Laporan

Papa Jahat!

Sabtu, April 30, 2011 Mahamahu 11 Comments

Semua dah tahu berita pasal politik negara kita sekarang tgh begelora dan juga mcm2 isu mula dimainkan. Daripada kes hubungan sejenis kepada kisah sex bebas dengan GRO, sungguh jijik sgt bila terbaca semua ini. Betul kata org adat berada dalam dunia politik tidak akan ada org puas bila kita tidak jatuh walaupun dengan apa cara sekali pun. Aku tak tuduh sapa2 tapi mcm2 semua dah keluar dan cuba semua cara untuk jatuhkan org tertentu.

Tapi kita juga kalau dah buat salah kena mengaku kerana tak guna menegakkan benang yg basah. Lambat laun semua akan terbongkar dan juga kalau lepas dunia di akhirat Allah akan tetap hitung segalanya. Namun manusia mana nak mengaku salah kalau dah buat salah, jadi itu guna ada kehakiman yg adil dan saksama. Kerana semua ini juga boleh mendatangkan mala pertaka kepada kita yg tak telibat ini.

Sebenarnya aku tak suka semua isu ini tapi kadang naik muak dan agak jelak dengan semua ini. Bagi aku berdoa agar negara kita selamat, aman dan jauh dari segala bencana. Tak kiralah dari dalam dan luar negara semoga negara kita di lindungi. Aku sebagai rakyat Malaysia rasa sungguh berbangga dan gembira dilahirkan di sini. Penuh segala yg ada dan juga segala rahmat Allah S.W.T. Aminnn

11 Pandangan:

Laporan

'Perkahwinan Di Raja Britain' Teringat Masa Dulu

Jumaat, April 29, 2011 Mahamahu 4 Comments

Sambil2 rehat kat rumah sementara tunggu masa nak blk kg hari ni layanlah cite2 di TLC Astro. Tgk kemeriahan sepanjang sambutan majlis perkahwinan di raja Britain yg begitu gemilang. 'Wedding of The Year' bagi sejarah dunia kerana meraikan perkahwinan yg sungguh meriah buat julung kalinya. Seronok tgk org kahwin bila lak aku nye turn kan hehehehe... Insyallah ada jodoh adalah kot huhuhuhu...

Semua org inginkan saat indah ini di abadikan dalam hidup dengan penuh warna-warni dan juga penuh dengan gemilang. Selain pakaian cantik2 dan juga hendaklah diraikan dengan penuh bangga kerana seumur hidup sekali dapat kahwin semeriah ini. Tgk kat tv semua golongan turun meraikan majlis perkahwinan terbesar ini termasuklah golongan artis yg hadir sungguh meriah. Sedikit cerita di sebalik majlis perkahwinan putra Wiliam dan juga pasangannya Kate.

Bersempena dengan majlis perkahwinan ini mereka sebenarnya telah cuba menerapkan beberapa unsur amal dan juga bertujuan mengutip dana untuk tabung Yayasan Putera William & Putera Harry. Ditubuhkan untuk membantu pekara2 yg mereka rasa dekat dengan jiwa mereka seperti usaha2 untuk melindungi alam semulajadi, membantu anak2 yatim serta byk lagi. Maka dengan itu mereka telah meletakkan syarat kepada sesiapa yg mahu memberi hadiah perkahwinan mereka menimbangkan unsur2 tersebut supaya hadiah itu boleh terus disalurkan kepada tabung yayasan ini. Bagus juga niat mereka ini mungkin kita rakyat biasa leh ambil mana yg baik untuk tujuan tersebut juga.

Masa tgh layan majlis ni teringat masa zaman abg aku kahwin dulu tahun 2005. Masa tu aku lah yg jadi pengurus kepada beberapa perkara penting dari segi penyediaan pelamin, bilik tidur dan juga hidangan untuk pengantin. Seronok sebenarnya bila kita uruskan masjli besar seperti itu dan org hargai setiap usaha kita. Di situlah bakat kita boleh ditonjolkan. Mana tahu ada yg nak mendapatkan khidmat aku untuk majlis perkahwinan meraka boleh jer hehehehe.. Nak ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan diraja tersebut. Moga adanya majlis perkahwinan ini akan mengeratkan negara2 besar serta menyatukan seluruh penduduk dunia terhadap keamanan serta kesejahteraan seluruh dunia. Betulkan.....??





   

4 Pandangan:

Laporan

Durian Beku Keluar Negara

Khamis, April 28, 2011 Mahamahu 6 Comments

Sebelum ini pernah makan durian asli yg segar lepas gugur dari pokoknya. Tapi kini ada juga durian beku mcm mana tu hehehehe.. Sebenarnya durian beku ini bukan lah durian tiruan seperti telur tiruan yg datang dari negara cina tu. Tapi ini adalah isi durian tempatan yg telah di asingkan dengan kulitnya dan dibekukan isinya di pusat beku yg telah tersedia sebelum di import keluar negara.

Tak sangkakan bahawa negara kita ada pusat beku buah-buahan yg besar mampu memuatkan sehingga 20tan isi buah durian untuk tujuan eksport keluar negara terutama negara China. Ini sebenarnya untuk tujuan mengurangkan kerugian lambakan buah durian tempatan yg dibuang jika tidak dimakan. Ya lah negara kita ini byk dengan hasil buah2 tempatan yg cukup enak dan disukai oleh org luar. Jadi kalau beku ni boleh tahan lama lah buah2 itu hehehe kan, dah jadi mcm "frozen food" lak kan hehhee..

So lepas ini bolehlah kita semua bercucuk tanam dengan menggunakan tanah2 yg ada ini untuk membuat perniagaan. Pertanian itu perniagaan kan kata bekas perdana menteri Pak Lah. Jadi berbaktilah kepada tanah kerana akan ada hasil yg cukup lumayan kalau kita rajin. Ni nak blk kg nak tanam jagung ehehehehe...




6 Pandangan:

Promosi

Pinggan Yg Sesuai Untuk Berperang

Rabu, April 27, 2011 Mahamahu 5 Comments

Dari segi estetik ketahanan, CORELLE ialah set makan ringan yang ideal mengurangkan kesan2 serpih, retak dan kesan-kesan kegunaan harian. Pilihan reka bentuk-reka bentuk yang luas, menarik dan berbagai jenis serta corak mampu membuatkan sesuatu hidangan begitu indah dan menyelerakan. Sebelum ini kita selalu gunakan pinggan plastik murah tapi lepas ini kita akan dptkan Corelle untuk kegunaan harian yg perlbagai tahan lama.
Mungkin peminat pinggan2 berharga ini dari golongan ibu2 atau wanita sahaja tapi kini semua mampu memiliki set2nya yg labih unik san berbagai bentuk. Terdapat juga peralatan memasak CORNINGWARE direka bentuk khas untuk masakan dan dapur2 Asia. Sangat tahan untuk perubahan suhu, ia boleh digunakan pada dapur, dalam gelombang mikro atau ketuhar minit dan juga didalam peti ais sungguh menjimatkan masa anda memasak.
Dari bahagian lain penggunaan di dapur terdapat juga barang seperti peralatan memotong, peralatan membuat kuih2 peralatan menyediakan masakan dan byk lagi. Semuanya berkualiti serta paling mampu untuk dimiliki di negara kita. Kalau berminat leh melihat lebih design yg cantik di sini serta sesuai untuk di adikan hadiah hari Ibu nanti tunggu....

5 Pandangan:

Teknologi

YES!

Selasa, April 26, 2011 Mahamahu 3 Comments

 
Dengan hidup berpandukan teknologi kami mendahului hari ini, bertalian yang lain dunia adalah hampir satu kemestian. YES Zoom adalah satu paling hebat dalam laluan 4G berkuasa di dunia. Ia menampilkan satu omni-directional antena dengan bekelajuan tinggi yang membenarkan anda berada di mana sahaja pelusuk di dalam rumah dan mendapatkan hubungan wayarles terhebat. Tambahan pula, ia mempunyai WIFI terbina dalam supaya boleh disambung pada bila2 masa sahaja dan dimana juga..
Di datangkan dengan pakej paling murah dan mampu milik untuk kita pada kelajuan paling maksima di Malaysia. Terbaru daripada YES dengan peranti baru berbentuk menara piramid ini. Boleh diletak dimana-mana sahaja ringan sangat. Selain itu juga ada dongle tahu ker hehehe selalu kita sebut USB punya peranti ada juga di berikan kepada anda.

3 Pandangan:

Promosi

manicousilulabylyfe.blogspot.com Yg Ker 2000

Isnin, April 25, 2011 Mahamahu 4 Comments

Tahniah kepad kawn blogger ini bertuah sgt beliau sebab menjadi peninggal jejak ker 2000. Tahniah lah kepada manicousilulabylyfe.blogspot.com kerana anda sangat2 lah bertuah. Bertuah apa? Byk sebenarnya nanti aku cite ok. Tapi first tu nak kenalkan rakan blogger ni sikit lah ok. Beliau merupakan putra yg masih menuntut lagi di sebuah pusat peguruan tak tahu lak kat mana. 
Ini adalah rupa blog yg bertuah itu
 Beliau ini juga adalah seorang peminat dalam bidang photographer kerana kebanyakan entry beliau berkaitan dengan teknik2 bergambar dan cara2 nak pastikan gambar yg diambil cukup menarik. Selain itu juga beliau merupakan member kepada satu club photoghrapher yg mencari job2 untuk mengambil gambar. Sapa2 minat boleh lah tempah untuk majlis wedding atau majlis pertunangan. Kalau nak tgk hasil2 karya beliau boleh kelaman blog nyer, susah nak sebut tapi semua org boleh panggil beliau En. Faiz. 
Ini club photographer beliau
Namun yg unik dari blog ini adalah dari segi bentuk dan juga tamplete yg digunakan cukup simple dan cukup cantik. Kata org "less is better" right hehehhehe, so aku cukup senang nak masuk blog beliau kerana cukup ringan dan cepat nak access. Tapi nama yg digunakan untuk header tu aku tak berapa faham kerana ia tulisan Jepun hehehehe. Kalau korang nak tahu leh jengah ke sana dan tanya pada tuan blog ni sendiri. So untuk tuan blog yg menjadi followe ker 2000 ni anda telah mendapat satu entry khas ini untuk beliau dan selain tu akan masuk dalam bloglist Mah@mahu dan juga akan mendapat pengiklanan selama sebulah di sini ok tak ckup kan hehehehe. Tahniah...
Contoh tutorial yg diberikan dalam blog beliau baguskn



    

4 Pandangan:

Aktiviti

Anda Rasa Gembira Untuk Berlari?

Isnin, April 25, 2011 Mahamahu 3 Comments



Maklumat lanjut boleh klik sini.




   

3 Pandangan:

Makanan

Peri-Peri Like-Like Jer....

Ahad, April 24, 2011 Mahamahu 9 Comments

Malam2 nak menjamu selera dengan rasa lain daripada yg lain. Firstime makan menu daripada Nando's, tak pernah makan sebelum ini jadi untuk merasa kehebatan yg selalu diwar-warkan daripada rakan maka aku mencuba. Banyak juga menu-menu yg disediakan tak pernah cuba maka tak tahu yg mana special. Tapi menu utamanya adalah pasti ayam golek dengan rampah ratus yg cukup berbeza. 

Bagi aku yg firstime makan ini ia cukup pelik dan unik. Dengan rasa ayam yg pedas sgat sebab pilih Extra Hot Peri-Peri huhuh lepas makan menjelir lidah pedas gila. Selain itu juga nasi mediterranean juga agak kurang kerana mcm nasi lembik yg agak gempal. Bagi aku kalau nak cuba memang boleh sgt pada yg suka pedas dan rasa satu gabungan yg unik tapi mungkin tak sesuai dengan selera aku kot. So korang2 semua boleh pergi cuba tak rugi.
Menu ayam peri-peri Extra Hot yg aku ambil berapi
Antara sos yg ada untuk menambah perisa ayam anda
Kebab tapi mcm bentuk satay ayam..


9 Pandangan:

Pengumuman

Mencari Yang Ke 2000

Sabtu, April 23, 2011 Mahamahu 5 Comments

Tiba masa dan saat mcm begitu cepat jer berlalu pantas meningalkan kita semua. Kalau kita tak sedar pasti saat yg indah itu akan terlepas bagitu sahaja. Jadi untuk jadikan saat indah itu satu kenangan yg tak akan dilupakan maka Mah@mahu nak abadikan ia menjad sejarah. Bukan lah sesuatu yg besar tapi sesuatu yg cukup menggembirakan kerana apa diharapkan akan tercapai juga.
Kini Mah@mahu mencari yg bertuah kerana anda adalah segalanya untuk Mah@mahu, ilham, pendapat, idea serta segalanya. Jadi mencari yang ke 2000 satu detik ditunggu2 untuk bersama rakan2. Saat akan mendatang tak sabar rasa. Sapa bakal bertuah itu tunggu sahaja tak lama lagi hehehe.. Yg bertuah akan mendapat habuan yg istimewa daripada Mah@mahu.

Tak lupa juga kepada rakan2 lain yg telah memberi sokongan maka. Tunggu sahaja nanti akan muncul sesuatu yg hebat dan menarik untuk anda. Pasti jgn lupa untuk sertai ok. Seronok juga berblog ini walaupun ia sesuatu yg agak sukar untuk diteruskan dengan berbalgai halangan dari segi masa, kerjaya dan juga idea yg cuba ditampalkan untuk menarik minat pembaca... Jutaan terima kasih kepada semua yg terus menjadi pengikut Mah@mahu. walaupun tak seglamor mana tapi ia cukup bermakna. Terima Kasih...




   

5 Pandangan:

Teknologi

'TOURO PRO' Daripada Hitachi

Jumaat, April 22, 2011 Mahamahu 1 Comments


Untuk maklumat lanjut anda boleh dpatkan maklumat di sini... Di mana dijual dan juga berapa harganya..

1 Pandangan:

Bunga

Bunga Ros Jepun Ada Kesan Radiasi?

Khamis, April 21, 2011 Mahamahu 5 Comments

Alamak biar betul ada ker...?? Tak adalah ini semua cuma gosip jer hehehe tu hanya nama bukan ada pun. Padahal bungan ini sudah lama ada kat Malaysia mcm mana leh kena radiasi. Namanya memang unik sebelum ni mengenali tumbuhan ini hanya dengan nama kampung Pokok Bunga Pukul 10. Ye lah mana tak nya bunganya kembang menjelang pukul 10 pagi sungguh cantik dan warna-warni.

Ros Jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
Dari segi rawatan sebenarnya pokok ini boleh digunakan untuk memberi rawatan rigan. Dimana daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka. So jng bimbang ok pokok ini tak ada kesan radiasi langsung cuma nama dia jer ada nama Jepun, mungkin dulu masa mula2 ia dibawa adalah dari negara matahari terbit itu kot tak tahu lak..




   

5 Pandangan:

Nasi Lemak + Darkbatman = Dilarang

Rabu, April 20, 2011 Mahamahu 10 Comments

Hehehehe jng marah bro darkbatman bila lagi nak promote bro kan walaupun bro dah cukup glamor. Jangan marah gunakan nama tu nanti royalti bahagi 2 ok hehehe gurau jer. Actually tekejut dengan berita yg telah melarang penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Sudah bertahun-tahun lamanya nasi lemak menjadi makanan tradisi kita tiba2 jer ia menjadi satu larangan. Tak faham tak faham.
Kalau nak kata nasi lemak menggemukkan aku rasa org zaman dulu tok nenek kita semua dah byk yg obesiti zaman muda-muda. Tapi tak pun tgk semua sihat segar bugar jer. Aku rasa bukan sebab nasi lemak lah tapi tabiat pemakanan kita tu yg kena jaga. Kat sekolah byk lagi makanan lain yg tak sihat dijual. Contoh cekedis atau jajan semua tu ada bahan pengawet dan juga pewarna yg belebihan sihat ker?? Gula2 semuanya manis, ye lah katanya nak hilang ngantuk dalam kelas makan gula2 tapi lagi bahaya cepat kena kencing manis.

Saya tak faham dengan arahan melarang nasi lemak dijual di kantin sekolah. Adakah itu akan dpt mengurangkan masalah kegemukan kanak2 disekolah atau ia akan menambah kerugian pengusahan kantin sekolah kerana kena jual makanan lagi mahal. Kalau kita larang jual kat sekolah kat rumah pun dia org bedal nasi lemak mak mask 3 4 pinggan sama jer. Kat gerai luar sebelum nak sampai sekolah tu lagi byk jual mcm2. So jng salahkan nasi lemak habis kantin sekolah tutup.
Apa lak relevennya nasi lemak dengan bro darkbatman lak, hehehhe sebenarnya beliau ini adalah usahawan muda yg telah mengusahakan kantin sekolah. Tokei ni jng main2 kayo pakcik. So tu jer lah kaitannya. Mungkin bro darkbatman ada apa2 cadangan untuk mengurangkan kegemukan dikalangan kanak2 ni. Bro byk bagi tips dalam blog mungkin bro boleh bagi nasihat sikit. Lepas ni apa yg bro nak jual kat kantin sekolah? Cadanganlah mungkin kena jual vitamin, protein dan juga kalsium dalam bentuk tablet baru sihat budak2 ni kot hehehhe... Gurau jer bro ok...


10 Pandangan:

Kempen

Fesyen, Kecantikan Dan Kerjaya Dimana Anda?

Isnin, April 18, 2011 Mahamahu 3 Comments

Semua alement itu menjadi titik utama dalam kehidupan seorang begelar wanita. Ini kerana wanita mahukan kesempurnaan terutama dalam kehidupan segalanya perlu ada. Namun tidak lengkap hidup wanita jika semua ini tidak kesampaian. 

Kecantikan satu keperluan luaran diri seorang wanita.
Fesyen menjadi hiasa tubuh yg sempurna dalam diri wanita.

Kerjayaan dalam kerjaya di iringi oleh kesempurnaan segala yg diperlukan.

Segala boleh di perolehi untuk panduan anda di sini. Singgah dan jalan2 mencari kebenaran nya dalam hidup anda. Jng biarkan ia menjadi satu halangan untuk kesempurnaan anda yg begelar wanita.


3 Pandangan:

Terima Kasih

Tahniah Pada Semua Bloglist

Ahad, April 17, 2011 Mahamahu 10 Comments

Tahniahlah kepada semua yg telah menyertai bloglist Mah@mahu. Kerana ini ada berita gembira untuk anda semua sebab senarai bloglist dah kuar. Kat tepi kiri ini boleh lihat senarai bloglist. Sebenarnya semua peserta telah terpilih dan disenaraikan. Cuma hanya sepuluh blog yg rajin update akan dipapar dalam senarai itu. So kalau nk selalu keluar dalam bloglist ni rajin2 lah update ok. Setiap blog yg latest update akan keluar dalam senarai bloglist Mah@mahu...


10 Pandangan:

Makanan

Isi Emas Disaluti Duri

Jumaat, April 15, 2011 Mahamahu 11 Comments

Pasti tetanyakan apakah yg dimaksudkan itu. Tapi sekali tgk sekali bau semua tahu apakah ia. Cukup terkenal dan cukup menjadi kegilaan pada mereka yg memang hantu makan. Tapi sayang muncul hanya setahun sekali. Namun kini telah tiba masanya dan menjadi rebutan. Selain dimakan mentah boleh gak di buah masakan dalam hidangan masakan tradisional.

Masih tetanya2 lagi kah apa dia hehehehe, tapi mesti ramai dah dpat agak apakah ia. Ini lah dia raja buah tempatan Durian yg penuh duri di luar tapi isi cukup mengancam. Mampu membuat org jadi terbayang2 siang mlm dan juga kadang jadi hantu bukan makan sahaja malah mencuri opsss... Tapi ini adalah hakikat kena terima bahawa ia akan dtg setiap tahun sekali. 

Tapi ramai juga bila sebut Durian kecik biji mata, tak tahu knp kat mana silapnya. Mungkin kerana pengalaman pahit mereka dengan Durian kot membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan buah ini. Bagi aku ini adalah saat yg ditungu2 nak makan Durian dengan puas. Nak blk kg pokok Durian pun masih putik hehehehe... So sapa2 ada dusun Durian nak sponser makan buah Durian roger2 lah ok kat aku hehehehe...

Durian ada bebagai jenis juga ada Durian Tembaga, Durian Burung, Durian Raden Mas Ayu dan ada juga Durian klon atau durian kacuk dimulakan dengan huruf D ada D24, D99 dan byk lagi. Bukan sahaja org tempatan yg makan Durian malah org luar negara pun sibuk sekrang mencari buah ini untuk merasai kehebatannya. Rugi sgt menjadi org tempatan tapi tak menikmati rasa buah ini. 


11 Pandangan:

Movie

Wanita Pembunuh Paling Ganas...

Khamis, April 14, 2011 Mahamahu 10 Comments

Firstly terima kasih kepada my friend juga seorang blogger yg kenal rapat. Dialah yg bagi tiket movie ini kerana beliau tidak dpt hadir hari tu untuk tayangan perdana filem ini di Malaysia. Terima kasih kepada Kifly Mally dan juga Nuffnang yg bagi tiket free ini kepada blogger2 tergar mcm beliau. Aku belum tahap dewalah lagi untuk berblog. Mungkin rezeki Kifly lah sebab setiap movie yg ada di nuffnang mesti beliau dapat ayat apalah yg digunakan.


So terus kepada riview filem ini yg aku tgk hari rabu lepas 2 hari sebelum tayangan sepenuhnya diseluruh panggung kat Malaysia. Filem ini kalau dari segi seramnya memang cukup dan aku boleh bagi 6 daripada 10. Seram bukan sebab hantu, tapi seram dari segi pembunuhan yg dibuat. Cerita ini sebenarnye mengisahkan pembunuhan bersiri yg berlaku sejak bertahun2 dulu dan kini kembali semula di sebuah pekan kecil ini.

Nak jadi cerita filem ini kisah balas dedam dan juga iri hati kepada seorang yg dah berjaya dalam hidupnya dan kerana kejayaan itu maka pembunuh ini rasa tidak dihargai dan tidak berguna. Sebab tulah beliau merancang semua pembunuhan ini. Pembunuhnya cukup kejam kalau korang tgk tak sangka beliau ada pembunuh utama tapi kalau tgk pada cari beliau membunuh sungguh tragis dan memang geram rasa nak bunuh balk jer pembunuh tu. Nasib ia cuma sebuah movie hehehehe...


