Dapur,

Resipi Mudah Kuih Cek Mek Molek

Selasa, April 05, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama sebenarnya Maha tak update post tetang buat resipi masakan. Kali ni sempenan dengan bulan Ramadan Maha akan update beberapa posting berkaitan resipi yang mudah yang sempat buat sendiri kat dapur. Tak adalah buat 30 hari 30 resipi kita tak mampu macam Khairul Aming tu hehehe.



So jadi hari ini hari nak kongsi resipi kuih yang buat sendiri kat rumah untuk buka puasa. Memang kuih ini menjadi kegemaran orang Pantai Timur kerana ia manis rasanya. Menggunakan bahan tidak banyak tapi nak buat renyah juga. Apa pun sebab kat dalam peti sejuk ada Ubi Keledek jadi terus dapat idea nak buat Kuih Cek Mek Molek.



Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan:
- 3 biji Ubi Keledek
- Tepung Gandum
- Secubit Garam
- Gula Pasir
- Minyak Masak untuk menggoreng



Cara-cara memasaknya pula:
1) Potong ubi keledek kepada beberapa ketulan besar dan rebus sehingga masak empuk. Angkat dan sejukkan.
2) Kupas kulit dan lenyek halus bersama secubit garam.
3) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam ubi keledek dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4) Bulatkan adunan seperti bebola kecil dan leperkan. Masukkan 1 sudu gula pasir dan tutup dengan rapi. Uli supaya bentuknya menjadi bujur dan tajam di hujung.
5) Goreng di atas api sederhana sehingga permukaan kuih menjadi sedikit keperangan.



Senang bukan nak buat tak perlu banyak bahan dan cara memasak cepat. Tip dari Maha kalau nak rasa lebih manis pastikan gula tu isi banyak sikit dan 'PERINGATAN' lepas siap goreng jangan terus makan yer nanti melecur lidah sebab gula dalam tu akan mencair dan panas sangat. Biar kuih sedikit sejuk dalam suhu bilik lepas tu baru boleh makan. Sekarang ni susah nak dapatkan ubi keledek tu sebab sekarang harga barang pun dan banyak yang naik. Jadi semua kena masak sendiri jer kat rumah senang. Boleh buat untuk makan berbuka puasa atau juga makan waktu moreh lepas solat Terawih. Selamat mencuba semua.









2 ulasan:

  1. Sedap ni. Kena jaga-jaga lah makan kalau time panas. Boleh melecur lidah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes betul tu memang jangan terus gigit lepas masak hehehe

      Padam