Chines Cuisine,

Itek Itik Restaurant Yang Mesra Muslim Pertama Di Damansara Jaya

Isnin, Ogos 15, 2022 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi selalu. Korang pernah tak nampak ada gerai tepi jalan atau restoran-restoran terutama restoran cina yang menjual itik gantung. Maha selalu nampak dan ada juga terasa nak mencuba kalau ada yang boleh dimakan oleh orang muslim. Alhamdulillah duk dalam tak cari tu tiba-tiba ada rakan rekemen satu restoran yang sediakan itik gantung sama seperti yang jual kat tepi jalan tu.



Tapi yang ni versi mesra muslim punya dimana kata pemilik restoran ini ia dalam proses mendapatkan kelulusan Jakim untuk dapat Halal. Setakat sekarang ini restoran ini menggunakan semua pembekal dan bahan dari sumber pembekal yang Halal. Itu yang buat Maha yakin nak datang cuba makan kat sini. Restoran yang Maha maksudkan adalah Itek Itik Restaurant yang terletak di Damansara Jaya. Terus Maha tak fikir panjang dan datang cuba sini.





Memang kalau tengok restoran ini masih mengekalkan dekorasi dan juga konsep restoran Chinese. Warna mewah dan juga dalam luas serta selesa. Tidak seperti restoran biasa atau gerai tepi jalan. Bila masuk kat pintu dah nampak ada beberapa itik gantung atau mereka panggil Roast Duck. Boleh tengok daripada warna kulit itik yang dipanggan tu sangat berkilat dan juga mereka mesti menggunakan cara yang asli untuk menghasilkan itik ini.


1/2 Roast Duck 

1/2 Curry Roast Duck


Terus rasa lapar nak cuba makan Roast Duck kat sini. Korang boleh pilih itik panggan tu dengan pelbagai saiz ada yang 1 ekor punya itik, 1/2 separuh atau 1/4 bahagian itik. Harga berbeza lah tapi rasa sama sahaja. Itik ni kalau makan macam tu dengan sos istimewa mereka pun dah cukup sedap. Tapi orang Melayu mesti nak makan dengan nasikan. Selain daripada itik panggang itu mereka ada juga hasilkan Curry Roast Duck. Di mana itik panggan tadi dimasak dalam curry yang cukup pekat dan juga ada pelbagai bahan. Kari mereka rasa seperti chinese style kari. Siapa suka yang berkuah ambil yang kari ini pun layan juga.

Kam Heong Fried Lala

Oyster Sauce Kai Lan


Selain daripada itu ada juga menu lain yang tersedia kat restoran ini melengkapi makan tengah hari atau juga makan malam korang. Boleh tambah seperti Kam Heong Fried Lala dan juga tambah sayur kerana orang China suka makan sayur seperti Oyster Sauce Kai Lan. Ini semua pelengkap dan menyedapkan lagi hidangan korang. 

Kolok Mee

Sui Mai

Otak Lemongrass Ball


Kalau yang tak makan nasi boleh cuba mereka punya Kolok Mee makan dengan Roast Duck dengar kata sedap juga. Maha cuba memang sedap kolok mee dan itik panggang satu gabungan yang mantaplah. Selain itu juga mereka ada menu sampingan lain yang popular seperti Dim Sum. Paling sedap dalam koleksi Dim Sum mereka korang boleh pilih macam yang Maha cuba ini iaitu Sui Mai, Black Pepper Sui Mai dan juga Otak Lemongrass Ball. Ini orang selalu pilih dan datang makan kat sini lah.



Tanya Maha kalau dari segi rasa boleh bagi 10/10 memang sedap sebab mungkin pertama kali kot Maha cuba itik panggan yang boleh makan. Rasa isi itik lembut berjus dan juga kulit yang masih rangup sedap. Suasana restoran pun menarik dan membawa selera nak makan. Restoran ini buka dari pukul 11.00 pagi hingga 9.30 malam jadi korang boleh datang makan tengah hari atau malam untuk itik panggan dan juga petang makan Dim Sum kat sini cara jugakan. Cuma hari Selasa mereka tutup jadi hari lain buka. 



Kalau korang dah datang dan cuba makan kat sini bagi komen dan pendapat korang ok. Nak tahu juga setiap orang lain citarasanyakan. Maha suka dan boleh datang lagi sini bawa keluarga atau ajak kawan-kawan yang mana suka itik. Tapi tak makan itik ada juga daging ayam yang masak macam itik tu tapi rasa lain sikit lah hehehe. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba semua ok.










1 ulasan:

  1. Thanks share tempat nih. Dah lama cari tempat nak makan masakan itik gantung..susah nak jumpa.

    BalasPadam