Bayu Sutera,

2 Dalam 1 Beli Rumah di Bayu Sutera Dan Tunaikan Umrah

Isnin, Jun 17, 2024 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ini Maha ada kongsikan perumahan baharu yang menarik dan modern. Kali ni satu lagi fasa baharu di Bandar Sri Sendayan juga yang boleh jadi penilaian untuk korang memiliki rumah baharu.



Bayu Sutera merupakan projek yang terkenal dengan keindahan taman dengan lanskap tersendiri, rekabentuk rumah yang menarik, pelbagai kemudahan awam, ciri keselamatan terbaik, aksesibiliti serta penyambungan dan hubu¬ngan jalan raya utama yang padu. Dalam Bayu Sutera terdapat dua konsep kediaman iaitu Izara II dan Elonia III. Masih dibangunkan oleh pemaju yang terkenal dan cukup dipercayai iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix).



Cuma kali ini ia datang dengan satu kempen 2 dalam 1 iaitu beli rumah bukan sahaja dapat rumah juga dapat pakej umrah buat pembeli unit kediaman kali ini. Ini merupakan kempen cukup unik yang memberi peluang pemilik rumah memiliki rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera dan pada masa yang sama berpeluang menunaikan umrah dengan keluarga.

Pengenalan Projek Perumahan Bayu Sutera Fasa Pertama


Bayu Sutera terletak di Bandar Sri Sendayan yang berhubung dengan laluan utama dan merupakan projek perumahan yang berkeluasan 216 ekar ini sememangnya cukup konsisten dengan reputasinya menawarkan kediaman yang terbaik. Fasa pertama pembangunan Bayu Sutera yang telah dilancarkan pada tahun 2021 ini sememangnya dikelilingi dengan landskap alam semulajadi yang cukup cantik.



Bagi fasa pertama, jualan yang berjaya dengan penyerahkan 963 unit kepada pemilik rumah mengikut masa seperti yang ditetapkan. Projek kediaman dengan binaan luas bermula dari 2,142 kaki persegi hingga 2,478 kaki persegi yang sesuai untuk keluarga dan isi rumah pelbagai generasi. Dibina dengan ruang yang cukup besar dapat memberi keselesaan bagi pemilik kediaman, selain privasi yang sangat diperlukan khusus¬nya bagi mereka yang bekerja dari rumah.

Perkembangan Projek Perumahan Bayu Sutera Fasa Terbaharu


Memperkenalkan 2 fasa terbaharu di Bayu Sutera yang sedang dibangunkan iaitu Izara II dan juga Elonia III.  Kediaman ini juga di tepi tasik dengan keunikan landskap yang menenangkan gabungan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. Komuniti kawasan perumahan di sini boleh menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan pelbagai aktiviti di taman tasik yang indah seluas 3 ekar. Terdapat juga variasi kemudahan disediakan seperti trek jogging, taman permainan dan banyak lagi.



Kediaman baharu ini bukan sahaja menawarkan keindahan pemandangan tepi tasik tetapi juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini bagi memastikan penghuninya dapat hidup dengan gaya yang lebih selesa dan selamat, Diantara ciri rumah pintar yang diperkenalkan  seperti kunci digital, lampu bermodul,  penghawa dingin IR Blaster dan banyak lagi.
 
Bagi fasa kediaman Izara II dan Elonia III kedua-duanya menawarkan rumah teres dua tingkat jenis hartanah milikan bebas dengan keluasan 20’ x 70’ binaan iaitu 2,315 kaki persegi. Rumah kediaman yang cukup selesa ini menawarkan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Bagi pengenalan fasa baharu ini ia hanya ditawarkan 171 unit kediaman untuk perumahan Izara II. Manakala esklusif 38 unit sahaja untuk perumahan Elonia III.



Ruang tamu dan bilik tidur agak luas dengan susun atur rekabentuk yang terbuka membolehkan pemilik menghasilkan dekorasi rumah kediaman seperti yang mereka inginkan. Ini juga satu kelebihan buat pemilik kediaman yang mungkin mempunyai citarasa tersendiri mengikut konsep yang dikehendaki untuk didiami bersama keluarga tersayang. Kedua kawasan perumahan ini dikelilingi pagar tinggi bersama pos pengawal bagi meningkatkan tahap keselamatan untuk penghuni kediaman di sini.

Fasiliti dan Keistimewaan Lain di Bayu Sutera


Banyak keistimewaan lain yang ada di perumahan baharu Bayu Sutera ini. Pemilik rumah berdekatan dengan Bayu Biz yang merupakan hab komersial di Bayu Sutera. Di sini boleh korang dapatkan keperluan barangan harian dan membeli belah. Juga pastinya tersedia d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Global Matrix dan Sendayan Merchant Square bagi melengkapi fasiliti yang ada di sini.



