Aktiviti,

Malaysia Mencatat Rekod Dunia Dengan Nasi Lemak

Sabtu, Ogos 31, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 blog yg lain semoga sihat dan bahagia selalu. Sebelum ini Mah@mahu ada buat satu entry tentang hajat rakyat Malaysia untuk mencipta rekod dunia. Hajat ini di zahirkan oleh sebuah organisasi yg menguruskan applikasi dan juga laman sesawang tempat makanan menarik di Malaysia iaitu hungrygowhere.my. Kalau nak tahu entry sebelum ni baca kat sini [klik sini].

Sapa kata Malaysia tidak mampu membuat rekod dunia setakat ini Malaysia telah memegang 2 rekod dunia iaitu melalui Taman Permainan Angrybird Terbesar di dunia dan juga Kapsul Mesin Layan Diri Terbesar di dunia. Malaysia sentiasa boleh dan kini di buktikan lagi dengan kejayaan mencatat rekod dunia sebagai Nasi Lemak Bungkus Terpanjang di dunia. Kenapa mereka memilih nasi lemak kerana nasi lemak adalah makanan tradisional rakyat Malaysia dan ia menjadi menu paling di minati di seluruh Malaysia.


Tahu tak korang berapa byk nasi lemak bungkus yg di perlukan untuk mencatat rekod dunia ini. Jumlahnya cukup untuk korang makan selama 1 tahun iaitu jumlah yg di catatkan oleh Guinness World Record ialah 11,315 bungkus nasi lemak. Semua nasi lemak bungkus ini telah di susun dengan rapi di dalam gelanggang ice skating di Sunway Piramid pada hujung minggu lepas. Tahniah buat rakyat Malaysia kerana anda telah buktikan pada dunia bahawa Malaysia boleh.

Semua nasi lemak ini perlu melalui beberapa peringkat pengujian kerana pihak Guinness World Record ada kreteria yg pelu di penuhi. Antara perkara penting adalah nasi lemak mesti di masak dan juga di bungkus seperti asal menggunakan daun pisang. Selain itu juga setiap nasi lemak mesti mengandungi 1/4 cawan nasi, 1 hiris timun, setengah telur rebus dan juga sesudu sambal ikan bilis. Semua ini di ambil kira dalam menentukan kejayaan untuk mencatat rekod dunia ini. Wow bukan mudah yg nak pastikan kita berada dalam rekod dunia.

Tahniah sekali lagi buat Malaysia kerana anda semua memang hebat lah dunia akan perhatikan kehebatan kita. Best nya lagi nasi lemak yg mencatat rekod itu di hidangkan kepada semua tetamu yg dtg pada majlis tersebut. Untung kita rakyat Malaysia berbilang kaum dan bangsa serta citarasa semua boleh nikmati tak kira usia. Jadi sama2 kita jaga keamanan dan kemakmuran negara supaya kita tidak di tindas oleh anasir luar. Selamat hari kemerdekaan dan selamat berblog semua rakan2..