Food Review,

Pembukaan Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar Pertama Di Puncak Alam Perkenalkan Menu Rahmah

Isnin, Mac 20, 2023 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekali. Walaupun dalam ekonomi yang tidak menentu diseluruh dunia tapi kita di Malaysia masih mampu untuk menikmati makanan yang sedap-sedap. Malah pekenalan kepada Menu Rahmah oleh kerajaan Malaysia Madani kini makin disambut dengan meriah oleh pengusaha makanan di seluruh Malaysia.



Tidak ketinggal juga sebuah restoran baharu sahaja dibuka iaitu MM Bistro Penang Nasi Kandar di Puncak Alam Shah Alam. Restoran ini yang telah memulakan operasi juga memperkenalkan Menu Rahmah kepada komuniti sekitar. Harga RM 5.90 pelanggan akan dapat sepinggan nasi, ayam goreng, sayur bendi, kuah kari dan minuman air sirap. Menariknya, pelanggan boleh menikmati menu tersebut di kedai atau bawa pulang!. Pemilihan kawasan ini adalah kerana ia berhampiran dengan UiTM cawangan Pucak Alam dan juga mereka yang berada berhampiran dengannya.




Majis perasmian restoran dan juga Menu Rahmah telah dilaksanakan oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor dan Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail, Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Juga turut sama adalah pemilik restoran tersebut, Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali.

Menu Rahmah Di Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar RM5.90


Majlis pembukaan dan perasmian diadakan besar-besaran sambil dihadiri 700 orang tetamu. Juga semua tetamu dihidangkan dengan Menu Rahmah yang diperkenalkan di restoran ini. Tetamu jemputan juga dihiburkan dengan demostrasi menebar Roti Canai Terbang yang dibawakan khas dari Negeri Pulau Pinang. Juga disediakan kepada tetamu pada hari itu adalah Teh Tarik Special yang mana ia adalah gabungan beberapa jenis serbuk teh sehingga menghasilkan aroma dan rasa teh lebih kaw dan warna lebih cantik.



Maha yang ada sama pada majlis perasmian itu sempat berbual bersama pemilik restoran, yang menyatakan ini adalah salah satu platform yang terbaik buat beliau untuk berkongsi rezeki bersama komuniti setempat, memandangkan kerajaan amat mengalu-alukan pengusaha kedai atau restoran untuk memperkenalkan Menu Rahmah.



Menariknya, MM Bistro Penang Nasi Kandar mengekalkan konsep mamak Penang dan mempromosikan budaya restoran mamak Muslim yang sebenar. Restoran ini juga menggunakan 100% rempah ratus yang dibawa khas dari Pulau Pinang untuk pelanggan. Antara menu yang wajib dicuba adalah Nasi Kandar dan juga beberapa menu hebat seperti Roti Canai Terbang, Nasi Dalca, Masakan Panas, Nasi Lemak, Thosai dan banya lagi. Restoran akan beroperasi setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 2.00 pagi buat masa ini.



Menurut pemilik restoran ini lagi akan menambahkan lagi Menu Rahmah kepada bukan hanya ayam, tetapi ikan atau pun udang. Juga beliau berharap dalam masa terderkat MM Bistro Penang Nasi Kandar ini akan dapat membuka 20 lagi cawangan baharu bagi memberi peluang kepada semua dapat menikmati makanan mereka yang ada. Jadi kalau nak makan Nasi Kandar lepas ni tak perlu memandu jauh-jauh sampai ke Utara tu kat Selangor pun dah ada. Sama sedapnya dan lagi mengancam. Kena Sekali Confirm Nak Lagi!

#MMbistro786 #MMbistroPuncakAlam #MenuRahmah #MMbistroMenuRahmah #MalaysiaMadani






3 ulasan:

  1. Congrats MM Bistro, craving for penang nasi kandar nanti sis nak singgah makan kat sana

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama21 Mac, 2023

    Teh dia padu gila

    BalasPadam
  3. Wahh dah ada cawangan di Puncak Alam. Bestnya. Suka restoran ni sebab semuanya sedap. Tahniah buka cawangan baru!

    BalasPadam