Memiliki rumah di kawasan yang sudah tersedia kemudahan memberi kelebihan bukan sahaja lengkap malah infrastruktur seperti jaringan internet dan jaringan lebuhraya jauh lebih sempurna. Bahkan kawasan perumahan yang telah stabil mempunyai komuniti yang lebih baik kerana kawasan tersebut telah menjadi lokasi kehudpan berkeluarga dan golongan berkelas.



Sememangnya sangat disyorkan bagi pelaburan hartanah, adalah lebih baik untuk kita lebih menumpukan fokus kepada hartanah di kawasan ‘matang’, kerana telah sedia ada permintaan dari pelbagai golongan seperti kelas pekerja dan berkeluarga.

Pemaju Yang Dipercayai


Pemaju Bayu Sutera iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad merupakan penerima Anugerah Star Property untuk : The Cornerstone Award – The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) 2024.



Menitik beratkan ciri keselamatan kediaman antara kunci utama mengapa projek perumahan Bayu Sutera masih konsisten menjadi pilihan mereka yang sedang mencari rumah baharu. Contohnya pihak pemaju menyediakan pos pengawal keselamatan berserta pagar  tinggi  bagi setiap unit.

Matrix Concepts Holdings Berhad sentiasa menawarkan pakej jualan terbaik berserta kempen yang cukup menarik. Untuk membeli rumah di Bayu Sutera, bayaran pendahuluan yang dikenakan cukup rendah dan berpatutan.



Manakala yuran guaman diatas duti SPA dan pinjaman diberikan secara percuma. Bukan itu sahaja, setiap pembeli rumah di Bayu Sutera secara automatiknya menjadi  ahli kelab  d’Tempat Country Club. Tiada fee atau yuran dikenakan kerana ianya percuma dan pembeli boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan di rumah kelab ini.

Keistimewaan Tawaran Pakej Umrah Yang Eksklusif


Mesti korang tertunggu macam mana nak dapat pakej Umrah secara percuma itu. Inilah peluang keemasan buat pembeli perumahan kediaman di dalam fasa baharu Bayu Sutera kali ini. Pembeli akan dapat 2 dalam 1 iaitu beli rumah dapat sekali pakej umrah percuma yang merupakan baucar tunai umrah bernilai RM16,000 untuk dua orang. Pakej umrah ini adalah selama 11 hari 10 malam di Arab Saudi. Pakej  berserta dengan tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan makanan yang disediakan sepenuhnya.



Selain dapat melaksanakan ibadah umrah, pelbagai lokasi menarik disertakan dalam sesi ziarah yang termasuk sekali dalam pakej ini. Diantaranya seperti melawat Muzium Al Wahyu di Mekah. Pembeli tidak perlu bimbang kerana pakej juga merangkumi persediaan Kursus Umrah, keperluan umrah seperti Kit Umrah, Air Zam-zam serta bakal mendapat bimbingan Mutawif yang cukup berpengalaman. Butiran terma dan syarat selanjutnya boleh dirujuk pada Agensi Umrah yang dilantik iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

Kempen pemberian pakej umrah ini berlangsung dari 20 Mei hingga 20 Ogos 2024, eksklusif hanya untuk pembelian fasa kediaman Izara II dan Elonia III (unit Bumi sahaja). 

Beli Rumah Dan Tunaikan Umrah


Peluang baik selalu datang sekali jadi rugi kalau dilepaskan. Dapatkan rumah fasa terbaru Bayu Sutera iaitu Izara II atau Elonia III. Satu peluang yang cukup unik menggabungkan pemilikan rumah dengan perjalanan rohani Umrah.

Gambar pertama kali dapat menunaikan Umrah tahun 2016 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen yang sedang berlansung boleh layari: https://umrahbersama.bayusutera.com/4

2 dalam 1 Beli Rumah dan Tunaikan Umrah!










6 ulasan:

  1. Rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Impian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci.

    BalasPadam
  2. Memang rezeki sesiapa yang beli rumah di sini. Beli rumah dapat tunai Umrah ..

    BalasPadam
  3. Wei. Jom jadi jiran - boleh lepak sama-sama pastu gi umrah sama-sama gak

    BalasPadam
  4. Pakej berganda untung macam ni..rumah konfem2 dah best..dapat lak gi umrah FOC..

    BalasPadam
  5. Best deal nie ! Boleh dapat dengan pakej umrah skali . Wajib grab heee

    BalasPadam
  6. Memang berbaloi la kalau dapat grab peluang ini. Luar biasa!!

    BalasPadam