Campsite Pulau Dayang Bunting,

Melayari Cruise Mewah Di Royal Langkawi Yacht Club Dan Berkhemah Di Pulau Dayang Bunting

8:00 PG Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Hari ni Maha sambung lagi percutian dan melakukan aktiviti menarik di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada QT Travels Group PLT, LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel kerana merealisasikan percutian menarik di sini selama enam hari guys. Hari ni dah masuk hari ketiga berada di sini dan sebelum ni Maha kongsikan tempat-tempat bersejarah di pulau ini seperti Kubang Badak BioGeo Trail dan juga Kota Mahsuri



Kali ini pula kami buat aktiviti yang lebih seronok dan menarik untuk korang cuba di pulau ini. Yer lah datang bercuti kena seronok-seronokkan baru dapat melepaskan tekanan kerja dan juga terkurung sahaja kat rumah sepanjang dua tahun PKP hehehe. Bestnya aktiviti hari ni melibatkan banyak dekat suasana laut kerana kami akan berlayar dengan Private Charter Cruise dan juga berkhemah semalaman di Campsite Pulau Dayang Bunting. Korang pernah buat tak? Sebenarnya ada pakej ini tau. Nak tahu menarik atau tak, jom teruskan membaca kisah Maha kongsikan di sini.

Private Charter Cruise Di Royal Langkawi Yacht Club 


Ini adalah yang dinantikan sepanjang percutia di sini sebab pertama kali dapat naik private cruise yang sangat besar dan mewah ini. Kami menaiki cruise ini di Royal Langkawi Yacht Club yang terletak di Jalan Dato' Syed Omar Kuah. Teruja sangat dengan hari ni kami semua bertemakan pakaian berwarna putih baru nampak have-have tiberrrr.



Sekali sekala nak jadi orang kayangan hehehe, tapi sebenarnya pakej untuk menaiki cruise kat sini tak adalah mahal seperti mana yang korang bayangkan. Korang boleh tengok kat situ ada beberapa pakej yang disediakan seperti Private Charter Cruise by Moto Catamara atau juga Private Sunset Dinner Cruise by Manta Blu. Ikut mana yang korang nak dan juga bajet korang lah.





Pelayaran cruise yang disediakan ini dalam empat jam korang boleh tengok peta yang ada ni. Pelayaran cruise ini akan mengelilingi beberapa pulau seperti Pulau Timun, Pulau Tuba dan juga Pulau Dayang Bunting. Tapi masa nak berlepas tu best kerana dapat melalui Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi ini.






Best giler masa mula berlepas ni rasa sangat teruja dan habis semua sudut nak dijelajah dalam cruise ni. Cruise ini ada dua tingkat setengah kerana kat bawah sekali ada ruangan untuk bilik air dan juga bilik tidur bagi kapten. Sepanjang perlayaran ni tengok pemandangan indah dan juga laut yang luas serta pulau-pulau indah rasa tenang hati ni bestnya dapat berjalan dengan orang yang tersayangkan gituwww.








Pastu sampai satu tempat kami akan tengah laut tu petugas akan mula mengeluarkan jarung untuk kami mandi di laut terbuka. Ia dipanggil Saltwater Jacuzzi wow memang best lah. Rasa macam anak ikan yang terperangkap dalam jaring lak mandi kat dalam ni. Kami mandi ini dalam keadaan cruise yang sedang bergerak sambil dipantau oleh petugas khas dan juga keselamatan diutamakan dimana wajib memakai jaket keselamatan dan juga disediakan towel mandi. 






Puas berendam dalam air masin ni memang lama juga kami jacuzzi tu wakakaka. Lepas tu barulah cruise akan sampai ke satu kawasan laut lain lak dan melabuhkan sauh untuk berhenti dan memberi peluang kepada semua orang untuk berenang di laut. Ini pun dikawal dengan petugas dan wajib kena pakai jaket keselamatan. Kalau nak buat terjunan backflip dari atas cruise atau kuak lentang ker terpulang boleh masa ni memang best lah. 








Dalam pakej yang disediakan ini juga termasuk sekali dengan makan tengahari dan juga minuman yang boleh diambil bila-bila masa. Maklumlah tengah panas dan penat berenang semua orang dahaga lapar lak. Tup-tup kejap jer masa berlalau dah habis empat jam kat atas cruise tu tak terasa kerana seronok sangat. Akhir kami pulang semula ke RLYC untuk pergi ke aktiviti seterusnya. 

Perkhemahan Di Campsite Pulau Dayang Bunting


Wow dalam aktiviti kami ini ada juga perkhemahan di Pulau Dayang Bunting. Selalu kalau orang datang kat pulau ini akan pergi bahagian Tasik Dayang Bunting untuk mandi manda dalam kawasan tasik air tawar ditengah pulau. Tapi kali ini kami buat lain sikit aktiviti yang lebih extreme iaitu berkhemah satu malam di kawasan hutan. Takut tak hehehe jangan takut kawasan ini telah dilapangkan dan disediakan untuk mereka yang suka aktiviti berkhemah dan juga menikmati aktiviti alam semulajadi.




Kami bertolak dari jeti Kuah menaiki boat laju yang makan masa lebih kurang lima belas minit untuk sampai kat kawasan campsite tu. Masa ini kami semua dikehendaki untuk bawa beberapa kelengkapan untuk berkhemah semalaman. Korang kena pasti bawa pakaian yang mencukupi dan sesuai. Juga kena bawa lampu suluh atau juga lampu LED yang guna bateri serta juga korang kena bawa kipas bateri kalau siapa yang tak biasa panas tidur dalam khemahlah. Penting kena bawa power bank yang siap penuh dicas ok.





Ini kerana kat campsite yang disediakan tiada kemudahan elektrik dan juga kemudahan air bersih. Jadi korang dinasihatkan untuk bawa semua sekali barang-barang untuk masak dan juga minum air bersih. Air untuk membasuh atau mandi tu ada kerana sana disediakan bilik air yang menggunakan air tadahan. Memang kalau mandi pagi-pagi tu sejuk nak mampus lah hehehe. Air untuk minum dan air untuk memasak sahaja perlu dibawa botol mineral besar pun dah ok tengok berapa hari korang bermalam lah.





Kami sampai kat pulau ni petang dah nak malam jadi kami kena sediakan semua termasuk pasang khemah dan juga sediakan makan malam. Kami ramai jadi bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk buat tugas masing-masing. Paling best kat sini korang masak BBQ malam hari memang seronok lah dan bahan mentah korang kena sediakan sendiri dan bawa siap. Pastu tengah malam sikit buat lak campfire sambil berkongsi cerita dengan kawan-kawan bestlah seronok juga.







Waktu malam kat kawsan perkhemahan ini sunyi sangat hanya ditemani dengan bunyi ungas-ungas. Perkhemahan ni betul-betul tepi persisir pantai boleh nampak dari jauhlah lampu pekan Kuah tu. Tapi awas kalau siang kena hati-hati kerana ada kawanan monyet yang mengganggu korang barang kena sentiasa awasi. Apa pun perkhemahan kat Pulau Dayang Bunting ini satu pengalaman yang best untuk dicuba dan juga nak rasai kalau datang kat Langkawi. 




Habis satu hari setengah kat Langkawi ni jadi sambung lagi untuk hari seterusnya dengan apa pula aktiviti Maha di sini. Korang mesti tak sabar nak tahukan. Tunggu ok nanti Maha akan update lagi posting terbaru. Selamat bercuti semua dan selamat Cuti-Cuti Malaysia.

Pertanyaan dan tempahan untuk pakej-pakej ini sila hubungi QT Travels: 
Tel / Whatsapp:    013-4323268 - PK
                             018-2404505 - Adam Daniel








8 ulasan:

  1. naik private cruise pulak..ni betul baru cuti. pakej yang ditawar pon okla bg kita yang tak pernah naik cruise ni.rasanya msh berbaloi.camping lgi memang have fun saya tengok...

    BalasPadam
  2. Ok. I sangat teruja nak naik cruise tu. Memang serius nampak sangat mewah dan best. Bawa I next time please!

    BalasPadam
  3. Nice post! Lama dah tak pergi Langkawi. Kali terakhir pergi 2014 :D

    BalasPadam
  4. curlasss naik yatch.. mmg indahh yaa idup hahahah.. nanti gi Langkawi boleh la try naik gak

    BalasPadam
  5. wah cuti sakan betul ni. banyak destinasi pergi and banyak pulak aktiviti korang :)

    BalasPadam
  6. Bestnya jalan2 ke langkawi. Siap naik cruise lagi. Tapi harga dia mcm not bad jugak. Boleh try ni.

    BalasPadam
  7. Bestnya Maha pergi reramai macam ni, rasa macam itu kapal Ana yang punya hahahaha.. one day nak pi laa bawa family..

    BalasPadam