Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadhan Juadah Tradisi Nenek Moyang Di JW Marriott Kuala Lumpur

Khamis, Julai 04, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca dan juga rakan2 blog Mah@mahu. Rasa bergitu cepat masa berlalu dan kini kita bakal menyambut bulan Ramadhan yg penuh mulia dan keberkatan ini. Maka bila tiba masa ini hotel semua sibuk untuk menyediakan juadah berbuka puasa yg hebat menarik dan memang the boommm... Termasuk juga JW Marriott Kuala Lumpur yg membawa 138 menu hidangan tradisional nenak moyang kita untuk di nikmati ketika berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman. Terima kasih kepada rakan Mah@mahu yg sudi invite untuk majli Buffet Ramadhan ni thanks to KL Urbanite.

 
 
Kalau sebut juadah tradisional masakan Melayu pasti akan terlintas di fikiran kita tentang masak lemak atau masak rendang bukan. Itulah yg cuba di tampilkan oleh JW Marriott Kuala Lumpur pada buffet Ramadhan kali ini. Dengan berkongsepkan gerai desa berwarna-warni yg di hias dengan lampu sambil di hidang dengan juadah Rendang Kerang, Daging Salai Masak Lemak dengan Bachang, Sambal Udang Petai dan Tongkeng Ayam Goreng Cili adalah menu signature chef di JW Marriot Kuala Lumpur.

 





Di gabungkan pula dengan konsep salai JW Marriottt Kuala Lumpur juga menyajikan daging kambing panggang yg segar dan besar, ikan-ikan dan juga makanan laut yg sugguh segar dan enak di panggang pada suasana terbuka. Terdapat juga makanan bakar lain seperti sate daging dan ayam di enakan lagi dengan kuah kacang yg lazat2. Juadah tradisional yang tidak pernah tinggal bila ada buffet Ramadhan di mana2 hotel sekali pun.

 





Lokasi berbuka yg berada di tepi swimming pool menjadikan ia suasana paling segar dan nikmat kerana bedara pada pandangan luar hotel dan di kelilingi oleh bandar Kuala Lumpur. Bila dan kenyang pasti nak makan pencuci mulut yg mesti mani dan segar jugakan. Di JW Marriott Kuala Lumpur menyediakan juadah pencuci mulut daripada bahan mentah seperti buah-buahan segar sehinggalan kepada kuih muih tradisional tempatan seperti Puding Roti, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang, Kuih Ketayap dan mcm2 lagi kalau nak sebut kat sini.



Semuanya di sedikan khas sempena dengan Ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi untuk berbuka bersama keluarga atau rakan2 cukup sesuai. Bagi mengeratkan Silatulrahim di bulan yg mulia ini makan beramai-ramai lebih meriah dan gembira. Bermula daripada 10 Julai sehinggalah malam Hari Raya Aidilfitri dan waktu pada pukul 7.00 mlm sehinggalah 10.30 mlm anda mampu untuk menikmati juadah istimewa ini pada harga yg cukup isitmewa.

JW Marriott Kuala Lumpur Ramadhan buffet 
RM75.00++ di tepi kolam renang
RM65.00++ di tingkat 4 Starhill Conference Centre

*Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun makan di tempat sama pada separuh harga

Maklumat lanjut atau tempahan
Tel : +603-2719 8666
Email : bukapuasa@ytlhotels.com.my







0 Pandangan: