Bufet Sarapan Pagi,

Merasai Pelbagai Citarasa Makanan Menarik Dan Sedap Di Thistle Port Dickson Resort

Rabu, November 15, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu dah buat satu posting pasal apa yang membuatkan Maha tertarik memilih untuk menginap di Thistle Port Dickson Resort. Selain daripada segala kemudahan yang ada kat resort tu paling membuat Maha jatuh cinta kat sana adalah makanan mereka. Kat sana ada pelbagai jenis restoran dan juga lounge konsep untuk nikmati makanan dan minuman yang sedap-sedap.



Menjadi hotel yang brertaraf 4.5 start ni mesti kena ada restoran yang menyediakan makanan ala bufet atau juga ala-cart. Serta ada juga khidmat penghantaran makanan dari restoran terus ke dalam bilik. Jadi kalau duduk dalam ni tak perlu nak risau untuk keluar cari makan dah kerana dalam sahaja dah banyak makanan kenyang perut suka hati. Itu yang pertama kena isi dulukan.



Jom Maha review beberapa makanan yang ada disediakan di Thistle Port Dickson Resort mana tahun korang yang dah menginap kat sini nak cari makan pula. Daripada makan sarapan pagi hingga makan malam semua istimewa. Paling best boleh buat BBQ sendiri tau kat sini.

1) Chinoise Restaurant 


Pertama sekali hari tu Maha sampai dalam tengahari lepas check-in terus pergi makan kat restoran masakan china mereka. Chinoise Restaurant adalah restoran yang berada berhadapan betul-betul menghadap kolam renang memang makan sambil tengok orang berenang. Kalau dari segi dekorasi Maha memang bagi A+ kat restoran ini kerana begitu cantik dan selesa. Menggunakan meja konsep kopitiam cina zaman dulu-dulu memang meriah. Ada sahaja sudut yang boleh nak OOTD bergambar sementara tunggu makanan siap.





Hari tu Maha order mereka punya Dim Sum yang istimewa. Mereka ada sediakan set Dim Sum atau Shumai. Ada yang isi daging ayam, yang isi dengan udang, ada yang rempah ratus gaya masakan cina tradisional dan pelbagai lagi. Tengok tu warna-warni sangat memeng menyelerakan. Makan pula time panas-panas baru lepas dikeluarkan dari pengukus. Sini semua masakan kukus yang lebih sedap. 




Bila makan kena cicah pulak dengan sos yang ada pedas manis serta dengan kicap pekat tu mengangkat rasa Shumai tu. Jangan risau kalau korang datang dalam kumpulan besar mereka akan sediakan ikut berapa orang yang nak makan. Sebab Maha hari tu datang dua orang jadi tak banyaklah pilihan yagn ada. Itu sahaja pun dah kenyang macam mana ni.



Lepas makan Shumai ada pula dihidangkan dengan itik goreng garing atau di panggil Beijing Crispy Roasted Duck iaitu daging itik dimasak beberapa jam sehingga warna keperangan emasan. Daging itik kat dalam tu masih berjus dan juga kulit kat luar sangat rangup dibuatnya. Daging itik dipotong mengikut gaya yang dilakukan oleh chef profesional mereka. Kemudian daging tu dibungkus dalam kulit popiah yang dihasilkan sendiri juga ditambah daun bawang dan sos istimewa sangat lazat.




Buat korang pecinta daging itik boleh datang cuba order satu isi daging tu akan dihiris mengikut keperluan. Manakala daging yang tidak habis chef akan cadangkan untuk dibuat masak lain seperti Daging Itik Black Pepper atau juga masak Spring Onion And Ginger. Ni pun Maha suka habis makan daging itik yang dibungkus tu tiada langsung bau itik yang sesetengah orang tak berapa minat. Tapi Maha bedal jer semua sebab sedap kot and jarang dapat makan.



Sebab tu restoran ini memang menjadi pilihan untuk makan waktu tengahari atau juga makan malam ia buka. Memang puas hati makan kat sini macam kat restoran mewah tapi memang mewah Restoran Chinoise ni hehehe. Korang datang sini boleh cuba ok.

2) D.I.Y BBQ Dinner


Satu yang baharu diperkenalkan kat resort ini adalah DIY BBQ. Iaitu kita boleh order bahan untuk BBQ dan juga segala peralatan disediakan pihak restoran. Kemudian kita masak sendiri untuk BBQ tu memang sangat menarik. Hari tu Maha sempat cuba mereka punya DIY BBQ ni. Ia disediakan dilokasi luar Fresh Restaurant ye lah sebab nak masak berasap-rasapkan. 





DIY BBQ ni adalah satu pengalaman yang terbaiklah kalau menginap kat resort. Sebab kita tempah semua bahan disediakan ada pelbagai set, kalau tak silap Maha ada SET 1 untuk 3 orang makan, SET 2 untuk 7 orang makan dan juga SET 3 untuk 10 orang makan. Segala bahan mentah disediakan kita request mungkin ada yang alahan beberapa makanan seafood boleh juga. 

Pilihan Set D.I.Y BBQ:
SET 1 – RM155 nett (3 orang)
SET 2 – RM250 nett (7 orang)
SET 3 – RM350 nett (10 orang)





Arang dan juga peralatan untuk membakar juga telah disediakan oleh mereka. Kita datang bawa diri dan terus boleh bakar dan makan sahaja. Waktu untuk DIY BBQ ini adalah dari jam 6.30petang hingga 9.30malam. Tapi kalau korang yang nak buat secara berskala lebih besar dan juga kat tepi pantai mereka ada lokasi tepi pantai yang lebih cantik. Kalau nak request chef bakarkan BBQ ni ia ada extra charge lah yer sebab layanan istimewa kot hehehe.





Tapi puas hati sangat makan untuk BBQ ni memang mengenyangkan ada siap nasi goreng dan juga buah-buahan disediakan. Serta minuman untuk beberapa orang. Memang kena cuba satu pengalaman menarik dan berlainan daripada yang pernah ada kat tempat lain. Makanan laut pun semua segar-segar belaka. Puas hati makan BBQ ni.

3) Sarapan Pagi Di Fresh Restaurant


Kalau menginap sini setiap bilik akan dapat sekali dengan complementary untuk sarapan pagi. Kalau bab sarapan pagi kat hotel ni memang saya agak memilih sikit yer lah nak isi perut selepas bangun tidur hehehe. Tapi kat sini tak perlu bimbang mereka sediakan segala yang ada kena dengan tekak Melayu tempatan juga ada campuran barat sikit. 






Konsep sarapan pagi sini bufet dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak wajib lah ada. Kemudian ada nasi goreng atau mee goreng. Kalau yang suka sarapan lite-lite tu boleh pergi station bahagian roti untuk menikmati roti pastri buatan sendiri yang sangat lembut dan beraneka pilihan. Juga ada pilihan pau dan juga Dim Sum yang panas-panas dari pengukus. 





Uniq kat sini mereka ada sediakan tin biskut empat segi yang zaman kanak-kanak dulu. Dalam tu pun ada biskut yang pelbagai jenis orang dulu-dulu suka makan cicah dengan kopi atau teh 'O'. Perhhh memang layan simple but sangat nostalgik kat sini. Teh tarik kaw pun ada yer korang kena cuba. Kalau nak makan roti canai dan telur separuh masak ada kat station jauh sikit mereka sediakan panas-panas dan roti di terbar masa korang order tau.




Waktu untuk sarapan dari jam 6.30 pagi hingga jam 10.00 pagi jadi boleh datang awal banyak lagi makanan. Jadi sempat lah lepas solat subuh tu korang turun pergi tengok matahari terbit ambil vitamin pagi yang sihat lepas tu joging jalan-jalan tepi pantai sikit. Baru terus pergi sarapan nikmat juga tu kan hehehehe.



Itu antara beberapa makanan yang ada boleh korang nikmati kalau menginap di Thistle Port Dickson Resort ini. Sebab tu Maha cakap korang tak akan laparnya kalau duduk sini dan tak perlu keluar untuk cari makanan diluar. Semua ada dalam tu cuma perlu order sahaja. Mereka juga ada Steps Lounge kat bahagian lobby antuk santai-santi minup kopi petang-petang sambil makan pastri dan juga ada baharu iaitu waffle tak silap Maha. Sebab masa sampai hari tu mereka buat promosi bagi rasa waffle kat situ sedap.



So korang yang dah booking menginap kat sini boleh cuba sekali booking menu makanan yang ada menarik kat sini tak rugi punya. Selamat beristirehat dan juga selamat menikmati makanan yang enak belaka ok.


Sebarang pertanyaan atau promosi terkini di Thistle Port Dickson Resort boleh layari :-
Tel : 06 - 648 2828
Email : info@thistle.com.my







0 Pandangan: