D'Warees Resepi,

Lokasi Baru Lebih Selesa Rasa Tetap Sama Restoran D'Warees Resipi Kari Kepala Ikan Terbaik Di Selangor

Khamis, Mac 18, 2021 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang Maha kasihi sekalian. Alhamdulillah sekarang kerajaan dah mula membenarkan untuk kita sebagai rakyat menikmati hidup dengan bebas. Sebab itu sekarang kerajaan telah mula membenarkan untuk kita rentas daerah bagi menjalani kehidupan seperti biasa. Namun masih belum boleh rentas negeri lagi tapi sikit demi sikit sabar. 



Sebab kebenaran boleh rentas daerah ini lah Maha ambil kesempatan untuk keluar mencari makan tempat yang sedap-sedap lagi. Dah lama tak makan kari kepala ikan jadi Maha buat keputusan untuk nikmati kari kepala ikan terbaik di Selangor. Kat mana lagi kalau bukan di Restoran D'Warees Resipi Kari Kepala Ikan yang terletak di Taman TTDI Jaya Shah Alam.




Sebenarnya Maha suka kari kepala ikan kat sini kerana Maha pertama kali mencuba masakan yang menjadi trademark mereka semasa ia mula beroperasi sejak 3 tahun lalu. Tapi dulu ia terletak di kawasan lain. Kalau korang tahu kilang gula di Batu 3 Shah Alam restoran tu letak betul-betul depan kilang tersebut. Namun sekarang ia telah berpindah ke kawasan baru yang lebih selesa dan juga lebih luas.




Kalau korang pergi kat restoran mereka yang baru di TTDI Jaya Shah Alam ni memang lebih nampak bersih dan kemas serta teratur. Juga mempunyai tempat makan yang lebih selesa kepada pelanggan setia resipi warisan kari kepada ikan mereka ini. Restoran yang luas dan juga kawasan parking yang banyak boleh memuatkan lebih ramai pengunjung dalam satu-satu masa.






Walaupun mereka telah berpindah lokasi kepada tempat baru namun kesedapan yang dicipta dari resipi turun termurun keluarga masih tetap kekal seperti mana dari dulu lagi. Setiap hari mereka boleh sediakan 50 hingga ke 70 ketul kepala ikan pelbagai jenis seperti Ikan Merah, Jenahak, Kerapu dan Mayong.



Untungnya kat sini pelanggan boleh buat pilihan kepala ikan apa yang mereka hendak telebih awal sebelum menikmati makanan di sana. Ini akan mengekalkan kesegaran kepala ikan yang mereka dapat untuk dihidang kepada tetamu. Pernah sekali tu mereka menghidangkan kepala ikan terbesar iaitu seberat 7 kilo. Wow memang untung lah siapa yang dapat pada masa tu.



Maha suka datang sini selain nikmati kari kepala ikan yang menjadi hero mereka banyak juga makanan lain yang membuatkan korang rasa rambang mata nak pilih mana satu. Terutama sekarang ni ada menu baru iaitu Lala Masak Lemak dan juga sayur-sayuran segar untuk dijadikan ulam-ulaman. Ada juga masakan lain yang best korang boleh cuba bila berkunjung kat restoran ini iaitu seperti Kari Kambing, Kari Daging Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas dan banyak lagi.





Itu kalau untuk makan tengah hari dah banyak pilihan, sebabkan restoran ini dibuka seawal jam 6.30 pagi korang juga boleh nikmati hidangan sarapan pagi yang ada seperti Roti Canai, Kuih Muih tradisional seperti Onde-Onde, Lepat Pisang, Kuih Puteri Ayu dan banyak lagi. Jadi untung datang sini memang best sangat makan pagi sampai juga petang sehingga kedai tutup pukul 5.00 petang. Lokasi baru ini mereka buka setiap hari kecuali hari Jumaat ia tutup ok.



Kalau rasa nak cuba makan Kari Kepala Ikan terbaik di Selangor ini lah tempatnya lokasi baru lebih selesa rasa tetap sama. Dengar cerita pula nanti bulan Ramadan mereka akan beroperasi sehingga malam untuk memberi peluang nikmati makan sampai waktu moreh. Apa pun nanti korang boleh dapatkan info pasal restoran D'Warees Resipi Kari Kepada Ikan di laman Facebook dan juga Instagram mereka. Selamat mencuba dan juga selamat menjamu selera.

Alamat : Restoran D'Warees Resipi 
               No 26 Jalan Opera A,
               U2/A Seksyen U2,
               Taman TTDI Jaya,
               40150 Shah Alam









13 ulasan:

  1. Gambar2 kat blog ni semestinya cantik!. Amboi Maha makan semua lauk tu sengsorang ke?. Banyak pilihan la kat sini. Kalau sis datang sini mesti nak try Kari Kepala Ikan sebab nama kedai pun Kari Kepala Ikan.

    BalasPadam
  2. oo dekat ttdi je, boleh try nanti. i paling suka kari kepala ikan. harus try kat sini

    BalasPadam
  3. Wow........that kari kepala ikan look so tempting. My Dad sure suka nie. Nanti I'll share this post with him. Thank you for sharing your review ya.

    BalasPadam
  4. Suka kari ikan walaupun tak pandai makan tang kepala tu tapi kalau nak makan jugak kena bawa suami sekali sebab dia suka kepala ikan dan masa makan ada isinya dia akan bagi kepada saya.

    BalasPadam
  5. oh dekat ttdi ke..sedap je kari kepala ikan, makan dengan ulam2 plak..pehh..padu tu

    BalasPadam
  6. Sukanya kedai makan yang bersih macam ni! Menu pun nampak sedap semua, kalau nanti kat area tu boleh la cuba.

    BalasPadam
  7. Ini betul-betul kari ni, nampak piaww betul wooo... sedapnya... masuk list dulu ni, nanti dah boleh merentas, apalagii serbuuuuuu....

    BalasPadam
  8. Ya ampunnn...aku x pernah makan kat sini. Kena pegi sekali kari dia adoiii.. sedap betoll

    BalasPadam
  9. Nasib baik la jauh kat Shah Alam nun. Kalau tak, confirm dah terjah restoran ni sekarang. Kari kepala ikan merah paling Ruby suka. Nyummy! Nanti nak merentas ke Shah Alam. Bleh ke sana.

    BalasPadam
  10. Oh kat TTDI, dekat ngan my mommy house. Weekend boleh ajak family g makan2 kat sini la nanti.. Ehh jap, Taman TtDI Shah Alam ye, ingat TTDI nearby Kepong tue? Hahaha... Dh boleh rentas ke Shah Alam kan.. Boleh pergi juga la...

    BalasPadam
  11. omg, the kari kepala ikan looks so delish! and on top of that all the other dishes look amazing too. going there for lunch tomorrow!!!

    BalasPadam
  12. The curry head fish must be so good! Near to us already! Shall bring my parents visit soon! Dah lama tak gi makan~

    BalasPadam
  13. wehh besar gila kepala ikan tu. confirm kenyang makan sebab portion banyak

    BalasPadam