Anugerah,

Malaysia Social Media Week 2014 Kembali

Khamis, Januari 09, 2014 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca, khas untuk blogger dan penggiat social di Malaysia, "Malaysia Social Media Week 2014" kini kembali. Buat kali ketiga penganjuran minggu social media khas kepada pengiat dalam dunia social seperti blog, facebook, twitter, instagram and mahupun youtube. Minggu media social ni juga mcm2 aktiviti yg di anjurkan oleh pihak barisan pengajur.


Ada conference, workshop dan juga majlis anugerah untuk mengisi aktiviti sepanjang minggu social media di Malaysia ni. 24-28 Februari 2014 adalah tarikh belangsungnya minggu social media yg akan di adakan di Royal Chulan Kuala Lumpur. Antara barisan penganjur dan juga penggerak kepada aktiviti media social di Malaysia ini.


Kita tahu bahawa kuasa media social adalah antara kuasa paling beperngaruh di dunia sekarang ni. Tak kiralah ia adalah berita baik atau berita buruk segalanya cepat dan pantas akan tersebar melalui media social kini. Dengan kekuatan itu makan minggu media social ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada kuasa media social di Malaysia. Bukan sahaja org biasa malah celebriti termasuk juga pemimpin negara turut menggunakan media social sebagai agent pendekatan kepada peminat dan pengikut mereka.


Sebab itu juga lah, di adakan anugerah untuk mereka yg bergiat aktif dalam dunia media social di Malaysia. 2 tahun sebelum ini kita dpt lihat bahawa beberapa org telah di anugerahkan hasil daripada keaktifan mereka dalam dunia social media ini. Terdapat 15 kategori di pertandingkan untuk penggiat dunia social media Malaysia. Ni peluang anda untuk membuktikan kekuatan media anda kepada rakyat dan pencalonan masih di buka kepada semua yg layak.


Untuk mendapatkan makluamat lanjut boleh layari laman sesawang MSMW 2014 di sini atau boleh hubungi terus sekretariat bagi mendapatkan infomasi lebih lanjut berkaitan dengan minggu media social ini. Mereka juga masih mencari sponsor kepada event ini dan ia masih di buka kepada semua yg mahu menjadi sebahagian daripada aktiviti minggu media social ini.