Buka Puasa,

Bufet Buka Puasa Selera Kampung D-Geo Terletak Tengah Tanah Tinggi Yang Sejuk

Khamis, Mac 16, 2023 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Satu lagi tempat buka puasa yang Maha nak bawa korang tengok dan rasai keistimewaannya yang juga berada di kawasan tanah tinggi Genting Highlands. Tempat yang Maha maksudkan adalah GEO Resort & Hotel Genting Highlands. Hotel ini juga sangat selesa dan istimewa bagi Maha. 



Ini adalah kunjungan kali pertama Maha ke hotel ini untuk cuba menu buka puasa mereka dan juga dapat merasai penginapan satu malam di sini. Maha sangat rasa teruja sampai tak terkata kerana hotel ni sangat mewah bilik siap ada balconi lagi. Reka bentuk luaran hotel yang sangat megah. Nak tengok dalam bilik yang Maha duduk jom kita masuk.

Baring Dengan Katil Empuk Bersiaz Besar Giler


Patutlah bila masuk bilik tu tengok saiz katil besar daripada biasa kerana bilik yang Maha duduk ini adalah Superior King Room. Katil besar dan empuk saiz Super King. Lepas tu ada balkoni mengadap luar dengan pemandangan yang cantik dan hijau sahaja. Nak cerita kemudahan ada dalam bilik lengkap seperti cerek elektrik, penyaman udara dengan dikawal secara individu, peti keselamatan dalam bilik, seterika dan papan seterika, jubah mewah dan selipar, pengering rambut, serta istimewa ada mesin bancuh kopi sendiri wahhh.





Bilik saiz besar sesuai untuk dua orang satu bilik ini dan masih ada ruangan solat. Kemudian kalau masuk bilik air tak perlu risau walaupun suasana sejuk sini sediakan air panas untuk mandi. Juga ada kemudahan peralatan mandian eksklusif dan cermin yang besar. Maha suka bilik air ada cermin besar ni puas nak tengok muka sendiri hehehe.






Hotel ni juga ada wifi percuma dan juga laju bukan yang semput-semput punya ok. Lepas tu bila pergi kat bahagian tingkat 1 ada kolam renang yang betul-betul bedepan dengan Cabana Restoran tempat makan untuk sarapan pagi. Jadi sambil makan boleh mengadap pool dan kalau mandi dahaga boleh order air minum wakakaka. Juga ada kemudahan lain seperti gym dan juga ruangan meeting atau nak buat wedding






Sempena dengan bulan puasa yang akan datang ini, GEO Resort & Hotel Genting Highlands sediakan juga pakej Staycation D-GEO. Tempahan untuk dapat harga istimewa bulan Ramadan ini bermula 23 Mac hingga 21 April 2023. Harga untuk pakej ini termasuk sekali dengan bilik, makan sahur dan juga makan bufet buka puasa untuk dua orang. bagi Maha ni pun berbaloi sangat. Memang sesuai kalau kena pergi atas urusan kerja kat area Genting Highlands bulan puasa boleh menginap di sini.

Membawakan Selera Kampung D-GEO Untuk Buka Puasa


Tadi dah tengok bilik dan kemudahan yang ada kat hotel ni sekarang Maha nak review pula makanan untuk buka puasa di GEO Resort & Hotel Genting Highlands ini. Bufet buka puasa ini akan bermula dari 23 Mac hingga 24 April 2023, dengan bertema “Selera Kampung D-Geo” di Restoran Cabana aras satu yang mengadap dengan kolam renang tu tadi.





Bila makan buka puasa kat sini sambil mengimbau nostalgia makan malam buka puasa bersama keluarga di kampung atau makan dengan rakan-rakan. Kalau dah selera kempung signature yang menjadi keutamaan bufet di sini adalah masakan kampugn seperti Nangka Muda Masak Lemak Ikan Masin, Kambing Golek Arang, Aneka Ikan Bakar, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi. Ini kalau perkena dengan ulam-ulam kampung dan juga sambal belacan memang menjilat jari lah dibuatnya. 





Itu baru sahaja sebahagia menu yang ada kerana menurut chef sini mereka akan sediakan lebih 100 juadah makanan yang sinonim dengan bulan puasa. Kalau buka puasa mesti akan ada Kambing Golek, Ikan Bakar, pastu ada pula Lemang makan bersama Serunding, ditambah lagi dengan Gado-Gado, ada juga ikan masin pebagai jenis melengkapi menu kampung kat sini. 





Hari tu Maha makan style kampung iaitu duduk kat lantai yang disediakan kerana nak mengimbau memori makan zaman kampung sebelum ada meja makan lagi. Sangat autantik giler kemudian dihidang dalam piring yang rekabentuk klasik dan juga dulang zaman mak-mak dulu-dulu. Terasa suasana kat kampung sangat. Sambil nikmati makanan makan dengan tangan ada pula persembahan tarian lagi syok. 





Dah puas makan yang utama akhiri sekali makan pula pelbagai jenis pencuci mulut seperti aneka Kuih-Muih Melayu, puding, aiskrim Malaysia, ada ABC dan banyak lagilah. Minuman pun ada pelbagai jenis yang sejuk serta yang panas boleh ambil dan tambah jika habis. Tapi kena beringat bulan puasa tak boleh makan banyak-banyak dan paling penting tidak membazir.





Kalau harga pula boleh menikmati kadar Early Bird pada harga RM138nett untuk seorang dewasa mulai sekarang hingga 23 Mac 2022. Kalau harga biasa pula RM168nett untuk seorang dewasa dan RM75nett bagi setiap kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan RM85nett bagi warga emas berumur 65 tahun ke atas. 




Mungkin nak makan beramai-ramai dengan ahli keluarga yang besar atau rakan sepejabat, majlis makan malam peribadi sendiri, atau acara korporat, juga boleh diadakan dengan menghubungi terus pihak hotel untuk pengaturan khas. Kalau rasa harga yang ditawarkan ini dengan makanan yang ada berbaloi boleh membuat tempahan awal untuk mengelakkan penuh. Almaklumlah bulan puasa semua orang cari tempat makan yang best-best jer. Jadi boleh masukkan hotel ini dalam list untuk buka puasa tahun ni ok. selamat berpuasa semua dan selamat menjamu selera bye!!!. 

Tempahan bufet makan malam atau maklumat lanjut, sila hubungi:
WhatsApp: +6019-236 7838 
Emel: reservation@georesort.my 







1 ulasan: