Beli Rumah,

5 Sebab Tiara Sendayan Adalah Projek Penjualan Perumahan Terbaik

Isnin, November 28, 2022 Mahamahu 7 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai anak muda yang terlah berkerjayaan dan juga mempunyai pendapatan tetap teringin untuk memiliki rumah milik sendiri. Rumah boleh dijadikan aset pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi jika dimiliki. Apatah lagi rumah kediaman yang terletak di kawasan perumahan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti serta akses.



Tiara Sendayan mendapat perhatian dan juga telah menjual dan menyerahkan rumah lebih dari 2000 unit kepada pembeli. Tiara Sendayan juga satu Projek Penjualan Terbaik yang boleh dipertimbangkan buat pembeli baru dan ingin miliki rumah idaman sendiri. Projek dimiliki oleh Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu pemaju yang telah memperolehi pelbagai anugerah berprestij.

Lima sebab ini boleh dijadikan kayu ukur kepada pembeli untuk mencari projek perumahan yang boleh dipercayai dan juga rumah yang berkualiti. 

1) Pemaju Perumahan Yang Dipercayai


Matrix Concepts Holdings Berhad satu pemaju perumahan yang telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellence Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (10 Teratas untuk Permodalan Pasaran RM 1 Billion dan ke atas), dan TheStar Property Award 2022.

Malalui pengiktirafan ini kita lebih yakin dalam memastikan projek yang dibangunkan akan siap dan juga mampu dimilik setelah selesai semuanya. Juga mereka bukan kontraktor biasa seperti ‘Melepaskan Batuk Ditangga’.

2) Perbandaran Komuniti Yang Melengkapi


Tiara Sendayan yang terletak di barat Bandaraya Seremban, ia mempunyai sambungan yang sangat baik melalui laluan akses biasa seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan lalun perhubungan ke KLIA. Selain itu juga, perbandaran moden ini terletak secara strategik dalam Malaysia Vision Valley (MVV) iaitu koridor pertumbuhan baharu yang diperuntukkan sebagai lanjutan daripada konurbasi Greater Kuala Lumpur di Negeri Sembilan.



Projek menjanjikan nilai dan potensi penghargaan yang hebat kepada pemilik walaupun dalam tempoh yang lama dimiliki atau ingin dijual beli pada masa akan datang. Paling utama sebagai pembeli mencari projek perumahan yang mempunyai kawasan komersial yang berdekatan seperti kedai, restoran menjamu selera, Kawasan riadah dan membeli-belah terletak hanya beberapa jarak perjalanan sahaja dah boleh diakses.

3) 12 ekar Central Park Untuk Riadah Dan Gaya Hidup Alam Semulajadi


Projek perumahan yang mampan dipadukan lagi dengan konsep kejiranan yang seimbang Bersama alam semulajadi. Di Tiara Sendayan ini mempunyai Central Park tersendiri seluas 12 ekar yang terawat dengan menampilkan tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif, menjanjikan gaya hidup holistik untuk penduduk tempatan.



Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuk gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium, stesen parcourse, ruang majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Di samping itu, penduduk boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau bermain layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain.

4) Kemudahan Fasiliti Pendidikan Sendiri


Selain itu, hab Pendidikan sangat penting dalam penilaian dan pencarian projek perumahan. Seperti di Tiara Sendaya ini memeiliki SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 7KM. Juga ada kemudahan awam lain seperti Masjid Sri Sendayan dan juga yang lain-lain dianggap penting.



Hab komersil seperti Sendayan Metropark , Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square terletak hanya 5km jauhnya. Sementara itu, mercu tanda baharu yang menjadi ikon semalaman di Bandar Seri Sendayan, terletak hanya 5 minit pemanduan dari Tiara Sendayan.

5) Projek Kadar Pengambilan Sepenuhnya


Tiara Sendayan dikenali sebagai pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun disebabkan sambutan yang menggalakkan. Mereka juga telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik Tiara Sendayan. Ini telah memberi kepercayaan kepada pembeli akan datang untuk memiliki rumah dan menjadi sebahagian dari komuniti di sini.



Tidak lama lagi Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat. Target mereka adalah golongan seperti M40 yang mempunyai pendapatan tetap dan juga keluarga yang sederhana besar. Kediaman ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami atau dijadikan aset bernilai tinggi.

Tiara Sendayan adalah projek pembangunan terlaris dan ini adalah peluang untuk orang ramai memilikinya. Sekiranya ada pertanyaan lanjut boleh kujungi bilik pameran di Matrix Galleria @ d'Tempat Country Club, PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Juga boleh hubungi  talian 1-800-88-2688 atau layari laman social dan laman sesawang seperti di bawah.

Layari laman web: https://tiarasendayan.com 

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts








7 ulasan:

  1. rumah yang luas dan selesa memang ada di Tiara Sendayan. Banyak kemudahan sekeliling tu

    BalasPadam
  2. Harga mampu milk, boleh la beli satu unit kat tiara sendayan. Facilities die best2

    BalasPadam
  3. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    BalasPadam
  4. kak ana pernah pii sendayan ni , menarik sangat sebab ia merupakan bandar terancang dan moden.. sesuai untuk di jadikan kediaman pilihan

    BalasPadam
  5. seronoknya kalu dapat sebijik rumah kat sini

    BalasPadam
  6. Memang sesuai untuk keluarga. Luas juga 4 bilik ye

    BalasPadam
  7. Walaupun pesat membangun dengan kawasan perumahan kat sini, they still maintain healthy living with nature kan... tengok la park mereka luas kot, love the concept kat sini bah..

    BalasPadam