Tapi best lah dalam keseraman jalan cerita pembunuhan tetap ada terap unsur humor yg menghiburkan dan spontan. Sekali tgk mcm cerita sceary movie tapi tak sama kerana cite ini lebih kejam. Memang tak sesuai untuk tontonan bawah 18 tahun kerana kekejaman cara pembunuhan itu. Ikut aku bagi 7 bintang daripada 10 menarik dan semua best lah tapi tiada apa kebaikan yg boleh diterapkan dari cerita ini, cuma untuk hiburan semata-mata. Kalau nak g tgk boleh pergi dengan kawn2 jng lah bawa awek mesti serik tgk dawah yg byk.....





   

10 Pandangan:

Terima Kasih

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Khamis, April 14, 2011 Mahamahu 6 Comments


Segment khas untuk sebuah blogger otai yg memang dah ramai sgt follower setia. Apa lagi kongsi lah dengan newbie2 mcm saya ni. Semoga ikatan semua blogger akan terus kekal dengan dengan adanya segment seperti ini. Semua rakan2 yg mahu menyertai bolehlah click banner bro ben yg smart tu hehehehe..



6 Pandangan:

Makanan

Jilat Mayo Atas Badan....

Khamis, April 14, 2011 Mahamahu 8 Comments

Kalau makan bugger mesti ada mayo. Makan sandwich pun ada mayo baru rasa lebih sedap. Cuba kalau mayo sapu kat badan jilat pun sedap kan hehehehe tak senonohlah aku. Bukan nak buat korang rasa loya tapi nak share sikit kebaikan mayo. Penuh protein sebab dibuat daripada telur, yg penting sebenarnya mayo mampu untuk melembabkan kulit termasuk kawasan siku, buku lali dan byk lagi. Cara penggunaan kena sapu pada bahagian tersebut tak caya cubalah.


Dalam masakan juga mayonis byk digunakan untuk menambah perisa dan juga penambah selera. Kalau tgk rakyat negara barat byk makan mayonis dalam masakan mereka kerana ia menjadi tabiat dalam permakanan. Namun kat negara kita juga sudah byk masakan guna mayo seperti salad. So kali ni nak buat satu salad sihat dan sedap dinikmati oleh semua bila2 masa. Jom cuba.

Salad Mayo Termpura

Bahan2nya...

Setengah Biji Epal Hijau
Setengah Biji Tomato
2 Helai Daun Salad
2 Biji Termpura Ayam
1 Batang Hotdog
1 Sudu Mayonis
Sedikit lada hitam


Cara2 penyediannya cukup mudah dan pantas. Mula2 goreng tempura ayam dan juga hotdog yg telah dipotong kecil. Pada masa sama potong salad, tomato dan juga epal hijau. Masukkan kedalam mangkuk bersama dengan tempura ayam dan juga hotdog yg telah digoreng tadi. Akhirnya masukkan mayonis dan gaulkan rata, untuk menambah kesedapan rasa tambah lada hitam. Sudah boleh dihidangkan untuk seorang. Yummy Yummy... Selamat mencuba...

8 Pandangan:

Pendapat

Malaysia Terkenal Dengan Palsunya

Rabu, April 13, 2011 Mahamahu 2 Comments

Sebut pasal palsu ni dah sinonim dengan negara kita kot. Ye lah dari pada barang makanan sehingga lah ke video tak tahu mana yg tulin mana yg palsu. Baru2 ni kita dikejutkan dengan kisah telur palsu. Tak tahu dari mana asal usul tiba2 jer timbul cite telur palsu ni. Tapi tgk dari blogger yg rajin mencari bahan pasal isu ini akan jumpa bahawa memang boleh buat telur palsu dari negara China. Terkejut gak lah aku bila baca pasal isu ini ye lah silap2 nanti akan ada daging ayam palsu lak tak mustahilkan.

Tapi tak hairanlah bila sebut negara tanah besar itu memang sumber kepada banyak barangan palsu atau tiruan. Dulu sebelum ini kita kalau nak dpt kan pakaian tiruan tak kiralah Jeans dari jenama Levis, Wrangler, Lee dan byk lagi, semua nya dari negara jiran kita Thailand. Tapi sekrang ni nak dptkan makanan tiruan memang byk dari negara tambok besar itu. Dulu sibuk kes tepung susu yg ada bahan bahaya kepada kanak2. Kini pulak telur tiruan aduh pelik2. Bila terlalu bijak manusia ini semuanya tiada yg tulin termasuklah manusia sendiri.

Sampai bila kita nak berharap pada product dari sana. Tahu barang sana murah sebab kebanyakannya barang tiruan. Kalau tak percaya korang pergi kedai RM2 atau kedai RM5 memang byk sgt barang2 dari sana. Bukan nak salahkan sapa2 tapi kita ni mcm dah jadi negara penyokong barang2 tiruan lak kan. Tepuk dada tanya selera.

Sebelum tu lak kita kecoh dengan kes video. Tak tahu ketulinan atau kesahihan kepada video tersebut. Yer lah video org kenamaan lak tu. So kat situ kita masih mencari ketulinan kepada video tersebut sebab byk kemungkinan boleh jadi. Aku tak nak ulas lebih2 isu ini nanti kena bend lak blog ni hehehehe. Korang maha tahu aku ni cuba ulas sikit2 mana yg aku tahu. So pandai2 lah nak nilai seseorang bila dah di atas akan masa kita jatuh kebawah so kena terimalah kan adat resam dunia.


2 Pandangan:

Pengumuman

Bloglist Mah@mahu Anda Dah Sertai..

Selasa, April 12, 2011 Mahamahu 15 Comments

Jutaan terima kasih kepada semua kawn2 yg sudi menyertai bloglist Mah@mahu. Hari ini telah tutuplah bloglist Mah@mahu dan pada yg telah sertai terima kasih sekali lagi. So kat bawah ni list kawn2 yg telah sertai bloglist Mah@mahu. Sila semak nama anda ok....


Jutaan terima kasih sekali lagi kepada anda yg telah joint ini ok.. Nanti tunggu jer sapa2 yg dapat masuk bloglist Mah@mahu, silap2 semua dpt kot heheheh tgk dulu mcm mana ok.. Jutaan terima kasih sekali lagi dan pada rakan2 lain jom jelajah kat blog dia org nak, memang menarik...

15 Pandangan:

Makanan

'Tamarind Apple Boi' Mengancam Dalam Kemasaman

Isnin, April 11, 2011 Mahamahu 13 Comments

Hehehehe nak kongsi resepi tapi bukan makanan hari ni tapi minuman. Simple dan paling mudah disediakan tapi cukup mengancam selera makan hehehehe.. Tamarind Apple Boi atau Air Epal Asamboi dalam bahasa melayu, pasti membuka selara ketika menjamu makan mlm hari ni nak cuba jom try..

Bahannya cukup simple...

2 Biji Epal hijau (dipotong kecil)
2 Biji Asamboi
3 Sudu gula
Air masak

Penyediaannya lagi cukup senang masukan bahan2 epal, gula dan air kedalam blander buah dan blande sehingga hancur keseluruhan bahan tadi. Selepas itu, tapiskan semua hasil blander tadi kedalam jag air. Masukan pulak buah asamboi tadi dan gaul sehingga sebati untuk kesedapan yg lebih masukan air batu. Pasti menambat selera anda cubalah ok...

13 Pandangan:

Promosi

Bloglist Mah@mahu.com (Sticky Post)

Isnin, April 11, 2011 Mahamahu 49 Comments

Sempena dengan perubahan domain baru ini maka Mah@mahu hendak menganjurkan satu bukan contest atau GA tapi bloglist. Sebab Mah@mahu telah menggugurkan semua senari bloglist lama dan akan meletakkan blog list baru. Sapa nak masuk dlm senarai bloglist Mah@mahu maka anda dialu-alukan. Hanya 20 blog slogan terbaik dan juga memenuhi sayarat sahaja yg akan terpilih.

Syarat2 untuk menyertai bloglist Mah@mahu..

1) Pasti yg utama anda mesti lah meletakkan blog Mah@mahu.com dalam senarai bloglist anda supaya sama2 mendapat kebaikan ok...
2) Buat satu entry bertajuk 'Bloglist Mah@mahu.com' dalam tu hanya lengkap slogan ini 'Saya ingin menyertai bloglist Mah@mahu kerana ........' (tidak lebih 20 perkataan)
3) Letakkan banner blog Mah@mahu seperti kat atas atau bawah ni pun boleh dalam entry anda.
4) Last sekali kena tag 1 org kawn blog anda.
5) Tinggalkan link anda pada comment entry ini ok senang nak rujuk nanti.

Mudah jer kan tak susah sgt pun. Apa kepentingan anda menjadi menyertai bloglist Mah@mahu? Byk anda akan mendapat trafik daripada blog Mah@mahu. Anda akan di ziarah hari2 dan juga akan di komen selalu. Anda akan mendapat promosi secara spontan oleh blog Mah@mahu dan mcm2 lagi lah.

Promosi ini sekejap jer akan berlangsung selama 1 minggu dari hari ini 4/4/2011 hingga 11/4/2011 ok. Semoga kita sama2 akan menjadi kawn2 blog yg rapat ok. Selamat berblog...

49 Pandangan:

Makanan

SUBWAY Sediri Bikin...

Ahad, April 10, 2011 Mahamahu 4 Comments

Hari minggu adalah hari mencungkil bakat, bakat apa bakat dalam memasaklah hehehe... Kata nak masuk Masterchef Malaysia hehehehe. Tak ada lah cuma cuba2 jer ye lah bosan nak makan kat luar tgh2 bulan ni. Maka terlintas nak mask satu masakan sihat, simple dan kenyang. Pastinya sandwich lah tapi kali ni lain sikit dapt ilham dari Subway heheheh jng marah.

Maka pergi ker Giant untuk shopping barang2 yg diperlukan tidak byk cos pun tak sampai puluhan pun hehehe.... Kat bawah ni aku list kan senarai bahan2 yg diperlukan kalau kawn2 nak mencuba ok..
2 Helai daun Salad 
1 Biji Tomato
1 Biji Bawang Besar
2 Batang Hotdog
2 Keping Daging Lada Hijau
2 Keping cheese
Sos Cili
Mayonis
Roti Panjang Perancis (France Bread)

Dah tahu bahan maka boleh sediakan sandwich sihat dan mudah ini. Pertama bahan daging dan juga hotdog di bakar dahulu separuh masak. Selepas itu roti tadi dipotong pendek dan dibelah 2 disapu majerin dan dibakar atas kuali. Sayur2 tadi di potong mengikut kesukaan untuk mudah disusun dalam roti nanti. Maka dah siap semua boleh lah disusun semua bahan2 tadi kedalam roti mengikut kesukaan, alah seperti membuat sandwich biasa, heheheh mudah jer kan.



4 Pandangan:

Kempen

Buku Kuning Membawa Anda Bercuti

Sabtu, April 09, 2011 Mahamahu 1 Comments


Tahu ramai blogger ni minat nak bercuti dan nak mencari peluang bersama keluarga. So kali ni boleh joint lah kat sini dengan klik iklan di atas mesti meriah...


1 Pandangan:

Pendapat

Rasuah Musuh Agama - Jangan Ambil

Khamis, April 07, 2011 Mahamahu 5 Comments

Terkejut dan sungguh menghampakan. Demi wang meraka sanggup lakukan apa sahaja janji cepat kaya. Bukan masuk skim cepat kaya tapi ni lagi teruk boleh meruntuhkan sebuah negara yg tgh membangun. Sungguh tidak disangka apa yg kita harapkan meraka lah penyangak kepada negara rupanya. Patut rasa ada sesuatu yg tidak kena kepada sempadan negara, yelah cuba byangkan kita dah hantar pandatang pulang tapi alih2 org yg sama gak kita akan jumpa tak pelik ker.

Perkara ni sebenarnya dah lama tapi kenapa sekrang baru tindakan yg drastik diambil oleh pihak berwajib. Mungkin alasan nak simpan bukti tapi kalaulah semua mereka yg terlibat dengna rasuah terlepas juga tak tahulah ketelusan dimana. Aku tekejut korang bolehlah anggap rasuah yg diterima sekrang ni lepas, tapi ingat hukuman Allah tu tetap ada. Lepas di dunia di akhirat menanti juga.

Terkejutlah sebab semua yg terlibat itu adalah org kita org Melayu dan pasti org Islam. Susah nak tuduh nanti yg tak buat akan terasa lak, luahan aku ini cuma pada meraka yg buat pada yg tak buat jng risau tak ada kena mengena dengan anda kerana anda begitu bertanggungjawab. Masih tak puas hati lagi ni walaupun sekarang dah menjadi kes Polis dan SPRM aku tetap sebagai rakyat biasa rasa cukup sedih.

Harap lepas ni kakitangan kerajaan lebih bertanggungjawab dan rasalah bahawa apa yg anda dpt itu untuk anak2 dan juga keluarga. Kalau dtg dari sumber yg haram maka akan haram segalanya sehingga mati. Terkejut bila dgr berita hari ni di umumkan jumlah rasuah yg diterima memang tak sangka. Pendatang tak kisah berabis byr rasuah demi nak masuk negara kita kerana bagi mereka negara kita ini alah lubuk emas meraka. Tapi kenapa org kita sanggup jadi penyangak untuk negara sendiri....


5 Pandangan:

Promosi

Anda Pandai Memotong Bawang..??

Khamis, April 07, 2011 Mahamahu 6 Comments

Mesti ramai yg pandai memotong bawang, tapi tahukah anda memotong bawang secara profesional. Pernah tgk Masterchef? Satu lagi program realiti yg bakal muncul dan mencungkil bakat2 tukang masak di Malaysia. Masterchef Malaysia satu lagi medan untuk melahirkan mereka yg ada bakat memasak kedalam dunia masakan yg cukup besar di negara kita. Kebanyakan blogger ini juga pandai memasak dan mempunyai bakat terpendam untuk berkembang dalm dunia masakan.


So kepada rakan2 blogger lain yg nak sertai program realiti ini pastikan anda tidak melepaskan peluang ini. Satu2nya program mencari juara masakan secara realiti dan juga bertaraf antarabangsa. Pastinya persediaan rapi dan juga latihan lengkap mengiringi setiap langkah ujibakat nanti. Kalau nak sertai boleh layari www.masterchef.com.my dapatkan borang dan hantar cepat ok.


Aku pun rasa mcm nak joint gak sebab minat memasak dan minat makan hehehehe... Tapi kena latihan yg cukup dan juga penuh lah. Aku ada tgk Junior Mastechef Australia memang gila lah budak2 baya umur 8-12 tahun boleh memasak setanding dengan org dewasa. Sungguh kagum aku dan juga teruja lah. Tu baru tgk yg junior kalau tgk yg senior tu lagi lah takut. Tapi bukan nak gentarkan semua kawn2 nak bagi semangat untuk membuktikan kita mampu pergi lebih jauh jom.....


6 Pandangan:

Aktiviti

Semerian ABPBH Begitulah Meriah di Genting Higland

Rabu, April 06, 2011 Mahamahu 2 Comments

Kebetulan naik Genting Higland untuk ABPBH 2010 jadi peluang ini di ambil untuk berjalan2 dikesejukan puncak paling sejuk di negara kita. Hujung minggu jika dihabiskan bersama keluarga atau rakan2 sungguh bermakna dan pastinya menjadi saat paling hebat. Itulah yg dilakukan bersama rakan2 baik aku pada hujung minggu yg lepas. Pastinya ramai tahukan kalau sebut Genting Higland menjadi pusat hiburan keluarga yg paling seronok.
Pandangan dari atas outdoor game memang nak pergi tapi tak sempat...
Sempatlah berjalan2 di ruang Genting Higland menikmati keindahan serta keseronokan pada hujung minggu. Ramai juga org yg dtg ke genting ni untuk menhabiskan masa minggu dan juga mencari keseronokan. Tapi ingatan kalau nak ke sana sediakan duit yg lebih lah sebab makanan agak mahal kalau dtg bekeluarga, tapi kalau rasa nak jimat bawa makanan sendiri lagi enjoy hehehehhehe...
Dalam pusat beli belah situ ada persembahan kebudayaa best..
Sebenarnye dtg genting ni ada tujuan lain. So pergi tak main semua game lah sebab pergi pun dah agak tghari maka tak sempat nak menikmati semua permainan tu hanya dpt dilihat sahaja. Pada yg nak bercuti Genting Higland ini menjadi pusat hiburan yg cukup lengkap untuk semua peringkat umur ahli keluarga anda. Jadi habiskan byk masa dengan org yg tersayang. Selamat berblog....
 



2 Pandangan:

Hiburan

APBBH 2010 Penuh Kemeriahan

Isnin, April 04, 2011 Mahamahu 5 Comments

Terima kasih lah kepada Hotfm kerana meralitikan impian aku untuk melihat anugerah ini buat pertama kalinya didepan mata. Tak sangka dan tak duga boleh dpt gak tiket Anugerah Bintang Popular 2010 secara langsung walaupun hanya pada tempat duduk bukan VVIP. Tapi berada dalam satu majlis anugerah satu pengalaman yg cukup lain.

Pintu masuk kat sini lah red carpet
Sebelum ini dpt gak pergi tgk AIM, AJL dan mcm2 lagi tapi buat pertama kali dpt naik ke genting dan menyaksikan anugerah penuh bermakna ini secar langsung. Bersama dengan barisan artis2 yg hebat serta anugerah yg cukup meriah pada mlm itu. Tahun ini aku rasakan anugerah ini tidak menghampakan malah tampil dengan aksi2 yg cukup kelakar dan hebat. Gema gempita seluruh Arena Of Stars dengan tepukan dan juga sorakan semua penonton.
Masih awl dalam Arena Of Stars ni tak penuh lagi
Kalau sebelum ini tgk depan tv je kali ni dpt tgk bagaimana meraka beraksi semasa break dan juga semasa persediaan untuk memulakan majlis. Sungguh meriah dan juga warna-warni. Tapi yg pasti dpt tgk gelagat penyokong artis kesayangan meraka walaupun ada keputusan diluar jangka. But anywhere congrate to Shaheizy Sam kerana kemenangan beliau tidak di duga dan paling mendapat sambutan hebat sekali.

Para hadirin yg makin ramai penuh Arena Of Star
Keputusan semua dah tahu yg menang pasti bersorak gembira yg kalah pasti tidak putus asa untuk cuba lagi tahun depan. Aku paling gembira bila Yuna diumumkan menang untuk tempat Dato Siti dan mungkin Yuna akan mengulangi kemenangan ini tunggu sahaja. Yg amat aku menunggu untuk Pak Nil lak nak menarik diri kerana kata2 beliau 'Memberi peluang kepada generasi muda menang tapi peminat tetap nak pilih saya' cukup tak kena kerana beliau sendiri tidak menarik diri untuk memberi peluang kepada muka baru untuk menang. Kalau Dato Siti nak boleh buat lagi lama tapi ni semua dunia jer Pak Nil....

Sempat rakan persembahan Ana Rafali berduet jer hehehehe...

 Persembahan akhir dari Dato Siti Nurhaliza memang meletop the best lah..


5 Pandangan:

Pengumuman

Terima Kasih Daripada Mah@mahu.com

Jumaat, April 01, 2011 Mahamahu 9 Comments

Jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi menjadikan blog Mah@mahu ini tempat untuk anda menimba ilmu dan menjadi sumber rujukan. Walaupun pada hakikat ia adalah dtg dari mereka yg lebih pakar ,namun disampaikan dalam bentuk rasa hati sendiri. Harap ia sampai kepada anda semua. Kerana berkat doa dan juga kekunjungan anda lah, maka dengan ini saya selaku pentadbir blog ini ingin membuat pengumuman.
Segala rasminya dihari Jumaat yg penuh berkat ini, blog Mah@mahu telah bertukar domain barunya. Dulu http://mahamahu.blogspot.com tapi kini telah bertukar kepada www.mahamahu.com. Jutaan terima kasih kepada anda kerana andalah maka saya terus berusaha kerasa dalam menjadikan blog ini sebagai salah satu cara hidup saya. Diam tak diam rupanya Mah@mahu hampir genap setahun telah berada di persada blogging ini. Byk lagi perkara yg masih belum tercapai dlm berblog ini.

Diharapkan dengan new domain ini maka Mah@mahu terus diterima oleh masyarakat tak kira kaum bangsa dan negara sekali pun, kerana ia adalah hak tontonan umum dan tiada apa yg perlu di gusarkan. Terima kasih sekali lagi maka dengan terlahirnya Mahamahu.com ini, saya admin nak memberi sesuatu kepada semua pembaca setia blog Mah@mahu ini. Nak tahu apa dia kena tunggu next entry ok.

Sungguh pantas masa bergerak dan sedar tak sedar entry Mah@mahu hampir mencecah 300. Banyak lagi yg nak dibicarakan kepada semua rakan2. Semoga terus bersama Mah@mahu dan lakarkanlah blog ini dalam diari harian anda untuk ditatap hari2 heheheheh.. So pada semua rakan blog yg lain tunggu kemunculan satu ruang khas untuk anda sempena dengan 1 tahun Mah@mahu ok. Selamat berblog...

9 Pandangan:

Makanan

Blue Apple Sedap....

Jumaat, April 01, 2011 Mahamahu 7 Comments

Mencari makan menjadi keperluan bila berjalan diluar. Tak adanye org nak bawa bekal kalau jalan2 pergi shopping atau tgk wayang, melainkan kalau pergi berkhelah atau pergi air terjun. Kebetulan baru2 ini pergi karoke di Summit USJ dan perut rasa lapar, maka pergi cari kedai makan. Terlihatlah sebuah bistro ala2 western baru dan menarik, singgahlah ker Blue Apple Bistro.


Maka dilayan mesra kerana pada masa itu dah mlm dan juga pelanggan agak kurang. Oder menu masing2 iaitu Nasi Ayam Hainan tu menu aku makn. Kawan aku mengoder menu Nasi Goreng Tomyam dan juga Kueh Teow Kari dan satu menu western Slamon Fish Chop tak sempat nak ambil gambar dah melantak. Harga cukup berpatutan memang sesuai dan sedap untuk makan berat pada waktu siang atau mlm.



Menu air pulak yg paling best aku order Mangga Shack sungguh nyaman dan paling bernafsu bila minum dengan buih2 yg memutih. Selain itu, ada teh O lemon ais dan teh O ais. Serta menu Jely Kiwi yg di oder bersama western menu tadi huhuhu sungguh nyaman rasa airnya.




   

7 Pandangan: