Cuti Sekolah,

Tips Untuk Percutian Menarik Dan Indah Yang Tiada Orang Malaysia Tahu Ke Phu Quoc Vietnam

Selasa, November 21, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni Maha nak kongsi percutian Maha selama 4 hari 3 malam di Vietnam baru lagi awal bulan ini juga. Tapi Maha tak pergi Vietnam tempat yang popular macam Ho Chi Minh atau juga Hanoi. Tapi kali ni Maha pergi sebuah pula yang merupakan pulau percutian terbesar di Vietnam.



Mungkin ada yang tahu akan nama Pulau Phu Quoc iaitu pulau percutian menarik di Vietnam. Kalau ikutkan penerbangan ada direct daripada KLIA Terminal 2 ke Phu Quoc International Airport oleh AirAsia. Tapi tak silap Maha hanya seminggu sekali sahaja penerbangan pergi balik terus dari KL ker pulau tu. Harga teiket Maha dapat hari tu untuk dua orang pergi balik RM1,409.00 termasuk bagasi. Kalau penerbangan lain akan ada transit mungkin kat Bangkok atau juga kat Hanoi baru teruskan ke pulau tu. Ia akan makan masa lama sikit lah.

Pulau Phu Quoc Vietnam


Pulau ni pun Maha tahu sebab ada sebuah keluarga pergi bercuti kat sana dalam tahun ni juga. Mereka buat video tempat sangat cantik dan menarik. Kerana kat sana katanya ada Cable Car terpanjang di dunia yang merentasi 3 buah pulau. Juga kat sana ada akuarium ikan laut yang sangat besar dengan ada ribuan jenis ikan didalamnya. Serta ada banyak taman tema kat sana. Juga mereka ada pantai yang sangat cantik dan bersih kat pulau tu. Sebab tu Maha pilih untuk pergi sana. Cuma kat sana satu sahaja susah iaitu nak cari makanan Halal.




Makanan Ready-To-Eat Sangat Penting


Hari tu masa Maha flight bawa siap makanan ready-to-eat dari Malaysia hanya isi air dan panas sahaja terus boleh makan. Tapi kalau korang cari makanan seperti mee segera ada yang Halal dari Indonesia yang diimport kat sana boleh jumpa. Juga ada roti dan beberapa makanan yang ada logo Halal Vietnam boleh kita makan. Kalau tidak pun kat sana makan buah-buahan dan minum jus buah kerana kat sana sangat popular dengan jus buah-buahan segar tau.



Satu lagi Maha rugi sebab pergi waktu cable car tengah dalam proses maintenance. Jadi tak dapat nak naik cable car tu. Maintenance cable car dari 19 Sept hingga 19 Dec 2023 setiap tahun. Jadi korang kena plan betul-betul nak pergi biar dapat naik cable car tu sebab sangat menarik. Cable car tu sepanjang 8km dan juga perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit nak sampai ker destinasi. Paling cantik kerana merentasi laut luas dan pulau-pulau best giler. Tak apalah next time lah pergi lagi.

Tiket Penerbangan Terus Dari KLIA Ke Phu Quoc


Maha cerita hari pertama perjalanan Maha ker sana dan bagaimana Maha beli tiket untuk semua tempat pelancongan tu ok. Perjalanan Maha bermula pada 29 Oct hingga 1 Nov 2023. Time tu jer tiket flight AirAsia murah pergi balik huhuhuhu. Beli tiket pergi balik senang dan Maha ambil sekali bagasi 30kg sebab nak bawa pakaian banyak dan makanan yang banyak. Maha flight pukul 12.50tengahari di Malaysia dan perjalanan memakan masa hanya 1jam 30minit sahaja sampai sana. Jadi Maha sampai awal pukul 2.15petang waktu Vietnam lebih macam tu lah.



Sampai Airport terus Maha pergi kaunter untuk beli sim card sana. Sebab senang nak guna internet. Sana ada pakej untuk dua line sahaja Mobifone dan Viettel. Maha beli yang Mobifone untuk 15hari dapat 5Gbps kot tak ingat dah. Tu yang pakej paling murah kat situ. Tapi mungkin beli kat kedai biasa lagi murah kot. Maha beli dalam 250,000.00 Dong. Tak apa janji boleh pakai internet mereka laju juga. Cuma kena hati-hati kalau nak beli tu kena tanya berapa Dong kadang-kadang mereka charge dalam USD tau.

Hotel Dengan Pemandangan Pantai Indah


Sampai terus check-in hotel. Untuk hotel ini Maha booking awal menggunakan Booking.com dari Malaysia dapat harga murah. Lokasi boleh tahan dekat dengan pantai dalam 2 minit jalan kaki dan juga 5 minit ke jalan utama. Nama hotel Brenta Phu Quoc Hotel terletak di Duong Dong. Harga masa Maha booking RM176 untuk semalam, bilik besar dua single bed dan ada balkoni yang menghadap laut dan juga sangat selesa sejuk. Ada WiFi free tau bilik ni dan laju juga. Cuma jalan nak masuk ke hotel ni agak seram sikit tapi hotel ni ada kolam renang korang boleh berenang kat kolam atau kat pantai. Satu lagi booking sini ada sekali sarapan pagi tapi pandai-pandai korang nak makan sarapan tu yer.






Sebenarnya banyak hotel menarik dan harga murah-murah tapi Maha kalau nak cari akan baca review daripada orang ramai. Tips sikit nak cari hotel kena tengok lokasi hotel tu dekat dengan pantai atau jalan utama dalam Google Maps. Supaya boleh rancang perjalanan dan juga tidak begitu susah nak datang. Hari pertama tu memang jalan tepi pantai sahaja waktu petang sebab tiada aktiviti nak buat. 

Pengangkutan Utama Bas Percuma


Hari pertama sampai memang tak buat apa-apa pun hanya jalan nak mengenali kawasan. Juga nak tahu mana hala nak tuju untuk next destination kami nanti senang. Kat situ bestnya ada pengankutan awam seperti shuttle bus yang free jalan setiap 30 minit. Pergi semua lokasi menarik. Cuma tempat tunggu korang kena tahu nak tunggu dan turun mana. Bas shuttle free ni senang nak kenal warna hijau dan tulis VinBus. Kalau nak naik Grab pun ada dan juga perkhidmatan Teksi 24 jam pun ada kat sana. Pada pelancong luar merek suka sewa motor sebab sana tak banyak kenderaan cuma meraka bising sikit suka main hon kenderaan. 



Itu salah satu sebab kenapa Maha suka datang sini kerana transport yang mudah nak dapat. Kalau nak pemandu teksi atau grab tu datang kat hotel ambil dan hantar setiap masa pun boleh mereka akan whatsapp no kepada kita jadi mereka akan jadi pemandu pelancong kat sanalah untuk bawa kemana-mana kita nak pergi. Nak sewa kereta ada juga tapi mahal sikit kot Maha suka naik pengankutan awam lagi and jalan kaki. 



Cuma satu jer kelemahan besar penduduk sana mereka tidak fasih dan tidak boleh berkomunikasi langsung dalam Bahasa Inggeris. Korang mungkin kena guna Google Translate atau juga kena tujuk nak kemana lokasi baru mereka tahu. Kadang-kadang nama makana atau minuman pun mereka tak tahu dalam bahasa Inggeris. Kalau cakap ngan mereka cuma faham 'Hello' and 'Hai' serta 'Good Morning' sahaja hehehee. Tak apa lah kita boleh belajar bahasa mereka sikit-sikit kat sana hehehe.

Bandar Utama Duong Dong 


Kat situ ada satu pekan atau bandar yang agak sibuk dan padat. Ia dipanggil Duong Dong. Pekan ni selalu setiap malam ada Night Market yang mewah dengn jualan makanan laut. Serta juga ada jual buah-buahan segar. Maha memang jalan kat night market tu beli buah sahajalah memang sedap-sedap belaka dan juga penat minum air jus mereka. Makanan Halal kat situ payah sikit. 



Cuma kalau korang nak ada dua kedai makan Halal iaitu Restaurant Halal Foods Phú Quốc (Sri Mutiara Restaurant) dan juga Halal Persian Tea House kalau tak silap Maha lah. Tapi ramai kata harga mahal gilerrr sebab mereka sahaja yang ada jual makanan Halal kat situ. Kalau nak cuba boleh jer tak ada masalah. Maha tak pergi sana sebab lokasi agak jauh sikit dan tidak berbaloi kot. Dulu ada restoran makanan Malaysia tapi dah tutup kerana orang Malaysia jarang datang sini. Kalau ada pun orang dari Korea dan China memang ramai.

Pertukaran Mata Wang Sangat Mudah


Satu lagi duit mereka kat sini sangat murah kerana duit kita lagi mahal jadi pertukaran tu duit kita banyak sikitlah. Kat Phu Quoc ni pun ada banyak mesin ATM sepanjang jalan untuk keluarkan duit dalam Dong. Cuma aktifkan sahaja debit card untuk keluarkan antrabangsa dan pastikan ada Mastercard atau Visa dan boleh keluar duit. Rate keluar kat ATM pun tak Mahal. Korang digalakkan bawa duit cash untuk beli kat kedai biasa. Juga boleh standby debit atau credit card untuk kegunaan di pasaraya besar yang boleh guna card. Hari tu Maha datang sini tukar RM500 Malaysia dan dapat dalam 2,500,000 juta Dong banyak juga tu. 





Time Zone Yang Tidak Jauh Beza


Masa antara Malaysia dengan Vietnam hanya berbeza lewat satu jam sahaja. Jadi tak jadi masalah sangat tentang masa tu. Jadi waktu malam mereka macam pendek sikit dan pukul 6 pagi tu dah terang yer kat sana macam sini pukul 9 pagi. Kat sana korang tak akan nampak kucing yer dan banyak anjing tapi anjing tidak merbahaya jangan kacau mereka sudahlah. Orang sana cuba nak jadi ramah tapi sebab perbezaan bahasa yang membatasi komunikasi di sana. Mereka ramah jer dan juga murah dengan senyuman.



Next posting Maha akan kongsikan lokasi yang menarik Maha pergi sepanjang berada di sana. Banyak juga yer dan bagaimana nak dapatkan tiket murah nanti Maha share pada korang ok. So tunggu next posting dari Maha. Kalau korang ada pengalaman bercuti ke Phu Quoc Vietnam boleh share dan komen di sini. Mana tahu ada yang lagi istimewa dan best. Mungkin juga ada yang kurang boleh kita jadikan iktibar dan panduan bersama. Selamat bercuti hujung tahun semua.








0 Pandangan: