Local Food,

Diantara Hidangan Sotong Istimewa Di Restoran Putera Ayu Padang Jawa

Selasa, Mac 10, 2015 Mahamahu 0 Comments

Diantara Hidangan Sotong Istimewa Di Restoran Putera Ayu Padang Jawa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hidangan makanan laut memang tak asing lagi bua rakyat Malaysia. Tapi kat mana yang korang nak cari hidangan makanan laut yang terbaik di Kuala Lumpur ni. Rupanya Mahamahu telah jumpa satu tempat yang cukup menarik dan best untuk anda nikmati hidangan masakan laut.


Inilah dia Restoran Putera Ayu yang terletak di Padang Jawa Shah Alam. Satu2 restoran bertema Melayu tradisional dengan reka bentuk restoran dan juga susun atur yang ada di dalamnya. Menurut kata pemilik restoran ini mereka cuba menampilkan restoran bertaraf 5 bintang pada harga 2 bintang sahaja. Wow mesti makanan kat sini cukup special dan hebat.


Kalau korang datang dari Faderal Higway KL - Shah Alam korang kena exit Padang Jawa dekat exit UiTM Shah Alam Sek 7. Bila masuk situ anda terus sahaja dari simpang empat tu sehingga jumpa restoran ni tepi jalan sahaja. Kat sini kawasan parking memang banyak tak perlu risau memang luas dan ia di buka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 5.00ptg hingga 2.00pagi.

Sotong Bakar

Jom kita tgk menu2 special masakan makanan laut yang ada di sini. Mahamahu telah cuba menu bakar yang menjadi menu utama di sini. Paling best mestilah Sotong Bakar dengan kuah dan rempah ratus yang dapat di nikmati panas2. Selain itu juga korang boleh order Sotong Masak Sambal Petai yang terasa seperti masakan kampung. Petai yang besar dan segar serta rempah ratus yang di hasilkan turun temurun oleh pemilik restoran ini.

Sotong Masak Sambal Petai

Selain itu juga, ada Sotong Goreng Tepung yang memang menjadi kegilaan ramai orang. Rasa Sotong Goreng Tepung yang rangup dan juga berlemak meman special kerana cara teknik masakan yang di gunakan. Ada juga hidangan Sotong Masak Kam Heung iaitu masakan berasal dari keturun Cina tapi telah di perbaharui mengukit selera tempatan. Sotong ni di masak dengan bahan2 kari, udang kering, kicap dan macam2 lagi. Memang rasa special dan juga tidak pedas sesuai untuk semua golongan.

Sotong Goreng Tepung

Sotong Masak Kam Heung

Selain itu juga makanan laut lain juga ada di sini antaranya adalah ketam yang besar. Menggunakan ketam nipah memang isi cukup gempal dan penuh. Mahamahu sempat menikmati Ketam Masak Butter antara yang paling popular. Untuk anda yang nak kuah mesti kena cuba Tom Yam Campur yang memang special di sini.

Ketam Masak Butter

Pada yang datang Restoran Putera Ayu dan nak makan ikan atau mana2 makanan laut lain ada juga jangan risau order sahaja. Kali ini Mahamahu pilih sotong kerana nak cuba kelainan dalam setiap menu yang di cuba. Memang Mahamahu galakkan korang untuk datang sini makan makanan laut yang special dan segar. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

RESTORAN PUTERA AYU 
Lot 34486-2, Jalan Besar Padang Jawa, 41300 Shah Alam, Malaysia








0 Pandangan: