Baju baru,

Baju Raya Baru Untuk Mereka Yang Plus Saiz Di Bob Rock Lovelily

Sabtu, Mac 27, 2021 Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kawan-kawan yang dikasihani serta dirindui sekalian. Tahun ni masih berharap juga untuk kita dapat rentas negeri sempena Ramadan dan juga Hari Raya nanti. Kita masih berharap juga akan ada keajaiban yang belaku kerana lama tak balik jumpa keluarga dan rasa suasana berhari-raya macam zaman dulu-dulu. Kunjung-mengunjung rumah sedara mara, pergi rumah jiran-jiran dan juga dapat buat open house meriah penuh dengan makanan. Juga meriah dengan baju raya baru pernuh warna-warni.



Bila sebut pasal baju raya tahun ni walaupun tak dapat untuk balik kampung rentas negeri tetap kena ada baju baru. Baru kita rasa akan suasana kemeriahan raya tu walaupun masih kat perantauan. Tahun ni Maha nak cari baju raya baru di kedai kegemaran Maha iaitu Bob Rock Lovelily di Plaza Shah Alam. BRLL ni mula memperkenalkan dan melancarkan baju melayu pada tahun 2019. Pada mulanya BRLL hanya menghasilkan 4 pilihan warna sahaja tapi kerana mendapat sambutan yang hangat dan terus habis terjual dalam masa 2 minggu Ramadhan.



Jadi sebab tu Maha suka pergi kat sini untuk cari baju baru raya tahun ini. Selain daripada kemudahan satu kedai untuk cari kelengkapan baju raya ia juga menyediakan baju raya rekaan Baju Melayu Cekak Musang. Sebab orang comel macam Maha ni mempunyai saiz leher yang besar jadi Baju Melayu mereka direka dengan bukaan kolar yang luas dan selesa tak rasa tercekik.



Satu masalah Maha bila beli Baju Melayu kedai lain adalah bahagian perut yang mudah ketat dan sendat. Jadi rekaan Baju Melayu kat sini menggunakan potongan bentuk A (Relax-Fit) dengan belahan tepi pada hujung baju melayu yang memberikan keselesaan kerana tidak sendat di bahagian perut. Selain itu, faktor kenapa Maha memilih Baju Melayu di kedai ini kerana pemilihan kain Twill yang berasaskan kapas adalah bersesuaian dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Sebab kain kapas Twill ini mudah menyerap peluh dan cepat kering serta juga kain kapas Twill ini jenis fabrik yang tidak kilat, lembut pada kulit serta terletak elok pada badan.



Bila nak cari baju terutama yang dah siap reka ini paling penting adalah dari segi jahitan. Sebab kat kedai ini jahitannya sangat kemas serta kuat membuatkan baju melayu ini lebih tahan lasak. Ciri utama Baju Melayu asli masih dikekalkan pada rekaan mereka iaitu ada 3 poket dibahagian depan baju dan juga mempunyai 5 lubang butang baju melayu membolehkan korang gaya dengan butang yang pelbagai bentuk dan warna yang meriah.



Salah satu juga faktor pertimbangan Maha untuk mencari Baju Melayu siap ini adalah daripada segi seluar. Selalunya memang susah nak cari seluar Baju Melayu yang sesuai dengan Maha. Tapi kat kedai Bob Rock Lovelily ini menghasilkan seluar baju melayu yang klasik, lurus dan selesa. Pinggang seluar baju melayu yang mudah regang dan bergetah serta pembukaan getah yang lebar untuk memastikan seluar tidak mencubit di perut. Juga seluar berzip dan dikemaskan dengan cangkuk. Seluar juga mempunyai 2 poket sisi untuk memudahkan menyimpan dompet dan barang bernilai.


Tahun ini kelainan Baju Melayu di Bob Rock adalah mereka mengeluarkan lebih banyak pilihan warna bagi memenuhi keperluan dan kepelbagaian gaya baju baru. Ada 8 warna menarik untuk pilihan korang dan mudah dipadankan iaitu:

1) Black


2) Red


3) Dark Gold


4) Burnt Orange


5) Royal Blue


6) Royal Purple


7) Night Blue


8) Pewter Grey


Macam biasa Baju Melayu kat sini di hasilkan dari saiz XL sehingga sebesar 6XL. Kalau korang tak tahu nak ukur saiz yang betul untuk kenakan dengan badan korang yang mana paling sesuai tak terlalu besar dan tak terlalu kecil boleh berpandukan kepada carta saiz yang mereka sediakan ini. Insha Allah korang akan dapat saiz baju yang sangat padan dengan badan korang.



Tahun ini harga Baju Melayu yang biasanya dijual pada harga RM269.00 sepasang, kini jatuh merundum dengan promosi hebar hanya pada harga RM199.00 sepasang dan juga percuma poslaju. Promo ini terpakai selagi mana stock masih ada. Jadi jangan tunggu lagi korang boleh beli online sahaja di https://www.bobrocklovelily.com.my/products/plus-size-baju-melayu.


Kalau yang berada berdekatan boleh terus kunjungi butik mereka di Aras 1 Plaza Shah Alam Seksyen 9. Butik mereka akan buka setiap hari daripada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Maha pun dah beberapa kali kunjungi butik mereka ni sangat selesa dan juga layanan yang paling bestlah. So tahun ni akan ada Baju Melayu baru untuk raya bestnyaaa....

Info lanjut boleh layari :-
Telefon : 03-55133588
Whatsapp Admin : 011-10091301 







9 ulasan:

  1. Happy nampak bro dalam gambar menggayakan baju seleksi dari Bob Rock Lovelily ni ye?. Mereka yang comel pun nak bergaya jugak.

    BalasPadam
  2. Wow.......looks like Bobrock is now a hot brand for plus sizes. Memang cantik2 baju2 melayu dia. I like the colors they offer tho.

    BalasPadam
  3. Berbaloi betul mereka yang bersaiz besar dapat bergaya dengan pilihan memasing kan, kalau x susahnya nak mencari baju.. nanti nak juga online nengok saiz untuk anak sedara..

    BalasPadam
  4. Good initiative untuk adakan kedai plus size ni.. senang for them hanya pergi kedai ni jer.. frust taw if we go kedai but takde our size, termasuk Nell sekali pernah alami situasi macam ni.. size dah betul tapi tak cukup labuh, senteng..

    BalasPadam
  5. So kira Raya tahun nie MM pakai baju melayu dari sini ke? Meletups kebaboom la uols time raya kelak.

    BalasPadam
  6. Banyak pilihan warna juga ehh bajunkay sini. Bagus bila ada baju melayu khas utk mrk yg plus size

    BalasPadam
  7. selalu memang susah nak cari baju melayu size besar ni. Boleh lah suggest dekat kazen iena nanti

    BalasPadam
  8. 1st thing muncul dalam kepala bila tgk je gambar, oh mai,, cantik plak baju kat bro ni. nice model. it make we wanna buy. go go! semoga lebih ramai kaum adam dapat bergaya tahun ni dengan pakaian dari bob rock

    BalasPadam
  9. Wah.. dah dpt baju raya, handsomelah mpk dan bergaya dgn baju Plus Saiz Di Bob Rock Lovelily

    BalasPadam