Halal,
Tak Sempurna Makan Mee Sup Dan Soto Tanpa Sambal Kicap Pedas Siekom Ini
Tak Sempurna Makan Mee Sup Dan Soto Tanpa Sambal Kicap Pedas Siekom Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian semua. Kalau makan Mee Sup, Soto atau sesetengah tempat makan Tempe Goreng dan Pisang Goreng pun wajib kena ada sambal kicap betul tak. Kalau tak ada memang tak lengkap lah hidangan tu dan hambarlah seperti mana irama dan lagu kan.
Maha pun makan Mee Sup wajib kena ada pedas2 terutama sambal kicap tu baru lah urhmmmm. Tapi biasalah kalau nak buat tu malas maklumlah kadang2 bahan tak ada dan tak ada masa nak buat. Tapi setelah adanya Sambal Kicap Pedas Siekom ini memudahkan kita untuk nikmati sambal kicap bila2 masa dan di mana saja.
Sambal Kicap Pedas Siekom ini memang terbaik bukan sahaja pedas yang cukup tapi bahan2 yang digunakan juga asli. Buatan tempatan Bumiputera dijamin Halal untuk kita ambil terus tanpa perlu masak buka sahaja botol dan boleh terus makan.Maha dapat produk ni pun masa hari tu bulan dua pergi Mega Bazaar Hijra 2016 di Mid Valley. Kalau tak memang tak tahu pun ada sambal home made ini yang mudah dan cepat.
Lagi mudah sebenarnya bila kita ambil Sambal Kicap Pedas Siekom ini mereka sediakan dalam botol travel yang boleh dibawa kemana-mana saja. Botol kecil travel ini hanya seberat 60gram dengan harga RM3.50 yang boleh dibawa travel jauh2. Satu lagi botol 300gram dengan harga RM8.50 untuk korang makan ramai2 satu keluarga memang bebaloi.
Selain daripada produk Sambal Kicap ini mereka juga mengeluarkan produk2 lain yang boleh korang dapatkan iaitu Sambal Kicap Extra Hot, Sambal Kicap Original Jawa dan Pest Bumbu Soto. Produk ini dihasilkan dan dikilangkan di Muar Johor. Mereka juga mencari pengedar atau agent seluruh Malaysia siapa nak buat pendapatan lebih boleh hubungi mereka.
Cara nak hubungi atau cara nak dapatkan produk ini boleh terus melalui online di Facebook dan Instagram mereka. Maha dah dapatkan ini dua2 lagi yang besar dan botol travel ini senang nak bawa jalan2 nak makan tak perlu buat2 lagi. Selamat mencuba semua ok.
Tempahan dan maklumat hubungi :
Tel : 010-793 3040 / 010-794 6410
Email : ssb.frozen@gmail.com
wah menariknya. nanti boleh beli
BalasPadamBoleh beli mudah dan sedap heheheh boleh bawa mana2 sahaja...
Padampehh..
BalasPadamada plak sambal kicap macam ni terus dalam botol ye.
menarik.
Memang menarik nak bawa jauh2 bercuti pun boleh senang...
PadamPackaging kicap yang menarik dan bukan seperti dalam bentuk botol tradisional.
BalasPadamKann yang ni lebih nampak menarik rasa sedap juga...
PadamTerusss perut rasa lapar nak makan benda yg boleh cicah dengan sambal kicap ni.. Uuurrgghhhh dapnyaaa
BalasPadamHeheheh pisang goreng dan tempe goreng sedap gak cicah kicap ni...
Padam