 spesis ikan air masin. Antara yang cukup popular dengan kolam ini ikan jenis Jenahak, Siakap, Kaci dan banyak lagi.




Satu kolam ini mampu untuk menempatkan lebih 1 tan ikan air masin yang bersaiz 1.3kg hingga 1.5kg. Waktu operasi Abah23 Paradise adalah seperti berikut:
Isnin - Khamis : 2.00p.m.- 2.00a.m.
Jumaat : Tutup untuk penyelenggaraan
Sabtu & Ahad  : 10.00a.m. - 2.00p.m.

Harga (caj):
RM100 untuk tempoh 5 jam
RM90 untuk tempoh 4 jam

Misi meraka ingin menjadikan Abah23 Paradise bukan sahaja lokasi terbaik bagi pemancing melakukan aktiviti yang digemari iaitu memancing ikan bahkan boleh juga sebagai sumber pendapatan. Ini kerana setiap pemancing boleh membawa balik hasil tangkapan untuk dijual di pasaran luar ataupun jual kembali kepada pihak mereka.



Pemancing yang datang memancing di sini tidak pernah pulang dengan tangan kosong tanpa hasil. Mereka juga turut bersedekah beberapa ekor ikan kepada pelanggan yang gagal mendapatkan hasil. Juga di sini mereka ada menjual umpan untuk memudahkan kaki pancing mendapatkan umpan. Antara umpan yang dijual di sini seperti udang dan juga anak ikan.

Pertandingan Memancing Raikan Ulangtahun Sulung Abah23 Paradise


Sempena dengan meraikan ulang tahun pertama Abah23 Paradise pada bulan Jun tahun ini. Satu pertandingan berskala besar telah diadakan pada tanggal 1 Jun 2024 yang lalu. Ia telah menarik minat lebih daripada 220 orang penyertaan dari dalam Selangor dan juga seluruh Malaysia dengan yuran serendah RM200.




Hadiah yang ditawarkan juga sangat hebat iaitu wang tunai bermula dari RM300 sehingga RM3000 untuk tempat 1 ke 15 bagi ikan yang dipancing paling berat. Lebih istimewa bersempena ulangtahun petama turut diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya merupakan motorsikal Yamaha RXZ berserta barangan elektrik untuk hadiah saguhati.




Bukan hadiah yang menjadi perhatian kaki pancing tapi sebenarnya kepuasan apabila dapat menaikkan ikan paling berat yang ada dalam kolam itu, menjadi satu kebanggaan. Pertandingan yang berkonsepkan berkongsi rezeki bersama nelayan darat menjadi simbolik kepada kejayaan Abah Paradise23. Ini kerana biarpun baru berusia setahun pembukaannya tetapi sudah mendapat sambutan yang luar biasa dari kaki pancing. 



Mereka yang menyertai pertandingan ini bukan sahaja dari usia dewasa malah ada juga kanak-kanak dan juga wanita. Siapa kata wanita tidak minat memancing ok. Jadi pada kaki pancing sekalian kalau takut dilambung ombak besar di laut, boleh datang ke Kolam Pancing Abah23 Paradise Sg Nobing ini. Kalau takut dimarahi isteri korang boleh bawa sekali isteri dan anak-anak untuk bersama-sama menghabiskan masa yang berharga tanpa melupakan minat dan cinta korang terhadap memancing.



Korang boleh dapatkan info lanjut mengenai kolam ikan air masin ini, di sosial media Tiktok atau Facebook dan Instagram Abah23 Paradise untuk segala promosi dan info terkini. Selamat memancing semua dan semoga gembira. 








0 Pandangan: