ARONA Noodle,

Memperkenalkan Mi Kering Baharu Daripada QSR Mi ARONA

10:25 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Macam mana keadaan korang sekarang ni sejak PKP dan juga banyak dah beralih ke Fasa kedua dan ketiga. Juga sekarang dah banyak sektor perniagaan telah dibuka juga dah start boleh dine-in kat restoran dengan syarat dapat vaksin penuh. Boleh lah lepas gian nak dine-in kat restoran sekarang ni hehehe. Tapi bagi yang masih belum penuh dose atau masih belum dapat vaksin masih masak kat rumah lahkan.



Tak apa buat yang masih kena masak kat rumah kali ini Maha nak kongsikan kepada korang pilihan mi kering untuk korang yang suka masak menu berasaskan mi di rumah. QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), sayap penjualan, pemasaran  dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini  telah melancarkan produk yang tahan disimpan iaitu mi kering berbentuk lidi, mudah disediakan  dan pilihan terbaik buat semua pencinta mi.



Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus  peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran, dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti  tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan  serasi dengan pelbagai cara masakan, sama ada bergoreng ataupun masak berkuah.
 

Mi ini menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi kegemaran mereka. Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara  mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka  hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa mengikut koranglah.



Penyediaannya juga cepat dan ringkas hanya beberapa langkah jer. Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama  kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera korang. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ini  mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran. 



Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza iaitu Original, Oat, dan Labu. Mi  ni dijual dengan harga  RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di platform dalam talian di Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar pasar mini terpilih. Maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my.







0 Pandangan: