Buffet Ramadhan,

Bufet Ramadan Santapan Kasih Juadah Mesra Di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak perkenal kepada korang satu lagi lokasi untuk berbuka puasa bila tiba bulan Ramadan nanti. Kali ini berada betul-betul ditengah-tengah Kuala Lumpur dan tempat tumpuan orang ramai bila tiba musim perayaan terutama Hari Raya. Di sini lah tempat kalau dulu-dulu sebulan puasa penuh sesak dengan Bazar Ramadan dan juga orang membeli belah keperluan perayaan.

Lokasi yang Maha maksudkan adalah The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Hotel yang terletak di Jalan Dang Wangi dan sebelahan sahaja denga Lorong Tuanku Abdul Rahman memang tempat tumpuanlah. Kalau hujung minggu hotel dan kawasan sekitar ini penuh dengan pengunjung yang datang beli-belah dari serata Malaysia kerana hotel ni dekat dengan Masjid Jamek, SOGO, Jalan TAR, Pertama Komplek  dan banyak lagi. 




Kat sini pun tak kurang banyak juga juadah pilihan makanan untuk korang berbuka puasa. Membawakan konsep Santapan Kasih Juadah Mesra mereka mengutamakan makanan masakan Melayu. Antara yang popular dihidangkan dalam bufet kat sini seperti Kambing Kuzi, Bawal Masak Tomato, Ayam Perchik Kelantan, Pucuk Paku Sambal Belacan, Sambal Tempe, Kobis Masak Putih Tahu Keras, Daging Palimbang dan banyak lagi. 






Tu menu utama ada juga pembuka selera seperti Cucur Udang, Keropok Lekor, Keropok Ikan, pelbagai jenis Jeruk dan juga sambal-sambal. Kalau untuk pencuci mulut pula ada banyak pilihan seperti Bread Butter Pudding, Swiss Roll Spouge Cake Chocolate, Puding Jagung Kemasik, Buah Melaka, Kastad Labu, Dodol dan juga pelbagai jenis kuih muih tradisional yang popular di Malaysia.





Ini yang Maha senaraikan adalah menu untuk set pertama, kerana kat sini mereka ada tiga set juadah yang berbeza dan akan berubah setiap minggu demi memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang berbuka di sini. Selain itu juga dalam Dewan Bunga Raya ini akan dikelilingi dengan pelbagai jenis gerai untuk juadah lain juga.

Kat sini ada Gerai Malay Station yang menyajikan Roasted Whole Lamb dengan Sos Percik. Ada Gerai Campbell Briyani menyediakan Nasi Briyani bersama dengan Ayam Masak Merah dan Papadom. Ada juga Gerai Malay Sweet Hot Dessert yang ada pelbagai jenis bubur panas dan manis. Juga terdapat Gerai ABC, Cendol dan juga Lycee Kang untuk menyejukkan perut. 






Gerai BBQ untuk pelbagai jenis makanan laut yang dipanggan seperti Kembong, Pari dan Cencaru. Ada lagi Gerai Satay yang memang wajib ada setiap kali buka puasa. Juga ada Gerai Kawah Station yang menyediakan Gulai Kawah Kambing atau Daging dan juga Assam Pedas. Akhir sekali ada Gerai Live Station dimana mereka menyediakan yang Maha sebut tadi Cucur Udang dan Keropok Lekor. 




Harga untuk buka puasa di sini juga masih mampu beli dimana RM55.00nett untuk seorang dewasa dan RM30.00nett untuk seorang kanak-kanak. Tarikh bermula Bufet Ramadan kat hotel ini adalah dari 29 April hingga 21 Mei 2020 dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Tapi kalau korang nak buat 'Private Event' berbuka puasa kat dewan ini yang mampu memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa pun boleh. Harganya lain sikit dimana untuk dewasa RM65.00nett dan juga RM35.00nett untuk yang bawa kanak-kanak.

Bila tiba hari Raya nanti kalau korang plan nak buat majlis rumah terbuka kat sini juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Harga untuk majlis Rumah Terbuka Hari Raya pula hanya RM60.00nett seorang sahaja. Jadi boleh lah plan dari sekarang untuk buat acara raya nantikan. Sebab dalam dewan ni ada pentas utama dan kemudahan lain seperti tandas dan ruang solat sangat selesa untuk sebarang acara. 

Kalau korang nak buat tempahan atau ada pertanyaan lanjug hubungi :
Tel : 03-2694 1717 ext 5
        013-526 6539 (Diana)
        012-623 4361 (Farid)








0 Pandangan: