Asyraf,

Kelas Titanium Dr Azizan Osman | Perkongsian Datuk K

Jumaat, Februari 25, 2022 Mahamahu 5 Comments

Kelas Dr Azizan Osman sering kali menjadi isu akan harganya, dikatakan harga kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman sangat mahal. Pernah tak kita fikir kenapa harga kelas Dr Azizan Osman ini mahal?

Adakah ia seminar, kelas bimbingan percuma, aktiviti berkumpulan ataupun kelas bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri? Yang pasti, setiap kelas pasti mempunyai nilainya yang tersendiri. Jadi, tak logik juga jika kita asyik complaint sahaja.

Boleh jadi juga kelas itu tidak sesuai dengan kita kerana itu bukan untuk kita sebenarnya. Kita rasa dia mahal kerana ia belum sesuai dengan kemampuan kita tetapi ada juga kelas yang dijalankan secara percuma atau nilainya sedikit rendah daripada kelas yang lebih mahal.



Apabila isu kelas Datuk Wira Dr Azizan Osman diketengahkan, teringat pula akan seorang anak murid Datuk Wira Dr Azizan Osman iaitu Ashraf Khalid.

Asyraf Anak Datuk K Sertai Titanium RichWorks?




Siapa tak kenal Asyraf, Asyraf Khalid yang sebenarnya merupakan seorang anak kepada ahli perniagaan ini turut bermentorkan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau yakin dan percaya bahawa RichWorks adalah pilihan yang tepat dari segi membimbing usahawan untuk berjaya.

Bapa Asyraf iaitu Datuk K sendiri meluahkan bahawa beliau tidak ada ilmu dan peluang seperti program mentoring sebegini pada zaman dahulu. Oleh itu, anak muda dan usahawan kini harus bersyukur dengan adanya program bimbingan usahawan dari RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman sebegini.



Datuk K telah melahirkan kata kesyukuran apabila anaknya berguru bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Dalam ucapan beliau di majlis sempena hari lahir beliau pada Isnin lepas, beliau melahirkan rasa syukur kerana anaknya telah menunjukkan perubahan yang sangat hebat setelah mengenali Datuk Wira.

Asyraf bukan sahaja mempunyai perubahan yang besar dalam perniagaan tetapi beliau juga telah melakukan banyak perubahan terhadap diri dan kehidupannya. 



Perubahan Setelah Bermentorkan Datuk Wira Dr Azizan Osman
Perniagaan semakin berkembang dan maju
Semakin mempunyai rangkaian rakan usahawan yang luas
Kehidupan lebih teratur strategi dan bermanfaat
Masa dihabiskan dengan perkara yang berguna
Dapat beri manfaat dan bantu ramai orang di luar sana
Lebih fokus dunia dan akhirat secara seimbang
Cenderung beribadah dan bersedekah serta nilai-nilai Murni

Dengan perubahan yang dilihat sejak menyertai program Titanium RichWorks, Datuk K sangat berterima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman atas manfaat ini.

Beliau tidak menyangka hanya dalam tiga tahun sahaja Asyraf telah berjaya dalam perniagaan dan mencapai jualan jutaan ringgit serta menunjukkan perubahan terbaik dalam hidupnya.

Throwback Kisah Asyraf Sebelum Berniaga




Jika diceritakan kisah disebalik sebelum berjaya, Asyraf merupakan seorang budak yang nakal dan tidak berfikir untuk peroleh kejayaan.  Namun dengan adanya big why dan matlamat hidup yang diajarkan oleh Datuk Wira, Asyraf kini lebih jelas dalam mencapai impiannya dan telah berjaya realisasikannya.

Majlis makan malam yang diadakan itu telah menjadikan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza ini lebih gembira apabila bapa nya memahami perjalanannya dan meluahkan penghargaan yang sebegitu buat pertama kali di hadapan mentornya sendiri.

Ucapan terima kasih kepada bapa yang membesarkannya juga diungkapkan pada malam tersebut malah. Asyraf juga berkongsi akan kehidupannya di mana bapanya tidak memberi kesenangan dengan mudah kepadanya tetapi sentiasa memberi bimbingan untuk beliau terus bangkit daripada kegagalan hidup.

Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mentor usahawan terbaik ini kerana telah membimbing beliau sejak dahulu lagi. Justeru beliau melihat bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah mentor terbaik buat mereka. Apa tidaknya, beliau bukan sahaja dibimbing untuk perniagaan dan kepimpinan, tetapi juga berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan sesama Allah Subhanallah Ta’ala.



"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"

Apa Yang Azizan Osman Buat Kepada Anak Didiknya


Dari ayat yang diluahkan oleh Datuk K, Dr Azizan sangat membantu anak didiknya dengan cara yang lebih jelas. Titan RichWorks sangat beruntung kerana mereka tidak perlu try and error dalam melakukan perniagaan.

Jalan yang tepat dan betul serta shortcut terus ditunjukkan, cuma tinggal nak buat sahaja. Hasilnya pasti berjaya!



Asyraf juga berpendapat bahawa melalui kelas Titanium, bukan sahaja dibimbing berkaitan usahawan dan kepimpinan, tetapi turut dibimbing dari sudut hubungan sesama manusia dan juga dengan Allah SWT.

Turut dididik dari segi nilai-nilai bersama-sama dengan anak didik RichWorks yang lain. Itulah yang menjadikan kehidupannya bertambah baik, iaitu apabila nilai hidup luaran dan dalaman bertambah. 
Hebatnya, anak didik Richworks sangat rendah diri dan suka berkongsi ilmu sesama mereka. Mereka tidak bersaing secara negatif, sebaliknya masing-masing sentiasa sokong antara satu sama lain.

Azizan Osman Mendapat Perhatian Dari Datuk K




Telah lama mengenali Azizan Osman, tetapi baru kini Datuk K panjatkan ucapan sebegini kepada Azizan Osman. Mana tidaknya, terharu sangat dengan pencapaian anaknya itu.

Datuk K juga tidak berkemampuan buat seperti mana Azizan Osman lakukan dalam memberi nilai kepada usahawan. Tambahan pula melahirkan jutawan yang ingat dunia dan akhirat juga.



“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelas Datuk K dalam ucapannya isnin lalu.



Datuk K juga mengingatkan usahawan yang berjaya agar tidak lupa diri dan tahu bagaimana sukar kita bermula. Pada masa akan datang, jangan ego, sebaliknya cuba bantu usahawan lain yang memerlukan.
 
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”

Kelas Titanium RichWorks adalah kelas premium perniagaan terbaik yang terbukti melahirkan ramai usahawan. Memulakan bisnes adalah tahap pertama, perlu lalui prosesnya dahulu. Tiba masa, mana tahu kita juga boleh masuk kelas titanium ni!










5 ulasan:

  1. Mesti bangga Datuk K kan.. setiap kejayaan sesaorang selain Mentornya, keluarga juga adalah tulang belakang kejayaan kan Maha.. tahniah buat Asraf dan Tya...

    BalasPadam
  2. Kelas Titanium macam menarik Dan melahir banyak usahawan yang berjaya. Bravo and congratulations on this.

    BalasPadam
  3. Betul la orang kata. Berguru biar pada yang betul - maknanya kena cari yang portfolio lengkap dan pencapaiannya nyata - barulah bimbingan berjaya kan.

    BalasPadam
  4. Tahniah Asyraf. Ayah mana tak bangga dengan kejayaan anaknya. Semoga Asyraf terus maju dalam bisnesnya

    BalasPadam
  5. Menariklah Kelas Titanium DAO nih. Rasa teruja apabila membaca banyak kejayaan yang telah dikecapi. Tahniah Asyraf dan Tya, juga Dato K amnya. Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada semua.

    BalasPadam