Bola Sepak,

Menonton Piala Dunia Qatar 2022 Beramai-ramai Di 'Parti Bola Kaw' @ Kafe Singgah Pengerang

Khamis, Disember 15, 2022 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahun ini meriah Maha pergi menonton Piala Dunia walaupun tak sampai ker Qatar tapi jauh juga perjalanan kali ni demi nak merasai kemeriahan bagaimana orang sampai pagi buta bersengkang mata tengok bola. Percaya atau tidak korang kali ni Maha sampai ke Pengerang Johor semata-mata nak menyaksikan perlawanan suku akhir antara Portugal dan Morocco yang membawa kemengan kepada Morocco.



Ini semua sebab nak meraikan "Parti Bola Kaw" yang diadakan di Hotel Singgah Pengerang. Parti ni telah diadakan beberapa hari sebelum ini iaitu pada masa 9 & 10 Disember 2022 untuk perlawanan suku akhir yang Maha sempat tonton. Juga di tayangkan perlawanan separuh akhir 14 Disember 2022 antara Argentina dan Croatia. Juga nanti ada tayangan untuk tempat ketiga dan keempat pada 17 Disember 20 serta tayangan perlawangan akhir pada 18 Disember 2022.




Semua perlawanan ni ditayangkan secara langsung diskrin besar yang diadakan di sana. Ini semua nak bagi memeriahkan lagi sambutan dan juga kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 ini. Korang yang berada berhampiran juga boleh datang tonton sekali masuk percuma sahaja. Siapa yang duduk area Bandar Penawar, Pengerang, Desaru, Kota Tinggi kalau tak ada port nak tonton bola ngan kawan-kawan dengan meriah boleh datang sini pasti seronok.





Sebab kat "Parti Bola Kaw" ini bukan sahaja ada tayangan secara langsung perlawanan Piala Dunia, malah mereka juga ada pelbagai aktiviti menarik kat situ seperti permainan game mini, cabutan bertuah, serta juga mereka akan berikan jersi bola sepak edisi terhad. Kalau lapar jangan bimbang kat situ mereka ada jual pelbagai jenis makanan dengan harga RM18 sahaja. 





Senarai makanan yang ada kat situ banyak pilihan seperti Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng Mamak, Bubur Ayam dengan bahan perasa, Pan Fry Chicken Sausage with Onion dan Carbonara Pasta with Chicken. Memang tidak laparlah korang kalau datang tonton Piala Dunia kat situ. Maha hari tu pun ramai kawan-kawan serta orang yang berhampiran bersorak sesuka hati tiada yang kacau boleh jer nak jerit kuat-kuat sampai tak ada suara dibuatnya hehehe.



Tujuan parti bukan sahaja nak suka-suka tapi juga program yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak dan mengeratkan hubungan. Selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO





Kalau korang nak tahu Hotel Singgah Pengerang ini adalah hotel kedua di bawah pengurusan KOPETRO iaitu Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. Hotel pertama mereka ada di Singgah Kertih sebab kat sana ada pusat minyak terbesar PETRONAS juga. Cerita pasal hotel ni nanti Maha kongsi ngan korang lebih detail dalam posting khas yang Maha sediakan. Ini sebab Maha dapat tidur sana semalam semasa sesi "Parti Bola Kaw" tu. Hotel menarik bersih dan kemas.



Apa pun untuk parti ini masih ada lagi beberapa perlawanan dan bolehlah datang bersama kawan-kawan atau yang suami tidak boleh tinggal isteri bawa sekali dengan anak-anak sebab tempat yang disediakan selesa dan luas. Anak-anak boleh main mainan yang ada kalau ada rezeki boleh bawa balik hadiah dan jersi. Lagi ramai lagi meriah. Selamat menonton semua siapa pasukan yang korang rasa akan julang Piala Dunia Qatar 2022 kali ini. Tinggalkan komen kat bawah ok nak tengok siapa undi paling banyak hehehe.

Sebarang pertanyaan untuk parti dan hotel ni boleh layari:
Laman web : www.singgah.com.my
Email : rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my







8 ulasan:

  1. wowww...seronoknya tengok bola ramai ramai

    BalasPadam
  2. Fuh ni baru best nak tengok bola ramai-ramai kat tempat selesa dan selamat macam ni. Tak sabar nak tengok Argentina menang Piala Dunia :p

    BalasPadam
  3. Wah. Parti bola. Best lah dapat tengok ramai-ramai kan..baru la syiok

    BalasPadam
  4. Owh nama hotel tu Singgah ye Maha.. layannn laa kaki2 bola lepak reramai sini kan..menarik..

    BalasPadam
  5. bestnyaaa.. kalau geng semua peminat bola mesti happening dapat stay sini kan

    BalasPadam
  6. Ohh wow....now is the season to enjoy FIFA with friends together, this is a nice space to enjoy food & FIFA watching kan. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Best la staycation kat sini while joining the watching party kan! Sure meriah nanti kat sini... harga pun sgt berpatutan kan especially the set makanan...

    BalasPadam
  8. Wahh seronok! Memang best kalau tonton piala dunia ramai-ramai dan outdoor camni. Barulah semangat sorak bila GOAL!!! HEHEHE.

    BalasPadam