Arwaa Food,

Viral Mee Kari Opah Terjual 15,000 Kotak Dalam Masa 1 Jam

Khamis, Disember 15, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Betul kata orang kalau zaman sekarang dengan teknologi sekelip mata sahaja sesuatu itu mampu jadi tular sehingga ada orang sanggup berebut untuk dapatkannya. Begitu jugalah dengan produk Mee Kari Opah Arwaa Food ini yang baru-baru ini sahaja terlah terjual 15,000 kotak dalam masa 1 jam di ruangan live TikTok.



Itulah dunia marketing menggunakan teknologi tidak boleh disangkal lagi. Tapi ia juga didorong dengan “KEIKHLASAN” dalam resepi Mee Kari Opah itu sendiri. Pelanggan sekarang bijak dalam menilai dan mengetahui kenikmati rasa mee kari yang sebenar tetapi dalam bentuk mee segera yang jauh lebih mudah dan cepat. Sinonim dengan peredaran zaman yang serba pantas ni. Arwaa Food cuba bawakan citarasa asli air tangan “Opah” tetapi dalam bentuk mee segera.


Kesedapan Mee Kari Opah Dari Bahan Sunnah


Kalau korang tahu bahawa produk Mee Kari Opan keluaran Arwaa Food ini telah berada dipasaran Malaysia lebih kurang setahun. Mereka menjalankan lebih kurang 6 bulan untuk proses R&D sahaja bagi memastikan rasa dan texture mee yang diinginkan. Disamping itu juga mereka menggunakan mee tarik yang berkhasiat dimana bahan yang digunakan adalah makanan sunnah seperti kurma, kismis dan saffron sebagai bahan asas.



Selalu kalau mee segera ini untuk memastikan ia tahan lama dan kekal pada rupa bentuk yang adal pengeluar akan menggunakan salutan lilin. Tapi bagi produk Mee Kari Opah ini ia pasti tanpa menggunakan lilin, borik acid dan bahan yang merbahaya lain. Ianya lebih selamat dan menyedabkan lagi makanan yang dihasilkan. 




Dalam masa akan datang ini mereka juga bercadang untuk mengeluarkan lagi beberapa jenis produk mee tarik konsep segera ini kerana ia memudahkan dan juga senang bagi generasi yang nak sesuaitu dengan cepat tapi tetap sedap. Bagi yang dah rasa sendiri Mee Kari Opah ini boleh tunggu kemunculan produk baharu mereka untuk berapa lama lagi. 

Adwa Dan Ardell Dari Bidang Lakonan Ke Dunia Usahawan


Dulu orang kenali dua figura ini sebagai pelakon yang rancak dan ceria di depan kamera. Kini telah terjun dalam dunia usahawan ini atas ajakan kawan-kawan. Setelah berhempas pulas memikirkan idea dari segi konsep dan rasa yang ingin diketengahkan. Maka terhasillah Mee Kari Opah. Sedap dan mudah. Tag line yang mereka sentiasa ketengahkan adalah “HALAL ITU MESTI, SEDAP ITU PASTi”.




Itu juga menjadikan jualan di platform sosial media mereka semakin kuat dan juga semakin hangat dipasaran. Kita tahu rakyat Malaysia hampir separuh pasti akan ada sosial media mereka sendiri. Jadi secara langsung promosi secara percuma di platform ini sangat membantu ushawan dalam memacu jualan yang lebih memberangsangkan dan lebih cepat. 

Tempahan dan juga order boleh buat dilaman sosial:









0 Pandangan: