Grilled Butter Chicken Katsu Henshin,

Kembali Dengan Rasa Baharu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin Di The Chicken Rice Shop

Rabu, November 23, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selalu makanan atau hidangan ia mempunyai konsep dari  negara mana ia berasal, tapi kali ni The Chicken Rice Shop kembalikan semula menu yang telah diperkenalkan sejak 15 tahun lalu. Tapi kali ini ia lain sangat kerana rasa lain dan ada tambahan bahan baharu untuk memberi kesan rasa yang terkini. Pulak tu berkonsepkan anime seperti mana yang popular dari negara Jepun.



Kembali semula kali ini di semua cawangan The Chicken Rice Shop adalah Grilled Butter Chicken Katsu Henshin. Sebab apa ada nama Jepun kat dalam menu kali ini? Itu kerana ada bahan baharu dimasukkan iaitu serbuk roti katsu. Ia didatangkan kembali dengan citarasa baharu yang pasti memukau. Hidangan istimewa ini boleh didapati di semua cawangan TCRS seluruh negara mulai 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023.



Grilled Butter Chicken baharu ini lebih rangup, lebih berperisa, dan pasti memenuhi citarasa para pelanggan setia untuk ayang digoreng CRSP dan ia tersedia dalam tiga set hidangan yang berbeza untuk dinikmati. Empuk lagi enak, Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu yang disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti menawan hati rakyat Malaysia.



Walaupun ada cili merah tapi tak ada rasa pedas pun ia rasa sangat berlemak nak habiskan satu pinggan tu. Oleh sebab ramai rakyat Malaysia semakin minat akan makanan Jepun, mereka menambah elemen Jepun ke dalam resipi ini. Ia telah mempertingkatkan menu popular TCRS ini dengan sentuhan dari negara matahari terbit tu.



Ia datang dalam Meal A, Meal B dan Meal C. Boleh pula pilih untuk air minuman soft drink atau minuman baharu diperkenalkannya iaitu Passion Henshin. Sebab ia berkonsepkan dari nama anime maka Pemain Cosplay tempatan turut dijemput untuk memeriahkan lagi suasana di TCRS, IOI City Mall dengan mengejutkan pelanggan dengan menghidangkan Grilled Butter Chicken Katsu.



Berpegang teguh pada slogan ‘Chicken Rice… and More’, Maha suka makan kat TCRS kerana inilah iaitu untuk menyediakan pembaharuan menu yang lebih baik untuk semua pelanggan macma Maha ni. TCRS berharap untuk mengakhiri tahun ini sejajar dengan kelazatan menu ayam lazat berkrim mereka dan mereka juga bertekad untuk meraih momentum yang positif menjelang tahun 2023.



Selain menjamu pelanggan dengan hidangan yang pasti akan menawan hati keluarga dan rakan-rakan mereka. TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka di mana peminat berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat.



Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook Rasmi mereka di  https://www.facebook.com/thechickenriceshop/  





2 ulasan:

  1. Balasan
    1. TCRS ada banyak cawangan seluruh Malaysia boleh jer pergi mana2 cawangan terdekat semua ada promosi ni hehehe..

      Padam