Aquarium,

Masuk Taman Tema Fantasi Di VinWondera Phu Quoc Vietnam Seperti Berada Di Dunia Zaman Dulu-dulu

Sabtu, Disember 02, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ni adalah last posting untuk percutian Maha di Pulau Phu Quoc Vietnam baru-baru ini. Nak simpan sebagai kenang-kenangan bercuti negara orang walaupun tak jauh. Sebelum ni Maha kongsikan tentang Vinpearl Safari yang menempatkan ribuah haiwan liar dan juga yang hampir pupus dalam suasana asala mereka. Menarik konsep mereka tu kat Malaysia tak ada lagi. Kalau nak tengok boleh klik posting yang lepas tu.



Kali ni Maha nak masuk satu taman tema macam dunia khayalan disney, sebab kat tengah-tengah taman tema tu ada istana besar seperti konsep istana zaman dulu-dulu. Nama tempat ini adalah VinWonders Phu Quoc yang berada berhampiran juga dengan Safari tu. Hanya perlu naik bas dari Safari tu untuk terus pergi taman teman ini. Sebab hari tu Maha dah beli siap tiket untuk masuk safari dan VinWonders ini kat dalam Klook. Jadi sampai sahaja sana terus scan QR code dan boleh terus masuk.




Dalam satu hari yang sama lepas pergi safari tu walaupun penat tetap gigih pergi juga. Masa Maha pergi tu hari kerja jadi memang tak ada orang ramai langsung. Nak main semua permainan tak perlu baris dan terus boleh masuk jer. Sebab kat situ ada satu aquarium yang besar dan juga katanya ada ikan duyung dalam tu jadi terus pergi kat bahagian tu. Namanya adalah The Sea Shell di mana nak tengok ikan dalam aquarum tu kena masuk dalam bangunan bentuk penyu terbesar kat sini. Wahhh memang kagum lah mereka buat bangunan kat sini sangat unik dan menarik gilerrrr.




Jadi masuk kat situ lepas jer pintu masuk terus nampak aquarium yang besar gilerrr dan penuh dengan ikan-ikan. Ikan yang tak pernah tengok pun ada. Jadi duduk kat depan tu tunggu untuk satu persembahan istimewa iaitu persembahan ikan duyung. Hehehe betul ker wujudnya ikan duyung kat dunia ni. Mula sahaja persembahan semua orang bersorak dan juga nampak ada 3 ekor ikan duyung yang turun dan buat tarian dalam aquarium tu. Perrhhhh memang kagum lah boleh tahan dalam air lama tu.




Persembahan tu dalam lebih kurang 30 minit kot. Lepas sahaja habis persembahan ikan duyung tu Maha teruskan perjalanan dalam perut Penyu tu nak tengok ada banyak sangat rupanya aquarium kecil-kecil yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut. Ada kuda laut, ada obor-obor, ada ikan rama-rama, ikan pelik-pelik yang tak pernah nampak pun ada kat situ. Kalau datang bawa anak-anak kecil memang mereka sukalah. Luas juga dalam tu yer.





Jalan punya jalan sampai kat bahagian ada penguin yang duduk kat tempat sejuk tu. Tengok mereka bagi penguin makan dan juga aksi penguin yang comel mencuit hati gelak semua orang tengok. Penguin makan dan berenang memang comel gilerrr. Lepas tu jalan lagi masuk pulak terowong dalam aquarium yang besar tadi. Rupanya boleh masuk dalam tu tengok lebih dekat ikan yang ada dalam tu. Memang banyak spesis ikan best giler.





Dah penat jalan dalam tu keluar pula pergi tempat lain. Yang buat Maha tertarik adalah nak naik mereka punya roda gergasi. Dulu kat Malaysia ada tapi tak besar ni memang besar gilerrr sangat-sangat besar. Pergi kat situ tak perlu baris sebab waktu tu tak ada orang sangat jadi terus boleh masuk. Mula-mula kat bawah tu ok lagi tapi bila dah ada kat atas puncak memang menggeletak kai dibuatnya. Walaupun tempat yang gantung tu saiz besar tapi tetap rasa takut. Boleh nampak satu Pulau Phu Quoc memang tinggi gilerrr.



Ini memang kena naik kalau korang sampai kat sini. Ia ambil masa lebih kurang dalam 20 minit kot untuk habiskan satu pusingan besar tu. Slow-slow jer geraknya tapi tetap rasa takut tu ada. Memang Maha tak gerak bila kat atas puncak tu duduk diam jer hehehehe. Maha ni ada akrofobia iaitu fobia pada tempat tinggi. Tu pun berani-beranikan jer naik sebab dah sampai kena rasa juga.




Lepas tu habis turun sampai bawah jalan-jalan kat dalam tu nak main mainan lain takut sebab gayat tadi tak habis lagi  hehehe. Jadi tengok sahajalah mainan yang ada semua kosong tak ramai orang. Kat dalam ni tak perlu beli tiket dah sebab tiket masuk tu boleh main semua mainan. Cuma nak makan kena bayarlah. Di sini di bahagikan kepada beberapa bahagian utama untuk mainan kering dan basah. Masa masuk tadi dipanggil European Streetmosphere. Sebab bangunan dengan reka bentuk lama zama dulu-dulu sangat unik.



Kemudian ada bahagian Fantasy World ni ada Amazing Kingdom dalamnya tapi Maha tak masuk sini sebab penat nak jalan luas sangat tempat ni. Kemudian ada bahagian Mysterious Viking Village. Di mana ia ada perkampungan orang viking ada banyak patung-patung comel dan juga ada mainan dalam tu. Kemudian ada pula bahagian paling besar sekali iaitu Typhoon World iaitu bahagian basah. Sini banyak mainan air kalau nak main kena bawa siap-siap baju mandi dan baju salinan. Sini nak main gelongsor air yang tinggi memang ada gayat weii. Lepas tu ada juga bahagian yang ada roaler coaster dipanggil Adventure World. Ni Maha tak masuk dah penat.



Jadi Maha cadang korang nak datang taman tema macam ni waktu orang tengah kerja kalau hujung minggu mesti bersesak-sesak kat dalam tu. Silap-silap tunggu bebaris sahaja dah habis masa. Tup-tup jalan-jalan hari dah petang pukul 5 macam tu lah. Kalau sana pukul 5 tu dah memang waktu sesuai untuk pulang. 



Kalau korang tunggu malam sikit dalam pukul 6.30petang waktu Vietnam ada persambahan lampu dan bunga api kot kat istana besar tengah-tengah taman tu. Tapi tak setiap hari hanya pada hari-hari tertentu kot tak pasti lak sebab Maha dah balik. Penat kot satu hari berjalan kat dua tempat dari pagi. Sebab ambil pakej tiket untuk kedua-dua tempat menarik ni di Klook memang murah lah. Juga tak perlu nak berbaris dan tunggu lama nak  masuk. So kalau korang nak beli klik  jer kat link Maha sediakan ni. Ada banyak pakej dan juga tiket nak masuk mana-mana korang suka.



Jadi habis sudah perjalanan Maha untuk 4 hari 3 malam di Pulau Phu Quoc Vietnam yang ramai orang Malaysia tak pergi. Mungkin tak tahu atau juga tak berapa banyak promosi tempat ni. Sebab sini ada direct flight AirAsia dari Malaysia tapi sekali seminggu jer kot. So lepas ni kemana Maha nak pergi lagi tunggu ada lagi nak habiskan percutian di negara-negara Asia Tenggara dulu sebelum pergi lebih jauh lagi hehehe. Selamat bercuti semua dan selamat berjalan-jalan ok. 





0 Pandangan: