Bangsar,

Ombak Kitchen Restoran Makanan Laut Terbaik Di Bangsar Kuala Lumpur

Isnin, September 14, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Untunglah orang Bangsar kerana dah ada restoran makanan laut yang bukan sahaja berkualiti malah juga Halal. Sebab sekarang ni kat sana dan ada Restoran Ombak Kitchen. Siapa tak kenal restoran yang menyajikan makanan laut segar dari pantai terus ke meja korang. Konsep makanan laut yang terkenal ianya berasal dari negeri Louisiana, AS kini di Malaysia. 



Maha beruntung kerana dapat mencuba makanan kat sini dengan makanan laut yang sedap dan pelbagai jenis. Sebelum ni ada restoran pertama mereka di Bukit Jelutong dan Bangsar ada restoran kedua mereka. Kalau korang rasa nak cuba makanan laut tahap Premium seperti Alaskan King Crab, Lobster Merah Kanada, XL Live Premium USA Oyster dan XL Live Mud Crab semua ada di sini. Ada berani tak nak cuba semua ni hehehehe.





Hari tu masa Maha datang cuba makanan kat sini kami dihidangkan dengan Premium Combo. Kat sini ada lebih kurang 8 set kombo ni mengikut pada bajet dan juga kesukaan korang. Macam biasa hidangan korang akan dituangkan keatas meja mengikut mana yang korang dah pilih. Cara nak makan kat sini tiada undang-undang khas dan korang boleh makan ikut macam mana cara yang korang nak. Cuma kat sini mereka lebih mengamalkan makan menggunakan tangan.




Jangan risau kat sini mereka sediakan korang sarung tangan pada yang tak biasa makan dengan tangan kotor dan juga disediakan plastic apron untuk elak daripada pakai korang juga turut terkotor. Almaklumlah dah makan makanan laut memang pakai tangan bersepah lah jadinya hehehe. Ditambah pulak sos yang ada pada makanan tu membuatkan ia lebih berselera. Kat sini popular dengan Ombak Crazy Cajun Sauce kalau siapa nak yang agak pedas sikit. Kalau tak korang boleh pilih yang Cheezy Zesty Lemon.





Selain itu juga ada sos lain yang korang boleh pilih seperti Buttermilk Curry, Creamy Tomyam, Peranakan Seri Nyonya dan Apple Cilantro Sauce. Satu set tu ada yang boleh makan untuk 2 pax hingga ke 6 pax ikut pada bajet tadi lah. Set kombo ni boleh ditambah makanan laut premium tadi dan harga tak silap Maha mengikut harga pasaran. 



Selain daripada makan cajun atas meja ni ada juga beberapa lagi menu ala-cart yang ada boleh cuba juga. Maha diberikan hari tu Cheese Fresh Baked Oyster yang ni Maha boleh makan bila oyster dimasak dan bukan yang mentah. Kalau yang suka lobster boleh order special ni Lobster Thermidor Cheese Sauce. Besar saiz lobster ni bukan kaleng-kaleng tau memang makan bukan kenyang. 


Restoran Ombak Kitchen Bangsar ni juga dikenali sebagai restoran terbaik untuk sambutan Hari Lahir. Korang boleh meraikan ulang tahun dengan pakej ulang tahun yang hebat. Jadi tak perlu nak fikir makanan dan tempat serta dekorasi mereka akan sediakan hanya perlu jemput kawan-kawan jer untuk memeriahkan majlis. Teringin nak buat birthday kat sini juga siapa nak belanja hehehe.




Selain itu juga restoran ini memperkenalkan kepada korang 'Ombak Kitchen Signature Art of Dessert' iaitu konsep baru dalam seni pencuci mulut yang menampilkan buah tempatan dan antarabangsa. Makanan pencuci mulut ini boleh diambil untuk apa sahaja majlis gembira termasuk untuk Sambutan Hari Lahir, hari bahagia dan juga apa sahaja acara yang korang nak. Chef mereka ada kepakaran dalam membuat dessert ini dengan dekorasi menarik. 



Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam. Jadi korang boleh lah datang untuk makan tengahari dan juga makan malam kat sini bila-bila masa. Nanti kalau korang dah cuba makanan kat sini boleh tinggal komen dan pendapatkan korang ok. Maha dan cuba korang bila pula selamat menjamu selera. 

Sebarang tempahan atau juga pertanyaan tentang promosi ni boleh hubungi mereka:
Tel : 6010-216 5946
Alamat : No 12, Lorong Ara Kiri 2
               Lucky Garden 59100 Kuala Lumpur 







0 Pandangan: