Chef Jo,

Sarapan Pagi Di Karachi Makan Masakan Tengah Hari Ala Pakistan Di Platform 19 Shah Alam

Selasa, Jun 18, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang pernah cuba makanan istimewa daripada Pakistan? Kalau korang masih belum cuba jom Maha bawakan korang untuk nikmati juadah khas masyarat Pakistan. Makan daripada sarapan pagi sampai ke makan tengah hari hingga kepada makan malam. Sangat autentik restoran yang Maha nak bawa korang kali ni.



Nama restoran ini pun menarik iaitu Platform 19 yang terletak di Seksyen 19 Shah Alam. Berdekatan dengan station KTM Shah Alam dan juga Hentian Bas Seksyen 19 Shah Alam serta di sebelah CIAST Seksyen 19 Shah Alam. Jadi sini memang menjadi tumpuan orang kalau nak gunakan pengangkutan awam. 



Restoran Platform 19 baru sahaja bermula operasi November 2023. Mereka lebih fokus kepada Pakistan cuisine. Ia buka seawal jam 8.00 pagi untuk korang nikmati sarapan pagi istimewa dibawakan dari Karachi. Sarapan pagi korang kena cuba adalah Good Morning Karachi atau juga Roti Prata yang datang dengan tiga jenis inti dalam iaitu Potato, Cheese dan Butter. Makan pula dengan 3 jenis pincicah yang sangat rare ni.



Kemudian ada juga sarapan pagi ala western kalau yang tengah diet. Boleh cuba mereka punya Classic Breakfast, Grilled Bratwurst Sausage dan Creamy Mushroom and Potato Soup. Sekali sekala nak berangan macam makan kat luar negara apa salah hehehe.





Bagi hidangan makan tengah hari Platform 19 ni Maha paling suka iaitu Bakra Paye atau kita panggil gear box. Tapi kat sini mereka lebih banyak makan kambing jadi gear box pun kambing kecil-kecil comel sahaja. Sedap giler tambah makan dengan nasi butter mereka atau juga boleh pilih makan dengan roti. Perrrrhh dijamin akan menjilat jadi jadi dan korang akan sedut gear box tu sampai kering.



Juga paling mendapat pilihan ramai orang yang datang dalam kuantiti ramai atau satu keluarga mereka akan order DOME Kabsah Mutton. Hidangan ni boleh makan 3 ke 4 orang memang banyak. Nasi dan juga daging kambing yang dibungkus dalam roti yang dihasilkan sendiri. Kemudian di bakar untuk kepanasan yang sekata. Protien dalam tu korang boleh pilih kalau tak makan kambing boleh tukar dengan ayam atau lembut. Menu ni sangat puas hati makan ramai-ramai memang menjadi hot saller juga sini.




Kalau yang kurang makan kambing boleh cuba Chicken Charga ni. Ia menu ayam goreng garing dan juga dituang dengan sos yang bukan cheese tapi sangat sedap. Panas-panas mengelegak tu makan dengan nasi atau roti pun sangat kena. Ayam banyak dalam ni boleh makan 2 ke 3 orang juga lah.



Menu lain yang menarik sini korang boleh pilih dan cuba seperti Lateef In The Bowl iaitu pasta dalam mangkuk, Beef Keema Pizza iaitu pizza doh dihasilkan sendiri penuh dengan inti dan cheese meleleh, juga ada Sherperd Pie dalamnya penuh dengan inti daging. Bila dah makan semuu ni last korang kena tutup dengan minuman istimewa mereka iaitu Chai Tea. Teh herba yang minum panas-panas memang cuci perut sangat.






Maha suka Restoran Platform 19 kerana masakan sini disediakan sendiri oleh orang Pakistan yang berpengalaman dan mahir dalam kerja memasak di dapur. Juga variati makanan yang ada di sini sangat banyak membuat korang boleh datang dari pagi hingga ke malam. Restoran ini jgua sangat selesa dan juga ruang yang kemas dan luas. Konsep pun mereka buat macam kat platform dengan setiap meja ada nama stesen yang popular di KL seperti KL Sentral, Angkasapuri, Cyberjaya dan banyak lagi.





Juga mereka ada sediakan satu ruang VIP untuk korang nak makan atau adakan majlis dalam tu. Ia mampu memuatkan dalam 25 ke 30 orang satu-satu masa. Sebab sebelum ni ada orang buat majlis pertunangan, sambutan harijadi, reunion dan macam-macam lagi. Kalau nak beli produk mereka pun ada jual juga tau macam Cookies By Chef Jo. Kuih Raya yang viral tu kat sini pun ada tau.



Waktu operasi:
Buka setiap hari dari jam 8.00pagi hingga 10.00malam
Waktu rehat : Solat Jumaat 12.30tengahari hingga 2.45petang

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh layari sosial media: 
Facebook :  @PlatformNineteenShahAlam
Email : platform19sa@gmail.com
Tel : 017-4377559 (Pn Rosiyati) / 012-7019192








0 Pandangan: