Arabian Food,

Restoran Tarbush Masakan Arab & Lubnan Yang Telah Lama Bertapak Di Malaysia

Jumaat, Jun 12, 2015 Mahamahu 0 Comments

Restoran Tarbush Masakan Arab & Lubnan Yang Telah Lama Bertapak Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni lah kerja Maha kalau hari cuti dan hari2 rehat. Bila ada peluang keluar makan akan pergi cuba dan akan buat review sendiri nak tengok macam mana layanan restoran tu. Sekali sekala boleh lah sebab tak ada masakan.



Kali ni Maha pergi makan kat sebuah lagi restoran arab iaitu Restoran Tarbush. Maha tahu restoran ni telah wujud sejak 1998 lagi. Restoran ini telah mempunyai 5 cawangan yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery, Sunway Pyramid, Batu Feringghi Pulau Pinang dan juga di Bangsar Shopping Centre. Yang Maha pergi ni kat BSC lah kerena sini dekat dengan tempat keje hehehe...  


Mazze

Reka bentuk dalaman yang kemas dan teliti, hiasan eksotik membuat hati ini seperti berada di negara Timur Tengah ini. Belum tengok lagi menu2 yang ada. Maha sempat mencuba beberapa menu menarik yang memang berasal dari negara sana. Maha bukan lah suka sangat makanan Timur Tengah ini tapi bila makan kat sini agak menarik dan best juga. 

Biryani Lamb/Chicken



Mix Grill

Di sini juga mereka ada memperkenalkan AL Halabi Lounge iaitu di mana pelanggan Tarbush dapat memanjakan diri mereka dengan cara timur yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia pasti tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Al Halabi Lounge membawa anda pada perjalanan permaidani sihir di mana impian timur menjadi kenyataan. Membawa aroma tanah yang berasal dari sana dan mengalunkan melodi mempesonakan seribu satu malam. Tapi yang ni Maha tak sempat masuk lagi cuma Maha sempat baca lah.

Mahalabia

Riz Bil Halib

Kalau sapa2 berkesempatan untuk makan kat di Restoran Tarbush ini bolehlah datang dan nikmati makanan Arab. Kat sini ramai juga orang2 dari Timur Tengah makan kalau anda datang sini. Maha rasa harga dan juga keselesaan kat sini pun berpatutan memang ok lah nak makan bersama keluarga. Selamat menjamu selera semua ok.








0 Pandangan: