Marrybrown,

Burger Warna Pink Istimewa Kat Marrybrown Dalam MB Egg-Stra Ong Meal Tahun Baru Ini

Selasa, Januari 19, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan sekalian. Dulu pernah popular dengan roti burger warna hitam atau arang. Kemudian ada juga yang warna-warna. Tapi sekarang tahun ni popular pulak burger dengan roti warna merah jambu. Wakakakaka bukan khas untuk orang perempuan tau tapi semua golongan boleh nikmatinya.



Ini semua sempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut tak lama lagi. Marrybrown sebagai penyedia makan segera Halal terbesar buatan tempatan kini kembali dengan promo hebat. MB Egg-Stra Ong Meal yang mengandungi burger berwarna merah jambu dan juga minuman istimewa Nestle's Pink Lemonade. Korang tengok dalam gambar promo ni memang menarik dan tertarik.



Selain daripada set burger tu ada juga keluakan set khas ayam goreng MB. Ada dua set iaitu Egg-Stra Ong Chicken Combo 2 ketul ayam atau 3 ketul ayam. Di sedapkan lagi set ini dengan Egg-Stra Ong Sauce istimewa. Korang tengok yang pekat atas ayam tu adalah sosnya. Rasa lazar dan berkrim sekali bila di nikmati bersama ayam goreng rangup.





Kalau korang nak gabungkan burger istimewa dan juga ayam goreng hebat MB ni ada juga set Egg-Stra Ong Burger + Chicken Combo. Jadi musim perayaan nanti dah boleh nikmati semua ini. Ehhh tapi sekarang pun dah ada jual kat semua cawangan seluruh Malaysia. Tapi kerana PKP korang boleh dapatkan set ini semua dengan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah. 



Korang tanya harga pula ia harga dari RM15.90. Maha pun layan juga menu baru daripada Marrybrown ini. Makan kat rumah untuk jaga SOP sekarang ni ok guys. Jadi korang pun jangan keluar sebab kes makin banyak sekarang ni. Bagi korang yang lebih suka membeli tawaran hebat ni semasa melawat ke kedai-kedai dan hanya walk-in untuk menebusnya, korang akan teruja dengan tawaran-tawaran nikmat ini sehingga 30% diskaun yang tersedia secara eksklusif di Shopee, mulai sekarang hingga 14 Februari 2021:

● Marrybrown Double Chick Delite - RM8.80 [RRP RM14.00]

● Kombo Lucky Plates Marrybrown - RM12.90 [RRP RM15.30]

● Marrybrown 2 pcs Crispy Chicken - RM8.80 [RRP RM10.40]

● Kentang Mashed Marrybrown - RM0.80 [RRP RM3.00]

Marrybrown telah memperkenalkan ShopeePay sebagai penyelesaian pembayaran e-dompet di lebih dari 100 cawangan mereka di seluruh Malaysia untuk menyokong pembayaran tanpa sentuhan yang lebih selamat di tengah wabak sekarang ini. Oleh itu, mulai sekarang hingga 31 Mac 2021, pengguna berpeluang meraih ganjaran tunai sehingga RM4 apabila mereka membelanjakan minimum RM10 dengan ShopeePay di Marrybrown. Jaga diri korang ok. Selamat mencuba.

Promosi dan juga info lanjut layari :-







0 Pandangan: