Nasi Lemak Terpanjang Di Dunia

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Dah habis bulan puasa ni bila sebut pasal makan mesti rasa nak cubakan. Tambah2 lagi makanan tu pelik dan unik tapi makanan yg Mah@mahu nak perkenalkan ini tak pelik biasa kita jumpa. Tapi pelik and unik makanan ini adalah kerana mereka cuba untuk memecahkan rekod dunia dengan membuat makanan ini terpanjang di dunia. Percaya atau tidak ia bakal mencatat sejarah nak tahu mcm mana and kat mana baca habis2.

Sebenarnya sebuah portal makanan tempatan Malaysia yg popular iaitu hungrygowhere.my akan menganjurkan acara menyusun nasi lemak terpanjang di dunia. Mereka cuba untuk memecahkan rekod dunia dan menjadi pertama tersenarai dalam menghasilkan nasi lemak terpanjang di dunia. Lepas tu akan di rekodkan kedalam Guinness World Record. Wow best lah event di org ni kalau kawn nak join sekali boleh sertai mereka seperti maklumat di bawah

 

Tarikh: 24 Ogos 2013
Time: 3:00 petang
Tempat: Sunway Pyramid Ice Skating Rink

Selapas acara itu tetamu yg hadir akan di hidangkan dengan nasi lemak yg telah mencatat rekod itu pada hari bersejarah tersebut. Anda bukan sahaja dapat makan malah dpt jadi sebahagian daripada pemegang rekod Nasi Lemak Bungkus Terpanjang di dunia. Hehehe sapa sangkakan bahaw Malaysia juga ada makan yg sedap dan hebat mcm ni. Ini adalah inisyiatif pihak hungry go where untuk meletakkan nama Malaysia dalam senarai rekod dunia.

Jadi kawan2 yg nak dtg boleh terus ker sana dan juga boleh ke laman web Hungrygowhere untuk dapatkan maklumat lanjut. Anda juga boleh sertai contest yg di anjurkan iaitu meneka berapa byk jumlah Nasi Lemak bungkus yg di perlukan untuk mencatat rekod tersebut. Hadiah lumayan menanti anda iaitu percutian 3D2N ker Bangkok. Anda tak perlu bawa apa2 cuma ringankan tulang untuk hadir ke majlis tersebut. Mah@mahu nak pergi tapi tak dpt lah ada event lain lak hari tu. Apa pun kita sama2 sahut cabaran dunia ini Malaysia Boleh!...





0 comment... add one now