Cake Explosion Gift Box,

Kotak Hadiah Misteri Buat Ramai Yang Terkejut Tapi Suka

Isnin, Disember 04, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bila kita nak supprisekan orang yang kita sayang pada hari ulang tahun, atau hari jadi, atau juga hari bahagia mereka, mesti kita akan bagi sebuah hadiah. Kadang-kadang hadiah dalam bentuk bunga, patung beruang, coklat dan kek. Itu dah biasa sangat dan juga kadang-kadang orang tak supprise pun sebab dah tahu isinya. Apa kata kalau kali ini cuba bagi hadian yang misteri lagi mengejutkan kepada orang yang kita nak supprisekan tu.



Macam mana? Haaaa cuba bagikan hadiah Cake Explosion Gift Box daripada Cake Rush. Ia adalah sebuah kotak hadiah yang menggabungkan kejutan kegembiraan dengan sesuatu yang lazat dalam satu kotak. Macam mana tu, mungkin ada yang boleh bayangkan ada yang tak terbayang. Kita nak supprise orang dengan kotak hadiah tapi bila buka ia akan dapat kejutan dalam kegembiraan dan juga makanan yang disukai.



Kalau tengok pada kotak luaran ni buasa sahaja macam hadiah yang sering diberikan. Tapi apabila penerima membuka kotak tersebut, mereka akan disambut dengan kejutan yang menggembirakan apabila keluarnya rama-rama terbang yang cantik ditambahkan dengan sentuhan keajaiban lain untuk memeriahkan lagi dalam kotak tu. Juga ada nota indah, atau pun potret indah yang istimewa atau juga makanan yang mereka suka.



Apa yang membuatkan kotak hadiah dari Cake Rush ini lain daripada lain? Setiap kejutan dalam kotak hadiah boleh dipilih untuk dimasukkan rama-rama plastik yang akan terbang dilengkapi dengan produk asas yang menarik. Setiap hadian boleh dipilih ikut kehendak korang  daripada varian produk asas yang menarik seperti di bawah:

1- Rainbow Cake
2- Chocolate Fudge
3- Pandan Gula Melaka
4- Walnut Carrot
5- Ferrero (Nationwide)

Untuk meningkatkan keseronokan dan menambah drama letupan dalam hadiah tersebut korang boleh tambah lagi pelbagai alat tambah yang mendebarkan. Ini termasuk:

- 4x rama-rama tambahan untuk paparan yang memukau
- Gambar tersuai untuk menjadikannya benar-benar peribadi
- Bunga tambahan untuk menambah daya tarikan
- Gula-gula tambahan untuk memuaskan setiap gigi manis
- Cipta pengalaman yang benar-benar ajaib dan diperibadikan dengan penambahan hebat ini!



Kalau korang kurang faham korang boleh tengok dilaman web mereka di sini >>>  https://www.cakerush.my/products/cake-explosion-gift-box. Bagaimana produk asas dan juga alat tambah yang dimaksudkan. Lagi menarik ia boleh dihantar terus ke rumah orang yang korang nak berikan kejutan tersebut atau juga korang boleh berikan sendiri hadiah misteri ini kepada insan yang tersayang pada hari bermakna mereka. Pasti akan menjadi hari yang lagi bermakna dan juga sangat di ingati kerana lain daripada lain.



Cuba dulu baru tahu semua hanya boleh dibuat secara dalam talian tempah sekarang untuk hadiah hujung tahun, atau hadiah Hari Natal yang bakal tiba. Sebenarnya Maha pun dah dapat hadiah istimewa ni dari keluarga. Khas untuk anak tersayang katanya. Terkejut juga dibuatnya bila dibuka. Nak tahu macam mana reaksi Maha nanti Maha upload video kat sini ok. Semoga ia akan mengeratkan hubungan antara korang dengan insan tersayang bila dapat hadiah istimewa seperti ini.









0 Pandangan: