Buffet Ramadhan,

Santapan Warisan Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Corus Hotel Kuala Lumpur

Rabu, Mac 23, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Beberapa hari sahaja lagi akan kita sama-sama menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Pasti akan ada bufet Ramadan yang istimewa untuk kita nikmati. Kali ini Maha bawakan korang pada satu lagi bufet buka puasa di hotel popular yang terletak di Jalan Ampang berhampiran dengan menara ikonik Kuala Lumpur iaitu Menara Bekembar Petronas.



Hotel yang Maha maksudkan adalah Corus Hotel Kuala Lumpur ia sebuah hotel eksklusif yang terletak secara strategik di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia menyediakan hidangan bufet makan malam yang menyelerakan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan di Dondang Sayang Coffeehouse. Sebuah restoran makan kasual, tempat yang sesuai untuk menjamu selera dan menikmati pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa.






Hidangan Melayu tradisional yang sangat digemari akan disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman menjamu selera yang sihat. Pengunjung akan gembira dengan hidangan bufet makan malam yang menampilkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang popular. Ada sesuatu untuk semua orang, menjadikan Hotel sebagai tempat yang ideal untuk menjamu selera dan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan.










Santapan Warisan Makan Malam Buffet Ramadhan
Tarikh : 5hb – 30hb April 2022
Masa : 06.30 petang – 10.00 malam
Lokasi : Dondang Sayang Coffeehouse, Corus Hotel Kuala Lumpur
Harga biasa : RM108.00nett Setiap Dewasa / RM70.00nett Setiap Kanak-kanak
Promosi : Tawaran 10+1 : 10 orang dewasa yang membayar penuh, 1 orang secara PERCUMA.






Antara kemuncak hidangan Santapan Warisan yang dibakal korang nikmati saranan Chef di sini iaitu Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda. Hidangan istimewa, yang berasal dari Negeri Sembilan, kuahnya yang pedas dan berlemak pasti akan menyemarakkan selera anda dan menggoda anda untuk lebih banyak lagi. Tidak lupa dengan Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan, pelbagai hidangan dari Melaka akan meliurkan selera apabila melihat hidangan yang tersedia. Lebih 200 jenis hidangan ditawarkan kepada pengunjung dan nantikan Kambing Panggang yang lazat sepanjang tempoh Ramadhan.









Pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb terbaharu pada harga hanya RM68nett untuk seekor. Tersedia untuk dibawa pulang, ayam panggang di sini boleh dinikmati makan untuk 4 orang dan termasuk salad Corus, sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka puasa bersama keluarga di rumah.

Sebarang pertanyaan atau tempahan di Corus Hotel Kuala Lumpur sila hubungi 
Tel : 03- 2161 8888 
E-mel : fnb@corushotel-kl.com








2 ulasan: