Gardenia,

Gardenia Selamat Untuk Dinikmat Bagi Semua Produk Keluaran Mereka

Rabu, November 11, 2026 Mahamahu 0 Comments

Gardenia Bakers (KL) Sdn Bhd tampil mengeluarkan kenyataan terbaharu susulan kebimbangan pengguna yang dibangkitkan baru-baru ini berhubung beberapa produk keluarannya.



Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan, pihak Gardenia memaklumkan bahawa ujian yang dijalankan oleh makmal bebas bertauliah mengesahkan produk-produk berkenaan mematuhi spesifikasi keselamatan  makanan yang ditetapkan.

Gardenia dalam kenyataan memaklumkan, keputusan ujian berkenaan mengesahkan produk terbabit memenuhi spesifikasi keselamatan makanan ditetapkan serta keperluan mengikut Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan.



Syarikat itu memaklumkan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengadakan lawatan pemeriksaan ke fasiliti pengeluarannya semalam sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan.

Jadi janganlah cepat sangat nak menuduh hanya kerana seorang sahaja yang tersalah makan terus satu syarikat menerima kesan. Siapa yang menyebarkannya di sosial media mempunyai niat tidak baik kepada jenama ini yang sudah berpuluh tahun bertapak bukan sahaja dia Malaysia malah dalam hati rakyatnya juga.






0 Pandangan: