Lulu Hypermarket,

Lokasi Strategik Pembukaan Cawangan Baharu LuLu Hypermarket Di Setia EcoHill Mall Semenyih

Sabtu, September 17, 2022 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Betapa untungnya buat warga Semenyih, Kajang dan yang setempat denganya kerana kini mereka tidak lagi perlu pergi jauh-jauh untuk membeli belah. Ini kerana setelah pembukaan rasmi LuLu Hypermarket yang terletak di dalam Setia EcoHill Mall Semenyih



Siapa tidak kenal dengan jenama LuLu Hypermarket diantara pengendali runcit terbesar di Malaysia. Berani untuk dikenali dan kini terus bekembang dan maju seiring dengan kemodenan negara. Lokasi membeli-belah baharu ini, yang terletak secara strategik di Setia Ecohill Mall di koridor pertumbuhan Kajang-Semenyih, mudah diakses melalui Lebuhraya Cheras-Kajang, SKVE (melalui Lebuhraya SILK) dan LEKAS.





Ia mempunyai keluasan sekitar 36,000 kaki persegi. Kedai baharu ini telah direka bentuk menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah dan akan memberi manfaat kepada lebih 600,000 penduduk di Semenyih dan kawasan berdekatannya untuk membeli-belah keperluan harian mereka.






Maha sendiri menjadi saksi atas perasmian pembukaan LuLuHypermarket yang penuh gah dan meriah pada tanggal 15 September 2022 baru-baru ini. Ia juga berdekatan dengan sambutan Hari Malaysia yang mana seluruh warga Malaysia meraikannya dan bercuti. Jadi dengan masa yang ada bermula dari 15 hingga 18 September 2022 ini, LuLu Hypermarket Semenyih memberikan "Tawaran Pembukaan" untuk barang-barang yang terpilih.





Kalau siapa cepat boleh dapat satu ekor ayam segar dengan kepala dan kaki pada harga RM4.99 sekilo hanya untuk satu ekor bagi satu pelanggan. Manakala serbuk Milo Activ-Go 1.1kg pada harga hanya RM14.90 sahaja. Juga minyak masak Buruh 5kg pada harga RM29.90 dan Cecair Pencuci Pakaian Top 3.6Kg hanya RM18.75 setiap satu. Tak murah giler dan memang mereka nak bagi kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong jenama LuLu.





Barangan lain pun ada Tawaran Pembukaan ini korang kena cepat dan akan dapat. Itu bahagian keperluan dapur barang segar, basah dan juga masakkan panas. Barangan runcit lain seperti barang elektik, elektronik, gadjet, mainan kanak-kanak, alat tulis, pakaian, kasut, beg dan banyak lagi semua ada kat sana dengan harga hebat. Wirata Periuk Nasi 1L hanya RM25 sahaja, manakala Philip Blander DuoJar hanya RM95 sahaja. Memang giler lah kalau korang datang sini semasa promosi ini.





Bahagian LuLu Department Store terutamanya menonjolkan LuLu Fashion Store, yang menampilkan label tempatan dan antarabangsa untuk fesyen terkini dan LuLu Connect. Bahagian untuk alat terkini, telefon pintar, peralatan rumah dan peranti elektronik juga tidak terlepas. LuLu Hypermarket ini ada dua tingkat iaitu pasar raya atau barang runcit di Aras 1 dan gedung serbaneka di Aras 2. Ia sangat besar dan juga luas serta selesa untuk membeli belah dengan susun atur yang lebih kemas dan mudah untuk dicari. Itu yang cuba ditekankan untuk konsep LuLu cawangan ini. Baru kena dengan jenama dan gaya yang dibawa oleh LuLu.






Bagi menyahut seruan kerajaan untuk sentiasa mengutamakan jenama tempatan LuLu tidak pernah lupa akan tugas mereka untuk terus menyokong produk tempatan. Lulu telah melancarkan ‘Kempen Beli Produk Malaysia 2022’. Dimana ia kempen bersama KPDNHEP untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kualiti produk tempatan, mengetengahkan produk PKS, dan meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Korang nampak logo Beli Produk Malaysia boleh beli kerana #barangbaikbarangkita






Kalau korang tahu jenama LuLu ini telah diasaskan pada awal tahun sembilan puluhan, ia telah ada di seluruh negara-negara seperti GCC, India, Indonesia, Malaysia dan Mesir. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 1,600,000 pembeli setiap hari. Ia adalah rangkaian runcit yang paling pesat berkembang di 10 negara dan pada masa ini mengendalikan lebih daripada 235 kedai dengan tenaga kakitangan berbilang negara lebih daripada 57,000 orang. Jadi kenapa kita nak ragu kepada jenama LuLu yang memang dah cukup kukuh dan gah. Maha pun suka shopping kat sini kerana murah, mudah dan selesa. Jom datang ker Lulu Hypermarket Setia EcoHill Mall Semenyih!!!..








4 ulasan:

  1. LuLu punya sales time opening tak pernah menghampakan! 🔥🔥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tidak pernah menghampakan memang selalu datang sini sentiasa ada promosi...

      Padam
  2. Yeah!!! Dah ada kat Semenyih... Boleh la singgah selalu dah dekat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya dekat rumah LuLu hehehe harga murah2 lak tu

      Padam